Posted on

JomPHP.com kini berusia 1tahun

anniversary_1

Setahun yang lepas, cyberfly ada membuat post bertajuk JomPHP kini JomPHP.com dan ia bertarikh 5/10/2008 dan pada hari ini juga 5/10/2009 saya kira merupakan tarikh ulangtahun penubuhan blog JomPHP.com.

Yay! Dah 1tahun dan blog ini masih terus bertahan dengan apa yang menggembirakan kami ialah dengan bertambahnya jumlah pembaca! Syabas dan terima kasih kami ucapkan kepada semua! Kami juga bermula dari kosong dan tanpa sokongan anda semua yang rajin berkomen dan memberi pendapat mustahil kami boleh kekal sehingga ke hari ini.

Terima kasih! 🙂

Continue reading JomPHP.com kini berusia 1tahun

Posted on

Digsby – IM, email notifications dan social network dalam satu perisian

digsby 3

Bayangkan situasi ini, anda hendak chat dengan member YM, anda kena buka Yahoo Messenger. Hendak bertweet dengan rakan2 twitter perlu bukak firefox atau destroy twitter. Manakala hendak mengetahui update rakan2 facebook anda pula kena buka laman facebook. Hendak check email pun perlu banyak step. Banyak program yang anda kena launch, mungkin merugikan masa dan membazir ram dan cpu usage komputer anda.

Memperkenalkan Digsby, perisian semua dalam satu, ianya menggabungkan fungsi IM, email notifications dan social network dalam satu pakej. Dengan fungsi dan antaramuka yang menarik, pastinya Digsby wajib dicuba oleh pengguna Internet, terutamanya bloggers dan pengguna laman sosial. Jom baca lebih lanjut mengenai fungsi2 menarik Digsby.

Continue reading Digsby – IM, email notifications dan social network dalam satu perisian

Posted on

JomPHP, satu transformasi akan berlaku?

jomphp rocks Salam pembaca2 sekalian! Untuk makluman anda, penulis JomPHP sedang sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu, kami kesuntukan masa untuk menulis artikel baru, membalas komen2 pembaca dsb.

Satu perkara lagi, untuk pengetahuan semua, bulan April adalah bulan dimana blog asal, iaitu Jomphp.blogspot.com telah dilancarkan. Hampir setahun sudah kami berblog, tutorial demi tutorial kami tulis, Alhamdulillah sampai ke hari ini kami masih lagi bersemangat untuk memajukan JomPHP. Blog yang tiada pengunjung dan tiada orang yang memberi komen suatu ketika dahulu, kini menerima ribuan hits setiap hari dan jumlah komen bagi setiap entri juga amat memberangsangkan.

Terima kasih kepada semua!

Oh ya, apakah yang dimaksudkan dengan transformasi? Sebenarnya bagi menyambut ulangtahun pertama JomPHP, kami ingin melakukan sedikit perubahan kepada blog ini. InsyaAllah, jika boleh kami juga ingin menganjurkan contest kepada pengunjung blog ini, sebagai tanda penghargaan kepada anda semua dan juga ingin memeriahkan dunia blogger tempatan yang giat berkembang ini. Semuanya akan diberitahu kelak.

Continue reading JomPHP, satu transformasi akan berlaku?