Posted on

Steam – platform gaming popular masa kini untuk pengguna Windows dan Mac

steam[7]

Steam ialah platform gaming popular masa kini yang dicipta oleh Valve kepada pengguna PC Windows dan Mac. Dengan Steam, anda boleh download games percuma dan berbayar, bersosial dengan rakan-rakan gamers, main mode multiplayer dengan pengguna Steam lain, mendapatkan akses kepada special content dan juga beta serta demo dan juga banyak lagi fungsi menarik.

Jika anda seorang yang gemar membeli games original maka anda juga boleh membuat “digital download” daripada Steam store dan sangat ideal jika anda menggunakan sambungan internet yang laju.

steam[9]

Harga games pada Steam pula biasanya dalam lingkungan $0 hingga $50 (dalam US Dollar). Terdapat lebih 1000 judul games boleh dibeli pada harga $10 (RM30) dan 436 games boleh dibeli pada harga $5 (RM15).

Kadang kala games2 premium juga boleh dibeli dengan harga istimewa dalam tempoh terhad. Contohnya game Prototype boleh dibeli serendah $10.20 (RM30) dan juga Front Mission Evolved serendah $7.50 (RM22.50).

Kalau anda biasa beli CD games original mesti rasa sangat mahal kan? Kadang-kadang sampai RM100-RM200 untuk satu games. Dengan membeli games pada Steam anda jimat banyak duit dan juga mengurangkan kebergantungan kepada games cetak rompak.

steam

Adalah digalakkan anda menggunakan sambungan internet yang laju ketika mendownload games daripada Steam. Selain download games dan demo, Steam juga mempunyai kebolehan untuk update video driver graphic card sekiranya versi baru telah ada.

dota 2

Dota 2 juga akan dilancarkan secara eksklusif pada platform Steam. Buat masa sekarang tiada download yang available namun buat masa sekarang anda boleh sign up akses Beta Dota 2 daripada Steam.

Sign up beta access Dota 2 sebelum terlambat. http://eins.my/sign-up-for-dota-2-closed-beta-now/

BACA :  Monster Island, Gravity Guy, iStunt 2 untuk Windows 8 kini percuma untuk masa terhad

magicka

Antara games STEAM yang saya recommend : Magicka. Bagi saya antara games RPG terbaik tahun 2011, dengan gameplay menarik serta storyline yang bagus, dengan power magic yang melampaui batas kemanusiaan.

Harga Magicka ialah $9.99 (RM30).

Selain itu, saya juga recommend games Bastion, Alien Swarm, Spiral Knights dan banyak lagi.

steam[1]

Untuk urusan pembayaran, STEAM menyokong Visa, MasterCard, PayPal dan lain-lain lagi. Jika anda belum lagi mempunyai akaun Paypal, saya sangat cadangkan buat satu demi memudahkan urusan pembayaran ketika membeli barang secara online.

Cara install STEAM client

Masuk website STEAM dan download client : http://store.steampowered.com/

Kalau boleh masa install sila pilih partition yang mempunyai banyak spaces supaya memudahkan install games.

Kalau dah ada akaun sila add saya : einztrigger.


RELATED POSTS

11 thoughts on “Steam – platform gaming popular masa kini untuk pengguna Windows dan Mac

  1. Bagus gak steam nie sebab game pon leh backup simpan.

  2. Agaknya Dota 2 tu free x? hehe

    1. Tak pasti lagi free ke berbayar

      1. tak sabar der nak main grafik DotA dua ni pulak..haha
        HoN ramai yang cakap not bad gak sebab hampir sama skill dia tiru IceFrog punya..ada kang roger aku ok..

        1. HoN sebijik dota clone cuma ada beza hero sikit2…graphic dia memang 3D betul tapi efek dia aku tak berapa suka…dan gameplay dia nampak kelam kabut

  3. […] Steam – platform gaming popular masa kini untuk pengguna Windows dan Mac […]

  4. beli game kat steam bley guna utk bnyk pc x?

    1. ko kena redownload kat komputer lain tu guna satu ID yang sama

      1. payah jugak kalau internet tak laju mcm mne?

        1. eloknya ada internet laju untuk download games dan main online bila pakai steam

  5. FUCK UNTUK ORANG” MALINGSIAL
    KONTOL

Tinggalkan komen anda