Posted on

Celcom membawakan Blackberry Bold 9780 dengan OS6 ke Malaysia

Smartphone terbaru dari RIM iaitu Blackberry Bold 9780 kini telah dilancakan secara rasmi di Malaysia. Blackberry Bold 9780 merupakan smartphone Blackberry kedua yang menggunakan OS6 secara rasmi selepas Blackberry Torch 9800.

bb3

Celcom merupakan telco pertama di Malaysia yang m elancarkan Blackberry Bold 9780 pada acara Go Mobile! 2010 13 hingga 14 November yang lalu. Pada acara tersebut pelanggan bertuah telah mendapat banyak hadiah menarik seperti motorsikal modenas, handphone percuma dan banyak lagi!

Posted on

Kemeriahan pelancaran Celcom BlackBerry Torch dan pelan Celcom Blackberry Torch

bnr_bbtorch9800

Masih menanti BlackBerry Torch 9800 dilancarkan di Malaysia? Anda tidak perlu menanti lagi. Pada 29 October 2010 yang lepas, Celcom dengan jayanya telah melancarkan secara rasmi Blackberry Torch 9800 bertempat di Pavillion KL (di hadapan La Bodega).

Majlis pelancaran ini bermula dari 3 petang hingga 10 malam. Seperti yang dijangkakan, majlis pelancaran ini dipenuhi dengan ribuan pengunjung yang berminat untuk menjadi orang terawal memiliki BlackBerry Torch di Malaysia dan juga mencuba kecanggihan gadget terbaru ini.

Continue reading Kemeriahan pelancaran Celcom BlackBerry Torch dan pelan Celcom Blackberry Torch

Posted on

Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia

Dilancarkan secara rasmi pada 4 Ogos 2010, Blackberry Torch 9800 telah menjadi kegilaan dan pujaan pengguna-pengguna Blackberry di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Berbanding model sebelumnya, Blackberry Torch 9800 membawakan banyak perubahan yang pastinya memikat hati penggemar gadget dan pengguna sedia ada Blackberry.

clip_image002

Apa yang menariknya dengan Blackberry Torch 9800?

Continue reading Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia