Posted on

Smartphone blog – next project daripada JomPHP?

samsung omnia 7

Dah lama kami di JomPHP pendamkan niat nak buat satu lagi blog, kali ini bukan mengenai komputer tetapi menfokuskan kepada smartphone.

Dulu saya banyak tulis tips dan tutorial hacking/modding Nokia 5800 di blog Eins Lobby. Kat JomPHP pula banyak artikel mengenai Maxis10 iPhone 4. Lepas ini rasa-rasa nak tulis mengenai Android, MeeGo, Symbian, Windows Phone 7 dll serta artikel mengenai aplikasi, games, menarik dan berguna untuk semua.

Sebabnya, niche JomPHP adalah mengenai komputer, internet dan web development dan kalau boleh ada satu blog khusus untuk smartphone pula. Ramai orang Malaysia yang sudah mula pakai smartphone sekarang tetapi ramai juga yang belum tahu cara menggunakan smartphone tersebut dengan semaksimum mungkin. Jadi kami berharap tutorial kami dapat membantu mereka supaya belajar lebih banyak benda baru.

Belum diputuskan lagi bahawa bila blog baru ini akan dilancarkan dan belum 100% lagi confirm blog baru ini akan ditubuhkan sebab banyak benda nak kena consider dulu, terutamanya domain dan hosting.

Oh ya, mengenai Maxis10, belum diketahui lagi macam mana penilaian mereka terhadap artikel yang saya tulis untuk Maxis10 iPhone 4.  Harap-harap la mereka suka, sebab saya dah cuba tulis yang terbaik dan mudah orang faham.


RELATED POSTS

BACA :  Download aplikasi terhebat iOS secara percuma sempena 5 tahun App Store

15 thoughts on “Smartphone blog – next project daripada JomPHP?

      1. bro arip nak join nak review phone apa….=)

  1. Aku mengalu-alukan kewujudan blog baru tersebut. Sokongan padu aku bg. 1 usaha yg bermanfaat. huhu

  2. idea yang menarik… teruskan usaha anda
    tapi memang banyak benda nak kena fikir sebenarnya

  3. oo..menarik..leh la join sekali nie.. :cheerful:

    1. Insyaallah aku habis exam nanti aku boleh up blog baru nie

  4. Idea yang baik. Sekarang smartphones sudah semakin murah dan semakin ramai ingin memiliki telephone sedemikian kerana fungsinya.
    Tidak banyak blog di Malaysia yang memaparkan ttg smartphones sahaja. Pasti ramai yang ingin membaca blog itu nnt.
    Semoga berjaya…

  5. Bagusnya kalo buat .. kadang2 nak search sendiri pun tak tercari.
    Bila dah ada camni mmg amat baik.

    Sila kayuh cepat sikit 🙂

  6. aku guna Android sekarang, dan aku nak sekali kalau ada masa yang banyak aku nak buat satu Android app, starting maybe simple, tapi bila dh get used to it, baru aku start enter advanced level, dan kalau ko interesting, kita boleh bincang sama.. hehehehe..

  7. bila nak buat blognya

    1. Lek dlu bro…aku nak exam dlu nie…
      tips2 iphone pun aku simpan dlm kepala dlu, nanti baru spread kat orang

  8. satu cadangan yg amat baik dan bagus sekali diharap ianya akan menjad kenyataan.

    1. Takde masa Dan sponsor je sebenarnya

Tinggalkan komen anda