Posted on

Status Jailbreak iPhone/iPad/iPod Touch iOS 4.3.X

iphone lockscreen

iPhone Lockscreen (Gambar sekadar hiasan)

Disebabkan ramai tanya saya mengenai jailbreak iPhone/iPad/iPod Touch jadi ada baiknya saya buat artikel ini bagi menerangkan status jailbreak buat masa sekarang.

jailbreakme

 jailbreak

iOS 4.3.3

Kalau anda guna iOS 4.3.3 pada iPhone, iPad, iPod Touch anda boleh jailbreak guna Jailbreakme. Jailbreakme adalah cara jailbreak paling senang dimuka bumi, hanya masuk website dan tekan install sahaja.

Kelebihan guna iOS 4.3.3 jailbreak dengan JailbreakMe ialah:

– laju, ringan dan selamat

– tidak overheat dan bateri tahan

– sangat mudah dan siapa-siapa boleh buat

Dulu saya guna iOS 4.1, 4.2.1 dan 4.3 bila guna dalam beberapa bulan rasa overheat bila main games dan bateri cepat habis. Lepas restore dan guna jailbreakme rasa lebih selamat dan stabil.

iPhone 4/3Gs/iPod Touch : Tutorial Jailbreak iOS 4.3.3 iPhone 4 menggunakan JailbreakMe 3.0

iPad 2 : Jailbreak iPad 2 running iOS 4.3.3 using Jailbreakme

iOS 4.3.5

iOS 4.3.5 dikeluarkan oleh Apple untuk menghalang JailbreakMe dan biasanya kalau anda baru beli iPhone atau iPad baru sekarang mesti guna iOS 4.3.5.

iOS 4.3.5 tidak boleh di-jailbreak menggunakan JailbreakMe dan cara-cara lain. Yang boleh hanya tethered jailbreak menggunakan redsn0w.

Tethered jailbreak ini bermaksud setiap kali iPhone terpadam atau restart/reboot memang kena cucuk  kabel di komputer untuk revive dan rejailbreak. Memang menyusahkan. Kalau boleh gunakan Untethered jailbreak iaitu kekal selagi mana anda tidak update versi iOS.

Kalau anda bercadang nak jailbreak kalau boleh cari iDevice yang guna iOS 4.3.3 atau di bawah, sebab kalau dah upgrade 4.3.5 memang tak boleh downgrade.

Melainkan kalau anda ada SHSH blob 4.3.3, maka bolehlah downgrade kepada 4.3.3 menggunakan tutorial ini Successful Downgrade iPhone 4 iOS 4.3.5 to iOS 4.3.3 using iFaith.

BACA :  Tutorial memasang JellyLock pada iPhone

iOS 4.0, 4.1, 4.2, 4.3 upgrade kepada iOS 4.3.3

Sekarang Apple sudah berhenti sign iOS 4.3.3 jadi kalau anda cuba restore atau upgrade iOS 4.X ke iOS 4.3.3 biasanya gagal.

Jadi, cara yang selamat ialah save SHSH Blob anda menggunakan TinyUmbrella atau iFaith kemudian baru upgrade kepada 4.3.3. Kalau ada SHSH blob bila-bila masa boleh downgrade/upgrade ke iOS version yang anda mahu.

iOS 5

iOS 5 masih dalam versi Beta 7 (setakat artikel ini ditulis) dan kami tak galakkan anda install iOS 5 melainkan anda seorang developer yang sah berdaftar dengan Apple.

iOS 5 boleh jailbreak menggunakan redsn0w (tethered jailbreak).

JailBreak

Lebih 90% orang beranggapan jailbreak hanya untuk pirate apps. Saya jailbreak untuk kepuasan menggunakan phone tu sendiri, bebas buat apa saja yang kita nak. Apps pun saya beli sendiri jika mampu.

Saya tak dapat bayangkan guna produk Apple yang belum jailbreak rasa terkongkong sangat sebab benda boleh buat cuma Apple tak nak bagi. Sebab tu juga ramai berhijrah ke Android yang lebih bebas.

Apa kata anda?


RELATED POSTS

38 thoughts on “Status Jailbreak iPhone/iPad/iPod Touch iOS 4.3.X

  1. tanpa jailbreak memang x best langsong guna iphone…terasa rugi beli iphone mahal2 kalo just boleh buat perkara basic yg phone biasa boleh buat…

    disebabkan sy dh terupdate ke 4.3.5 dan tidak save blobs 4.3.3 dulu, terpaksa la saya hadap tethered jailbreak skrg…x rasa susah pon cuma xleh nak dload apps dr cydia suka suki hati mcm dulu la…kalo ada dpn pc baru dload n install…

  2. tuan, ipad 1 3gs sya dh jailbreak..xtahu nak wat cmna dan x faham lgsung pasal ios ni..smpai skrg xleh nak on.cuma ad lmbang apple tu je..harap tolong

  3. Download ireb…masuk DFU mode dan restore kepada iOS asal

  4. Baru beli iPhone 3GS second hand, iOS 4.3.5. Cuba downgrade 4.3.3 dengan cara Geohot tanpa SHSH.

    Sekali buat tak jadi, skrin hitam. Masalah black screen of death. Tak tahulah sama ada aku tersalah buat jailbreak atau tutorial tu yang salah.

    Pening kepala nak betulkan semula iPhone ni. Ada cadangan? :cwy:

    1. buat DFU mode guna ireb…restore kepada stock ios 4.3.5 balik…takleh downgrade la tu takde shsh blob

  5. ien,saya dah dpt on ipad, tu pn hntar kedai.skrg ni suma app dlm ipad dh hilang termasuk cydia, installious.. bantuan diperlukan,sya pkai ios 4.3.5

    1. oo kenapa antar kedai? kalau kedai tu restore baru ios 4.3.5 mesti la hilang cydia, installous sume…ios 4.3.5 takleh jailbreak cam biasa

  6. mmg xleh wtla eins sbb tu hntar kedai.mmg x pndai wt sendiri..tlg wt kan bleh?.. :ermm:

  7. aku ade iphone 4…ios 4.2.1
    nk upgrade jadi 4.3.3 x leh kan?
    pastu kne upgrade jadi 4.3.5..pastu downgrade balik jadi 4.3.3 camtu ke?

    1. kalo upgrade terus ke 4.3.3 mesti failed…so backup 4.3.3 shsh blob guna ifaith or tinyumbrella then buat custom firmware guna ifaith…pastu baru upgrade ke 4.3.3 dengan jayanya

  8. boleh wat toturial x? hehe…
    :ermm: :ermm: bimbang ah buat ssdiri…

  9. Nadz: tutorial ada kat eins.my , tp akupun ttp x faham pasal blob2 tu.. Kalo blh diperincikan skit tutorial utk upgrade ke 4.3.3 sbb apps da byk yg mmrlukan ios 4.2++.. almaklum la, pkcik ni x brp pndai tech2 ni… Hehe..

  10. Lg satu, x tau nk request kt mna, ada x apps utk bluetooth apa2 file ke hset2 brand lain.. Satu2nya fungsi yg amat aku rindui yg x blh guna pd ip4… Kalo ada tlg buatkn tutorial ek eins… Hehe..

    1. ada…kena guna app celeste…leceh gak cara install dia tapi memang boleh transfer bluetooth ke handset lain

      1. Tak leceh guna Celeste. Pastikan iOS sekurang-kurangnya 4.2.1. Aku dah cuba dari iPad/iPhone ke BB, Nokia, Sony, Acer dan ASUS. 🙂

        1. Nak mntak tjuk ajar dr en msbmna… Buatkan tutorial skit

  11. Cara2 terbaik utk jailbreak ios 4.3.5
    1. Download dan run tinyumbrella utk dptkn shsh blob 4.3.3
    2. Download latest snowbreeze n run. Follow wizard yg snowbreeze paparkan. Cara ni agak lambat, tp xde error lepas jb nnt. Klu sblm ni aku guna iFaith, tp aku buat ada error.

    1. yep…ifaith dan sn0wbreeze lebih kurang sama sbb sama developer…still require shsh blob 4.3.3, malangnya orang yang baru beli iphone/ipad terus dapat 4.3.5 dan xleh trace blob

  12. Ip aku skang ios 4.1, semlm aku sedaya upaya nk jb ke 4.2.1. So guna tutorial jb guna greenpoison dr en jomphp, lbh 10 kali aku cube dn trus mncuba, ttp gagal..walopun grenpoison ckp aku bjaya, ttp icon loader x de pun. Then aku givap. Pastu jb lg guna grenpoison r4, ikut tutorial utube, pun gagal, loader x de jgak. Aku givap. Lps tu aku cube nk upgrde dr ios aku skang 4.1 ke 4.3.3 spt mngikut tutorial en jomphp di entri ni mggunkan jailbreakme, stlah aku save shsh guna tinyumbrella, pun gagal sbb jailbreKme cume support ios 4.2+ untk diupgrde ke 4.3.3.. Aku gagl lg. Aku givap. Last skali, tp aku blom buat, aku ingt nk update ios ke 4.3.5 guna itunes je, kmudiAn aku guna jailbreakme utk dwngrade ke 4.3.3 stlh aku sve shsh guna tinyumbrella.. Kpd tuan punye blog, tlg bntu saya yg agak kurg pndai dlm jb ni.. Kwn2 lain tlg bntu gak.. Mgkn aku ada trslap lgkh dlm jb tu.. Tq

    1. Ko ada shsh blob untuk 4.3.3 kan? follow tutorial nie http://eins.my/successful-downgrade-iphone-4-ios-4-3-5-to-ios-4-3-3-using-ifaith/

      download ifaith, download ipsw 4.3.3, buat CFW guna ifaith dan restore kepada 4.3.3 baru jailbreak guna jailbreakme…

      setiap kali iOS baru muncul, ko kena jailbreak guna cara lain…greenpoison ntuk 4.2.1 ngan 4.1 je…now ko kena guna jailbreakme ntuk jailbreak 4.3.3

  13. EiNS boleh tolong aku x?…ak nk jb ipad baru beli mggu lepas..version 4.3.5..minta tunjuk ajar..kalau boleh email no fon awak ke [email protected]..nti da dpt no bro,saya call..tq

    1. ios 4.3.5 mmg tak boleh jailbreak dan takkan boleh…semua orang tunggu jailbreak ios 5 sekarang…nanti ada aku update tutorial…sabar je la

  14. eins, kalo leh reply kat email aku..

    1-baru2 nie aku jailbreak 4.2.1 guna redsnow 0.98b?, tapi xdapat buat UNTHETERED jailbreak..hanya tethered jailbreak sahaja..pelik tol..

    2-apa masalahnya?? letih dah dok nekan butang off ngan homescreen, boleh rosak button2 tue wei 🙂 DFU mode nyer hal..

    1. 4.2.1 buat greenpoison bro…untethered

      1. ye ler, masalahnyer aku guna greenpoison langsung xdetect iphone 3g dalam mode dfu..tapi kalo redsnow leh detect lak..aikkkkk..ape ke hal nyer yob 🙂 tolong bantu..

        1. xleh guna greenpoison kat iphone 3g…guna redsn0w atau sn0wbreeze

  15. Salam.. Sy guna Iphone 3GS. Sy da ter updated versi 5.0.1.. Skrg Iphone sy da x ade cydia n installous disbbkn da ter updated tu. Sblom nie cydia pnh ade. So skrg mcmana nk dpt kn blik cydia n installous tu? Ade sape2 leh tolong x? Plzzzz…

    1. org negori kato, “tak dapek den nak nolong”

  16. Tolong la ajar 1 per 1 cmne cara nak wt tu..

    1. ajar jailbreak yg mana satu?

  17. Eins mcm mna nak download flash player utk ipad? Boleh trgkan tak?

  18. Salam,

    aku ada iphone 4 (4.3.5) nk try upgrade ke ios 5.0 tapi apple dh unsinged 5.0 instead 5.01..so camner cara terbaik aku nk upgrade?? aku nk try new features mcm theme utk ios 5.0..

    tq 🙂

  19. salam…sy ada ipod touch 4 version ios 5….leh jailbreak x???n…cmne nk insert lagu n game???tlg aj0 kan….

    1. salam, boleh jailbreak iOS 5.0.1 guna tutorial http://bit.ly/untethered501

      pastu baru boleh install game/apps dengan mudah…untuk copy lagu boleh guna copytransmanager http://www.copytrans.net/copytransmanager.php

  20. salam bro ak pkai IP 3gs ios 4.1
    mcmaner ak nk upgrade ke 4.3.3 nie?
    ak tg mcm menarik je bnda tue..

    1. Salam, ko boleh jailbreak ios 5.0.1 dah sekarang

      http://bit.ly/untethered501

  21. Salam..saye ad ipad2 3g wifi 4.3.4…nak tanye la ver ni dh blh jb ke?

Tinggalkan komen anda