Posted on

RockPlayer 2 – pemain video dan audio pelbagai format untuk iOS/Android

rockplayer 2 iphone android

Saya suka aplikasi yang boleh memainkan pelbagai jenis format video dan audio…jimat masa tanpa perlu convert dan sangat memudahkan. Kalau di komputer, biasanya player pilihan saya ialah KMPlayer, PotPlayer atau Splash Pro Ex, ada orang minat VLC, Gomplayer dan sebagainya.

Untuk peranti mudah alih seperti iPhone, iPad dan peranti Android, antara pemain video dan audio terbaik ialah RockPlayer. Versi terbaru RockPlayer 2 kini lebih canggih dan mesra pengguna, teruskan membaca artikel di bawah untuk fungsi lengkap RockPlayer 2.

Kelebihan RockPlayer 2

rockplayer 2

– memainkan pelbagai jenis format video seperti AVI, Mp4, Mkv dll

– memainkan pelbagai jenis format audio seperti Mp3, FLAC, AAC dll

– menyokong subtitle SRT

– mampu memainkan video HD dengan lancar

– menyokong USB dan WiFi transfer – pengguna iOS boleh masukkan video/audio ke dalam RockPlayer tanpa perlu iTunes

rockplayer rockshare

– fungsi RockShare – transfer files antara iOS dan Android dengan laju dan mudah…katakan ada movie menarik untuk dikongsi, Rockshare lebih laju dan mudah berbanding menggunakan Bluetooth atau cara lain

RockPlayer 2 adalah aplikasi percuma untuk iOS dan Android dengan sokongan iklan. Anda boleh membayar untuk membuang iklan pada RockPlayer 2 jika mahu.

Download RockPlayer 2 iOS | Download RockPlayer 2 Android | Download RockPlayer 2 Android Apk


RELATED POSTS

BACA :  Senarai Perisian Antivirus Percuma untuk Komputer anda

4 thoughts on “RockPlayer 2 – pemain video dan audio pelbagai format untuk iOS/Android

  1. rockplayer memang terbaik!!

  2. Asal music stop bila bka app lain? Ada solution?

  3. ada x software nk transfer file guna wifi utk pc

    1. guna AirDroid utk tranfer gn wifi dr pc ke tel

Tinggalkan komen anda