Posted on

Belajar bina website dan PHP dari Zero to Hero Batch 3

Alhamdulillah kami telah berjaya menganjurkan Kursus PHP Zero to Hero Batch 1 dan Batch 2  dengan jayanya pada bulan Jun dan August 2014.

Rumusan kursus sebelum ini :

https://jomphp.com/rumusan-kursus-php-zero-hero-batch-1.html

Anda akan belajar HTML & CSS, Responsive Design, Bina sistem dengan PHP, dan juga bina laman web E-commerce.

 

Week 1 : HTML & CSS, Responsive Design

HTML CSS Belajar bagaimana struktur laman web berfungsi dan untuk menghasilkannya, bagaimana CSS di gunakan untuk mencantikkan laman web anda

Responsive Design belajar bagaimana  menghasilkan website yang mesra pc, tablet dan mobile phone. Di kesemua device website anda nampak cantik.

Week 2 : PHP & MYSQL

MYSQL belajar bagaimana membina database untuk simpan data sistem anda

PHP belajar bagaimana menggunakan PHP, HTML & MYSQL untuk membina perisian online untuk menguruskan daily expenses anda, lengkap dengan calculator dan report

Week 3: WordPress & Ecommerce

WordPress belajar bagaimana membina website dengan Teknik Rahsia X, teknik paling mudah membina website di dunia!

Ecommerce belajar bagaimana membina kedai online anda sendiri contohnya seperti Zalora dan Lazada

Berikut butiran Kursus PHP Zero to Hero Batch 3:

Tarikh : 14 September 2014 sehingga 3 Oktober 2014 (3 minggu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Hari : Isnin hingga Jumaat

Lokasi : Alam Impian, Shah Alam

Yuran : RM1500 termasuk minum pagi, minum petang, makan tengahari, makan malam dan penginapan

RM1500 sangat berbaloi, kerana saya bayar lebih RM30,000 untuk dapatkan ilmu ini di Universiti dan juga semasa alam pekerjaan.

Selain itu harga kursus di tempat lain ialah RM1500 untuk 3 hari kursus sahaja, jadi anda tidak akan jumpa peluang lebih baik dari ini.

Anda boleh juga membuat bayaran ansuran 3 kali sepanjang tempoh 3 minggu tersebut.

Cara pendaftaran sangat mudah, hanya

SMS “PHPZERO3” ke 0162040069.

Kami akan hantarkan cara pendaftaran melalui SMS.

Ajak rakan sertai kursus dan dapatkan RM100 setiap orang.

Kami hargai usaha anda mempromosikan kursus kami ini, jadi kami akan berikan RM100 untuk setiap orang rakan yang anda ajak sertai kursus kami ini. Jadi kalau 5 orang rakan anda sertai, anda dapat RM500.

Posted on

Belajar bina website dan PHP dari Zero to Hero Batch 2

Berita baik buat semua pembaca JomPHP. Kami akan menganjurkan Kursus PHP Zero to Hero Batch 2 selepas hari raya nanti.

 

Sebelum ini, Kursus PHP Zero to Hero Batch 1 telah berlangsung dengan jayannya pada bulan Jun, anda boleh baca rumusan kursus Batch 1 pada post ini :

https://jomphp.com/rumusan-kursus-php-zero-hero-batch-1.html

Anda akan belajar HTML & CSS, Responsive Design, Bina sistem dengan PHP, dan juga bina laman web E-commerce.

Berikut butiran Kursus PHP Zero to Hero Batch 2:

Tarikh : 11 August 2014 sehingga 29 August 2014 (3 minggu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Hari : Isnin hingga Jumaat

Lokasi : Alam Impian, Shah Alam

Yuran : RM1300 termasuk minum pagi, minum petang, makan tengahari, makan malam dan penginapan

RM1300 sangat berbaloi, kerana saya bayar lebih RM30,000 untuk dapatkan ilmu ini di Universiti dan juga semasa alam pekerjaan.

Selain itu harga kursus di tempat lain ialah RM1500 untuk 3 hari kursus sahaja, jadi anda tidak akan jumpa peluang lebih baik dari ini.

Cara pendaftaran sangat mudah, hanya

SMS “PHPZERO2” ke 0162040069.

Kami akan hantarkan cara pendaftaran melalui SMS.

Ajak rakan sertai kursus dan dapatkan RM100 setiap orang.

Kami hargai usaha anda mempromosikan kursus kami ini, jadi kami akan berikan RM100 untuk setiap orang rakan yang anda ajak sertai kursus kami ini. Jadi kalau 5 orang rakan anda sertai, anda dapat RM500.

Posted on

Rumusan Kursus PHP Zero Hero Batch 1

Bermula 8 Jun hingga 27 Jun 2014 yang lepas, kami telah berjaya menganjurkan Kursus PHP Zero Hero Batch 1 selama 3 minggu dengan jayanya. Walapun ini adalah kali pertama kami menganjurkan kursus ini, sambutan sangat mengalakkan di mana kehadiran pelajar berjumlah 8 orang.

Kursus PHP Zero Hero ni membawakan konsep berbeza di mana ia lebih kepada home learning, di mana pembelajaran di lakukan di ruang tamu rumah yang besar.

IMG_1068IMG_1069

Majoriti pelajar mempunyai bisness sendiri, orang yang hebat dalam bidang masing-masing, dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu baru.

Berikut merupakan senarai pelajar untuk Batch 1:

1. Faizal Bahassan – IT Business Owner
2. Wira – Tadika Business Owner
3. Fauzi Yahaya – IT Business Owner
4. Nazrin – IT Business partner
5. Affian – IT Business partner
6. Ammar – Social Media Specialist
7. Dzul Shamsudin – Internet Marketer
8. Aain Nazir – Private Tutor

Yang menarik, hampir kesemua pelajar tidak pernah langsung belajar programming. Jadi saya sebagai cikgu kena mencabar diri saya, buat yang terbaik, ajar step by step sehingga kesemua pelajar saya faham, dan dapat result yang sama.

Pada waktu rehat tengahari, pelajar dapat berehat di tingkat atas dan bilik di sediakan sekiranya mahu tidur atau mandi.

Selain itu bilik khas juga di sediakan untuk pelajar menunaikan solat. Yang pasti sangat luas dan selesa untuk solat berjemaah.

IMG_1074

Pada hari terakhir, ada menu istimewa makan tengahari. Jeng jeng kami ada siakap masak stim limau! Terima kasih kepada isteri tercinta saya yang banyak membantu dari segi makanan dan pengurusan tempat.

IMG_1132

IMG_1133

Slot terakhir ialah sesi perkongsian tips kerjaya dan bisness dari semua pelajar.

Faizal Bahassan bercerita bagaimana seorang pekerja secara tak sedar sebenarnya telah menjalankan bisness dengan bossnya, yakni menjual khidmat dengan harga tetap (gaji), dan bossnya menjual hasil kerja tersebut kepada client. Oleh itu sebagai bisness, pekerja mestilah berikan terbaik untuk bossnya, sebagaimana boss cuba berikan yang terbaik untuk client.

En Wira berkongsi pengalaman hidup, cara untuk manage kewangan syarikat, beliau dari berniaga kecil-kecilan sehinggalah memiliki 3 buah tadika di Selangor. Truly inspiring.

IMG_1127

Nazrin berkongsi bagaimana beliau bernetworking untuk bisnessnya Mega IT Tech Network. Nazrin merupakan bekas orang kuat Rakan Muda, dan masih menjalankan hubungan bisness dengan mereka. Portfolio beliau mempunyai banyak client-client besar.

IMG_1130

Zul sempat bercerita bagaimana beliau mampu menjana jualan lebih 1000 unit sebulan untuk bisness bag. Menurut beliau bisness online semakin mencabar dan kita perlu peka terhadap perubahan, terutamanya ads algoritm di Facebook.

IMG_1131

Ammar merupakan seorang ‘retis’ di Twitter dan mempunyai ramai follower, dan sekarang memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Social Media Specialist.

IMG_1135

Special! Ilmu Pelaburan Hartanah yang sangat berharga!

Slot tambahan oleh saya, saya berkongsi tentang pelaburan hartanah. Saya berkongsi bagaimana sesorang boleh menjadi kaya dengan pelaburan hartanah. Pelajar di dedahkan cara untuk mencari peluang dalam bidang hartanah, dan prosedur untuk memiliki hartanah yang dapat memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Jom tengok pencapaian mereka selepas 3 minggu:

1. Dapat membina laman web E-commerce sendiri
2. Dapat membina laman web WordPress yang optimum
3. Dapat menukar dari PSD ke HTML CSS
4. Dapat mendesign database sendiri
5. Dapat membina web application To Do List menggunakan CodeIgniter

Alhamdulillah setelah 3 minggu, para pelajar telah dapat menimba ilmu yang tidak ternilai harganya, yang dulu hanya dimiliki oleh programmer yang otai-otai sahaja. Dan juga special extra ilmu yang rare dan mahal harganya.

Facebook Group Support + Tutorial + Free resources

Setelah tamat kelas 3 minggu, para pelajar di sediakan Facebook Group Support di mana kami boleh terus berhubung, berkongsi ilmu dan bertanyakan masalah programming. Banyak emas dalam group ini!

Diskusi antara pelajar

diskusi

Tutorial dan free resources yang di sediakan

tutorial

 

Gambar kenangan selepas tamat pembelajaran selama 3 minggu

Gambar kenangan sebelum balik hari terakhir. Semoga jumpa lagi anak muridku semua Winking smile

IMG_1141

Gaya tangan programmer

IMG_1142

Berminat untuk Kursus PHP Zero Hero Batch 2?

SMS “PHPZERO2” ke 0162040069 sekarang, maklumat Kursus PHP Batch 2 akan di hantar terus ke handphone anda.

Posted on

Belajar programming dengan aplikasi Windows 8

belajar programming

Programming Tutorials merupakan aplikasi Windows 8 yang mengandungi pelbagai tutorial kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan programming. Ada pelbagai kategori contohnya C#, PHP, MySQL, HTML5, Java dan sebagainya.

Continue reading Belajar programming dengan aplikasi Windows 8

Posted on

Koleksi tutorial video belajar PHP mysql secara percuma

div-phpWalaupun blog ini bernama Jomphp, tetapi kandungan mengenai php dan web development agak kurang. Saya pernah merancang untuk menulis tutorial php untuk beginner, tetapi disebabkan kesuntukan masa niat itu masih tertangguh hingga sekarang. Oleh itu, sebagai tanda maaf kepada pembaca semua, saya senaraikan koleksi video tutorial php mysql percuma yang sangat berguna bagi yang ingin belajar php.

Continue reading Koleksi tutorial video belajar PHP mysql secara percuma

Posted on

Pertama kali menggunakan SQLyog

Bagi yang belum pernah menggunakan SQLyog, saya akan sediakan sedikit tutorial untuk mengakses database anda dengan menggunakan perisian ini.

Download SQLyog

1.Install macam biasa sampai siap.
2.Pastikan telah start wampserver.Launch SQLyog.
3.Klik butang new dan klik ok.

Continue reading Pertama kali menggunakan SQLyog

Posted on

Sambung kepada server dan database (php)

Ok,pagi ni saya akan tulis mengenai manual connection kepada server dan database menggunakan php.Kepada yg masih baru,connection kepada server diperlukan disetiap halaman yg mempunyai fungsi berikut :

1.insert data
2.view data
3.delete data
4.update data

Ni basic code untuk connect ke server dan database :



penerangan

1.code pada line 1 dan line 4 dalam gambar diatas adalah wajib bagi memulakan dan menutup sebuah script php.
2.mysql_connect merupakan code untuk connect kepada database.Untuk mudah ingt, “mysql_connect or die” boleh diibaratkan sebagai “Sambung atau tak sambung”.
3.”namaconnection” selalunya adalah localhost, “username” adalah root, dan “password” selalunya tidak mempunyai nilai.
4.mysql_select_db merupakan code untuk memilih database.
5.”namadatabaseanda” adalah nama database yg anda ingin gunakan untuk page tersebut.
6.bagi pengguna baru, seelok² nya script ini diletakkan di atas skali bagi setiap halaman.

contoh :