Posted on

iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

maxis iphone 4[3]

Pada hari Sabtu lepas, saya telah menemani abang saya @cyberflyx ke Maxis Centre, Mid Valley dengan tujuan, membeli iPhone 4. Cyberfly merupakan pengguna iPhone 3G sebelum ini dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, beliau dengan tanpa berlengah lagi terus membuat keputusan untuk upgrade kepada iPhone 4.

Hasil tinjauan kami di internet, banyak stok iPhone 4 di beberapa kedai yang menjual habis berikutan permintaan tinggi daripada pembeli. Malah, semasa ingin membeli iPhone 4 di Mid Valley ini pun, kami terpaksa pergi seawal jam 9 pagi untuk beratur di depan pintu kerana hanya 30 orang pertama yang beratur sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.

Itu pun, kami dapat giliran nombor ke-28 walaupun telah datang awal, kalau orang first yang beratur itu tak tahu la pukul berapa lagi mereka datang, lepas subuh atau mungkin dah berkhemah kat Mid sejak malam tu lagi.

Sebelum dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, saya lihat ramai blogger dan twitterers yang membincangkan mengenai iPhone 4. Berbeza dengan pelancaran gadget lain, pelancaran iPhone 4 ini sangat menimbulkan buzz dan hype, menjadikannya sangat popular bukan sahaja di kalangan bloggers, tetapi di kalangan rakyat Malaysia juga.

Continue reading iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

Posted on

Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10

iphone4

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli iPhone 4 daripada Maxis, dan masih kurang jelas mengenai pendaftaran dan pembayaran, anda boleh rujuk kepada artikel saya ini.

Maklumat di dalam table adalah diambil daripada pamphlet Maxis iPhone 4 sendiri, cuma bezanya saya sudah terjemah ke dalam bahasa Melayu dan selepas ini saya akan ulaskan sedikit mengenai pelan Maxis ini.

Continue reading Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10