Posted on

Shut Down, Restart, Remote Control Komputer Anda Menggunakan Smartphone

remote shut down computer

Satu lagi tutorial remote, kali ini bagaimana anda boleh gunakan telefon pintar iPhone, Android dan Windows Phone untuk menghantar command bagi Shut Down, Restart, Lock komputer anda secara jarak jauh. Lebih menarik, cara ini boleh digunakan pada komputer menggunakan Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Contoh penggunaan : saya terlupa tutup komputer sebelum pergi kerja, dan komputer saya mengandungi banyak fail2 rahsia…habislah kalau orang lain guna komputer tu. Saya keluarkan smartphone, hantar command shut down atau lock, dan komputer saya selamat daripada akses daripada pihak lain.

Kegunaan dan kelebihan PC Monitor

– boleh shut down, restart, lock, log off, hibernate komputer dari jarak jauh

– menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux

– menyokong peranti iOS, Android dan Windows Phone serta Windows RT

– percuma

remote pc

– Mahu lebih advanced? Anda boleh check suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command prompt, lihat senarai perisian dalam komputer serta banyak lagi.

Cara guna PC Monitor

1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda (Windows, Mac, Linux)

2. Download dan install PC Monitor app untuk smartphone anda (iOS, Android, Windows Phone).

3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada client dan app.

4. ???

5. Setup selesai, jalankan sessi percubaan PC Monitor di komputer anda.

Real life usage untuk PC Monitor mungkin berbeza bagi setiap pengguna, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda jika anda rasa ianya sangat berguna.

Selamat mencuba! 🙂

p/s: Pengguna Android yang ada masalah download dari Play Store, bolehlah cuba install menggunakan apk ini. Download PC Monitor APK.


RELATED POSTS

BACA :  Dropbox menawarkan 3GB Extra Space untuk pelajar universiti

20 thoughts on “Shut Down, Restart, Remote Control Komputer Anda Menggunakan Smartphone

  1. kalau untuk telefon blackberry?

    1. blackberry x sure boleh ke x, tapi ada link utk download apps ni..
      boleh cuba sendiri la..sy pakai android, so xleh cuba blackberry 🙂

      kat sini : http://appworld.blackberry.com/webstore/content/92856/?lang=en

      1. Blackberry Playbook je supported bukan blackberry phone :/

    2. refer pada komen efariz, mungkin ada app PC Monitor untuk blackberry

      kalau x, kena pakai RDM+ atau VNC app untuk BB

  2. Nice share..insya allah akn cuba dlm msa terdekat.. ✌

    1. ha ah..bnde ni connect pkai ape? kna ade tenet eh?

  3. aku xleh install.
    This app is incompatible with your Celcom Sony

  4. knp android x leh download??

  5. “This item cannot be installed in your device’s country.”
    ffuuu… =,=’

    1. pakai blackmart boleh

  6. utk PC kena download dua2 ke admin, PC Monitor Agents for PC & Windows 8 Application??

    1. windows 8 app tu just untuk monitor…optional…tapi pc monitor agents tu mmg kena install

      1. thanks admin

        great apps!

  7. sebelum ni aku guna yang ni..biasanya masa layan movie or music kt laptop…senang nak control heheh..

    http://www.unifiedremote.com/

  8. tab 2 boleh x??

  9. pakai teamview je lg senang….

  10. […] and email 17. The deep web? Dunia internet alam ghaib? 18. Arch Linux and Installation (Part 1) 19. Shut down, restart, remote control computer dengan menggunakan smartphone 20. How to finish your work, one bite at a time 21. Daily and weekly planning printables round […]

  11. knape tak jd ni……kt phone , invalid username & passwrd, padahal dah btol dah

Tinggalkan komen anda