Posted on

Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

surface pro 4 malaysia

Pada 6 Oktober 2015 lepas, Microsoft telah melancarkan beberapa peranti generasi baru; antara Surface Pro 4 dan Surface Book. Kini, peminat Surface Pro 4 (SP4) tidak perlu menunggu lama untuk memiliki tablet + laptop hybrid generasi baru ini kerana Microsoft Malaysia kini telah membuka pra-tempahan pelbagai model SP4. Tarikh SP4 mula dijual di Malaysia dianggarkan pada 19 November 2015.

Surface Pro 4, sekali pandang tiada banyak perubahan berbanding model lama iaitu Surface Pro 3 tetapi Microsoft telah mempertingkatkan lagi keupayaan processor, ketahanan bateri, saiz skrin yang sedikit lebih besar dan juga skrin resolusi tinggi. Aksesori seperti Surface Pen (stylus) dan Type Keyboard juga telah dipertingkatkan dari segi fungsi kepada lebih baik untuk tujuan produktiviti.

Surface Pro 4 di Malaysia

SP4 mendapat banyak review yang positif di kebanyakan laman web teknologi terkemuka seperti Windows Central, The Verge dan Engadget. Anda boleh melihat kompilasi review Surface Pro 4 di laman Windows Central.

Tempah Surface Pro 4

harga surface pro 4

harga surface pro 4 malaysia

Anda boleh membuat tempahan SP4 di laman Microsoft Authorized Seller di Lazada. Aksesori seperti Type keyboard dijual secara berasingan pada harga RM529 (Aksesori Surface Pro 4)

Harga RM3999 adalah SP4 menggunakan processore Intel Core M3. Kami galakkan anda ambil model i5 dan 8GB Ram sekiranya anda mahu menggunakan SP4 untuk beberapa tahun lagi.

Pada masa yang sama, SenQ menawarkan diskaun 5% dan rebate sebanyak 20% bagi pembelian model Surface Pro 3 untuk tempoh masa terhad.

Ada sebarang pertanyaan mengenai Surface Pro? Boleh tinggalkan komen di bawah ya!

 


RELATED POSTS

3 thoughts on “Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

  1. Harap keluar Surface 4, yg harga murah sikit, dengan pemproses jimat bateri macam Surface 3.

    1. Surface 4 probably akan keluar tak lama lagi, tapi personally prefer Surface Pro lagi sebab skrin besar. Surface kalau guna as tablet ok cuma nak jadikan komputer kecik sangat

      1. Mengikut keperluan seseorang jugak Eins.. Saya lebih minat yg ringan, mudah alih dan jimat bateri. ✌

Tinggalkan komen anda