Posted on

SweetFX : Jadikan grafik game PC lebih realistik dan cantik

sweetfx

SweetFX merupakan perisian yang membolehkan PC gamers untuk tweak grafik pada games PC supaya grafik pada game tersebut kelihatan lebih terang, cantik dan realistik.

Kalau anda PC gamers sejati dan sangat mementingkan kualiti grafik pada game, SweetFX merupakan tool yang paling sesuai untuk jiwa anda.

SweetFX : Jadikan grafik game PC lebih realistik dan cantik

sweetfx-pc

SweetFX boleh digunakan pada Windows XP, Vista, 7 dan 8 dan secara teorinya boleh digunakan pada mana-mana permainan PC berasaskan DirectX 9, 10 dan 11. Menggunakan SweetFX, anda boleh mengubahsuai ketajaman gambar, ubah antialias, ubahsuai grafik supaya nampak vivid atau lifelike dan banyak lagi fungsi lain.

Menggunakan butang Add new game, anda boleh browse kepada folder mengandungi game dan select pada game.exe (contoh PES2013.exe). Selepas itu, anda boleh bereksperimen pada settings SMAA Anti-aliasing, LumaSharpen dan seterusnya.

Jika tak tahu nak guna setttings apa yang sesuai, boleh cuba rujuk preset yang telah disumbangkan oleh pengguna SweetFX lain : SweetFX Preset 1 | SweetFX Preset 2.

Anda juga boleh cuba preset sendiri sebab lain orang lain citarasa, ada yang suka warna terang dan oversaturated, ada yang suka warna cerah dan lebih realistik dan ada juga mahu mahukan mood gelap.

sweetfx[4]

Anda boleh on/off effects secara real-time menggunakan SweetFX dan menurut pengguna lain, SweetFX tidak akan mengganggu performance game ataupun menyebabkan main game jadi lag.

Biasanya saya akan ubah Injector settings untuk butang Toggle Effects On/Off dan juga Save Screenshot. Dan bila semua sudah ready, anda boleh launch game dan rasai perbezaan grafik yang nyata dan jelas.


Berikut merupakan contoh screenshot pada game menggunakan SweetFX, di-capture dari PC saya sendiri (gambar full resolution 1080p di Imgur).

BACA :  Heroes of Newerth (HoN), game adaptasi DoTa terbaik?

PES 2013

sweetfx 2

Default PES 2013.

sweetfx 3

SweetFX.

sweetfx 4

Default vs SweetFX (splitscreen mode) .

Sleeping Dogs

sweetfx sleeping dogs

Sleeping Dogs : Default

sweetfx sleeping dogs 2

Sleeping Dogs : SweetFX (lebih realistik).

sweetfx sleeping dogs 3

Tanpa SweetFX.

sweetfx sleeping dogs 4

SweetFX ON.

Assassins Creed 3

sweetfx assassins creed 3

Assassins Creed 3.

sweetfx assassins creed 3a

SweetFX ON.

sweetfx assassins creed 3b

Kapal di laut.

sweetfx assassins creed 3c

Dengan SweetFX, langit lebih biru dan air lebih kelihatan realistik. Kalau ada masa, saya tambah lebih banyak screenshot dan video.


Download SweetFX.

Jika ada benda yang ingin dikongsikan mengenai SweetFX, boleh tweet kami atau email di einsync [at] gmail.com.

Sumber rujukan : Guru3D Forum


RELATED POSTS

6 thoughts on “SweetFX : Jadikan grafik game PC lebih realistik dan cantik

  1. Thanks sebab post software nie. kene cuba sekarang bende nie.

    1. mcm mne nk main game kt snie erk pening r x tau nk cri kt mne

  2. smart gambar game Saints row . vivid je. biase main dull je…

    1. mohon kongsi before/after screenshots

  3. Sleeping Dogs.. adjust link utk download admin??

  4. salam bro, aku dah install. cam mana present tuk pes2013? aku cari tak jmp la plak.

Tinggalkan komen anda