Posted on

Salam Media – Agensi Pengiklanan Internet Patuh Syariah

Tahun 2013 menyaksikan era di mana blogging dan social media meletup di Malaysia. Semakin hari semakin ramai blogger yang berkarya dengan penulisan mereka di alam maya,  dan sekaligus mencipta nama sehingga melahirkan ramai blogger hebat.

Seiringi dengan pelawat yang semakin ramai ke blog, ramai blogger yang memilih untuk memasang iklan untuk menambahkan pendapatan blog mereka.

Di Malaysia terdapat beberapa agensi pengiklanan internet yang menjadi pilihan para Blogger. Tidak dinafikan para Blogger dapat menambahkan pendapatan dengan memasang iklan tersebut, tetapi bagi para Blogger yang beragama Islam, terdapat beberapa masalah yang di hadapi :

  1.     Iklan yang memaparkan aurat wanita
  2.     Iklan yang berunsurkan maksiat
  3.     Iklan makanan dan minuman haram
  4.     Iklan aktiviti judi
  5.     Sumber pembayaran kepada Blogger mungkin melalalui sumber yang di ragui

Salam Media merupakan agensi pengikalanan internet yang patuh syariah dan di tubuhkan bagi mengatasi masalah ini. Dengan membawa konsep pengiklanan berdasarkan advertorial, para Bloggers perlu menulis mengikut kriteria patuh syariah yang di tetapkan oleh pihak Salam Media, dan client Salam Media hanya di pilih mengikut kriteria patuh syariah.

Fakta mengenai Salam Media:

  1. Agengsi Pengikalan Internet pertama yang patuh syariah di Malaysia. Pihak Jakim dan Jais merupakan panel penasihat Salam Media
  2. Ditubuhkan pada December 2013. Sehingga kini sudah mengumpulkan lebih 1000 bloggers
  3. Telah mengumpulkan banyak nama-nama besar dalam dunia blogging seperti Amanz, AzmanIshak, Kujie2 dan ramai lagi.
  4. Mendapat kerjasama dan sokongan beberapa jenama besar

Antara nama besar dalam dunia blogging yang menyokong Salam Media

salammedia1

 

 

 

 

 

 

 

 
Daftar dan berpeluang memenangi iPad Mini Retina!

BACA :  Update pantas mengenai berita dunia IT

salammedia2

 

 

 

 

 

 

 

Rakan blogger, jom daftar sekarang sebagai blogger Salam Media dan berpeluang memenangi cabutan bertuah iPad Mini Retina!

http://www.salammedia.my/im/

Kunjungi juga Fanpage Salam Media untuk update terkini terus di  https://www.facebook.com/salammediamy


RELATED POSTS

5 thoughts on “Salam Media – Agensi Pengiklanan Internet Patuh Syariah

  1. Semakin banyak sumber pengiklanan untuk para bloggers di Malaysia. Suatu perkembangan yang bagus dan satu konsep pengiklanan yang unik untuk bloggers yang mahukan pengiklanan yang mematuhi syariah.

    Satu lagi, ada tak sumber “projected income” dengan Salam Media ni? Tak ada banyak info di website Salam Media atau saya sendiri yang tak jumpa dengan penerangan mengenai kelebihan bloggers untuk menyiarkan iklan dari Salam Media ni.

    1. Salam,

      Terima kasih atas feedback anda. Buat masa ini SalamMedia masih lagi di dalam status start up. Kami masih menyusun strategy untuk mengetengahkan pengiklanan berbayar melalui blog kepada brand-brand besar di Malaysia. Kelebihan untuk bloggers buat masa ini hanyalah kepada yg terpilih. Ini berdasarkan beberapa faktor seperti pageview, niche, gaya penulisan, kekerapan menulis etc. Semua ini masih lagi dibuat secara manual. Kelebihan kepada bloggers yg sudah biasa berbayar ini, kami yang bawakan sale, blogger sendiri pilih atau menolak. Harap kami menjawab dengan jelas.

      Terima kasih.

  2. Ini satu benda yang bagus.

  3. ngam juga ada Salam Media ni … sekurang-kurangnya tidak lagi bergantung sepenuhnya pada Adsense sahaja. Kita pun nak juga beri peluang kepada usahawan tempatan untuk mengetegahkan produk-produk mereka di blog-blog popular.

  4. bagus ni..jadi kepada yang mengambil berat tentang patuh syariah dah ade pilihan

    Multivitamin Terbaik

Tinggalkan komen anda