Posted on

Soluto – optimasikan kelajuan boot Windows anda

soluto - anti frustation software

Soluto ialah perisian generasi baru dengan tagline “Anti-Frustation Software”. Fungsi Soluto adalah mengira kelajuan proses start (boot) windows dan selepas itu mencadangkan kepada anda apa yang harus dilakukan untuk bagi mengurangkan dan melajukan proses boot.

Walaupun perisian ini masih dalam versi beta, namun sudah mendapat banyak pujian dan reviu positif daripada website dan blog komputer yang ternama. Pengguna Windows amat digalakkan agar mencuba perisian Soluto ini di komputer anda.

soluto anti frustation

Soluto akan menunjukkan aplikasi2 serta process yang berlangsung ketika boot. Ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu; Potentially removable, Required – cannot be removed and Removed Applications.

Potentially removable – aplikasi yang anda boleh removed daripada startup seperti Yahoo Messenger, uTorrrent, Skype dan sebagainya. Program2 tersebut boleh melambatkan proses boot jadi anda boleh removed.

Required – aplikasi, process atau driver yang diperlukan oleh Windows. Anda tidak boleh removed sebarang item dalam kategori ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan Windows daripada berfungsi dengan baik.

Removed applications – aplikasi yang anda telah removed daripada startup.

soluto - anti frustation

Sebagai contoh, Tune Up Utilities 2010 run secara automatik ketika boot, dan melambatkan boot kerana ia mengambil masa selama 11 saat. Saya boleh set ia kepada “Pause” iaitu removed daripada startup atau pun “Delay” iaitu lancarkan hanya ketika cpu dalam keadaan idle.

Selepas saya removed TU2010, bermakna saya telah menjimatkan masa selama 11 saat untuk proses boot. Lagi banyak aplikasi yang saya remove, lagi jimat masa untuk proses boot.

Bagi saya, UI yang digunakan pada perisian Soluto ini sangat mengkagumkan kerana ia cool, unik malah mesra pengguna.

BACA :  Tutorial upgrade Windows 7 Service Pack 1

Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, lihat video di bawah;

Soluto – Anti Frustration Software from Soluto on Vimeo.

Download Soluto di sini. (link)

Selamat mencuba! ;D


RELATED POSTS

24 thoughts on “Soluto – optimasikan kelajuan boot Windows anda

  1. huh , beta lagik ni , rasa ragu2 nk gne
    .-= Alon´s last blog ..Apabila Suzana Choffel Ajak Dating dengan dia Download Lagu Dia =-.

  2. Rilek je bro…aku selalu guna software dari versi alpha, beta sebelum final version dia…
    .-= EiNS´s last blog ..Soluto – optimasikan kelajuan boot Windows anda =-.

  3. great app ni bro! thx for sharing.. dh pn download and try 😉 so far so good.. startup yg b4 2:07 reduce jd 1:00.. hehe..ok la tu
    .-= headr´s last blog ..FIFA perlu pertimbangkan semula penggunaan kamera =-.

  4. tgh download, laptop ni lambat tul nak boot.. try tgk mcm mana lepas pakai software nie.. thx broo..

  5. Tak sure soluto boleh guna di xp/vista sebab aku try kat win 7 je
    .-= EiNS´s last blog ..Radial – free pink wordpress theme by ihostzen =-.

    1. hehe.. takper~ name dh beta, so kte la yg kne try out :happy:
      .-= headr´s last blog ..FIFA perlu pertimbangkan semula penggunaan kamera =-.

  6. mana lagi best soluto ker tune up 2010 ?

    1. of coz TU2010.. multifunctional 🙂
      .-= headr´s last blog ..FIFA perlu pertimbangkan semula penggunaan kamera =-.

      1. Install dua2 la…Tune Up startup manager tak secanggih soluto
        .-= EiNS´s last blog ..Soluto – optimasikan kelajuan boot Windows anda =-.

  7. emm…terbaik nih…thanks…
    tapi mcm mane plak nak maintain kan PC yg running 24/7 ??
    dr sg speed die xkn lambatkan performance…

    1. Guna software speedfan, dia control kipas so takde masalah overheat sangat jika biar komputer on lama…

      overheat adalah salah satu sebab komputer jd slow…

      satu lg boleh try edison, kalau pc idle turn off display etc etc nak jimat energy…biar cpu je jalan
      .-= EiNS´s last blog ..Windows 8 bakal mempunyai App Store- Facial Recognition dan Instant-On =-.

  8. kalau da pakai speed fan tu, xpaya pakai cooling pad ke? sebab laptop aku cepat sgt panas. maen dota skjap, panas pastu tutup. aku plak yg jadi panas ati cmtu.

    1. @hafizhalim:apsal komen entri len nie bro? speedfan ntuk internal fan…kena gak pakai cooling pad kalau nk bg lagi sejuk

  9. Best, perkongsian bermanfaat lagi dari JOMPHP.com :cheerful:
    .-= Annamir´s last blog ..Somewhere in Kota Damansara 3D HDR =-.

  10. Smart lah software nie
    The best software ever
    Tapi tuneup2010 pon ada function camnie gak ker?
    Kat ne???

    1. saudara.. dalam TU tu kt section increase performance > all functions > configure systems startup. tp mcm eins bgtau la.ia tak secanggih soluto.xad fx delay.ad function on/off je :happy:
      .-= headr´s last blog ..Charlie =-.

  11. dah try, mmg the best ni… dah klik like… thx bro…

  12. fuhh… best gilerlah… ingatkan dah laju dah laptop ku yang xseberape ni boot.. rupenye bila cek pkai soluto ni, boleh speed up lg.. hehe..

    berjaya juga boot bawah 1 minit.. average boot time 52 sec – 58 sec.. bez2…

    best argh blog JomPHP.. support your blog.. :devil:
    .-= Paksu-IT´s last blog ..Virus Juga Menyerang Linux =-.

  13. tanx for da info….bagus2 software nie 😆

  14. pc admin kat tempat keja ni mmg lambat sgt bila on. kdg2 sampai 5minit. harap software ni dpt membantu 🙂

    1. @nazra:buat smua startup program kepada paused (yg x perlu) dan yg perlu kepada delayed

  15. Off-topic: wallpaper tu boleh download kat mana? 🙂

  16. knpe soluto ni xboleh download ek?
    die minx e-mail ble da bg tp xde pape pn,y ad cume tkz aj ad la…nk try jgk software ni 🙁

  17. download kat laman web soluto terus
    http://www.soluto.com/

    aku download ok je

Tinggalkan komen anda