Posted on

Sintel – animasi 3D dicipta dengan perisian sumber terbuka Blender

sintel open source movie blender

Sintel ialah animasi 3D yang semakin popular di Youtube, dan kisahnya adalah mengenai seorang remaja yang menemui seekor anak naga dan kemudian menjadi kawan rapat. Menariknya, animasi pendek berdurasi 14:48 ini dibuat menggunakan perisian sumber terbuka Blender (blender.org) dan bukannya perisian komersial yang berharga ribuan dollar.

Bagi saya, animasi Sintel ini sangat berkualiti tinggi dan ini sekaligus mampu membuka minda orang ramai bahawa produk perisian sumber terbuka sangat bagus dan mampu menandingi perisian komersial lain.

sintel

 

Untuk menonton Sintel, boleh ke Youtube link (Sintel on Youtube). Download Sintel di sintel.org.

Selain Sintel, terdapat satu lagi animasi 3D yang dibuat menggunakan Blender, iaitu Big Buck Bunny.

big buck bunny

Download Big Buck Bunny. Big Buck Bunny menceritakan tentang kehidupan arnab dan rakan2nya, tetapi bagi saya jalan cerita dan grafik Sintel lebih bagus dan berkualiti.

Sedikit info mengenai perisian Blender;

blender software

Blender ialah perisian sumber terbuka untuk membuat model 3D dan juga boleh digunakan untuk bermacam-macam kegunaan seperti membuat animasi, model, textures, dan lain-lain lagi.

Tutorial untuk belajar Blender boleh didapati di: http://www.blender.org/education-help/tutorials/

Saya harap lebih banyak pengguna dan mereka yang bekerja di dalam industri perfileman dan multimedia belajar menggunakan perisian Blender kerana Sintel telah membuktikan bahawa kualiti animasi yang dihasilkan menggunakan perisian sumber terbuka juga boleh menandingi kualiti daripada perisian komersial.

KRU Films, Mamat Khalid dll pun boleh try guna, maybe boleh buat effect2 3D yang lagi canggih berbanding 3D murahan yang mereka buat dalam filem2 sebelum ini.


RELATED POSTS

BACA :  Windows 7 Folder Background Changer

22 thoughts on “Sintel – animasi 3D dicipta dengan perisian sumber terbuka Blender

  1. pehh…. aku mesti try software nih! cam stylo jer…hoho

    1. Try2…kat blender.org banyak tutorial

  2. aku pernah kenal juga beberapa orang yang guna blender ni. memang best. tapi kalau aku bukak aku tak tahu nak mula dari mana. walaupun ada tutorial :p

    1. Aah aku dedulu cita2 nak jadi animator tp x kesampaian…nak blaja pun xde basic

      1. haha tu la. tak pe la. mungkin ada yang mampu ajar kita 😀

  3. Blender seronok belajar, tapi banyak benda kena buat sebelum jadi menarik..huhu

  4. memang menarik dia punya animasi. kalau buat filem panjang, tayang kat wayang lagi best. 😀

    1. Tayang kat panggung mesti mahal…itu la halangan terbesar bagi developer open source…lain la kalau ada funding dari kompeni besar

  5. perghh…kualiti setanding filem Avatar la nmpk. Sgt kreatif mengaplikasikan produk perisian terbuka ni.

    1. Hahahaha…takde la setanding avatar, avatar lagi hebat sangat coz kos tinggi dan produksi world class…

      tp kalo banding gambar dgn kebanyakan animasi 3d buatan malaysia lagi better lah

  6. big buck bunny pernah tgk..sitel tak pernah lagi :ninja:

  7. sebenarnya hampir semua filem hollywood mmg da lama gunakan opensource software kita je tak perasan atau tak terfikir ehehe 😀

    1. Yang aku tau diorang gunakan perisian mahal2 cam Maya, Adobe, Macromedia apa tah sejak dari dulu lagi…cuma small production company je gunakan software open souce dan mostly product takde la gempak sangat…

      Sintel dah jadi sebagai benchmark baru untuk animasi 3d open souce 🙂

  8. pening ak tgk software ni..haha..
    mmg ak :cheerful: xde bakat nk wat animation..

    1. sme cm aq jerk… haha :happy:

  9. wa best software ni banyak membantu bagi orang yang tak mampu nak beli software 3d harga ribu2

  10. Blender, software yg bagus, tp perlukan ketabahan utk mencubanya.. :cwy:

  11. aku dari sabah..dalam 2 tahun aku nak hasilkan animasi guna software blender…akan dtayangkan di pawagam youtube seluruh dunia :silly:

    1. Bagus, nanti dah hasilkan jgn lupa kontek aku, nanti aku promo baik punya….

  12. aku berminat nak cube blender ni cume nak thu minimum spec bagi sesebuah komputer untuk hasilkan final render animation. ade sesape bleh membantu x? :alien:

    1. untuk render animation ko perlukan komputer at least dual core, dengan dedicated graphic card…baru power dan smooth…

  13. Salam blogger.
    Macam seronok je perisian Blender ni. Tapi sayang nak buat animasi 2D pun aq tak lepas. Ni kan pula nak buat animasi 3D. Upin Dan Ipin pun guna perisian ni ke?

Tinggalkan komen anda