Posted on

Putus cinta atau kerap diganggu? Ini caranya untuk tidak tukar nombor handphone dan padam akaun facebook anda

Lumrah bercinta ada manis ada masamnya.  Kadang-kadang bermusuhan sehingga tidak mahu menerima apa-apa berita lagi dari bekas pasangan. Bila ini berlaku, ramai mengambil jalan mudah menukar nombor handphone dan juga padam akaun Facebook. Cara ini berkesan, tetapi bagi kami yang sukakan teknologi, cara tersebut agak tidak sesuai.

Kenapa tidak sesuai?

1. Bagi sesetengah orang, nombor handphone mereka sangat penting dan telah lama digunakan. Sayangnya terpaksa menukar nombor handphone kerana cuba mengelak dari diganggu seseorang.

2. Walapun anda padam akaun Facebook anda dan berjaya mengelak dari “si dia”, anda juga sebenarya telah menutup peluang ramai kawan anda yg lain untuk berinteraksi dan mengambil tahu keadaan anda sekarang. Padam dan buat akaun baru? Lagi “super tak effective” sebab anda terpaksa add balik rakan-rakan lama dan mmemakan masa.

Cara untuk tidak tukar nombor handphone anda

Tips ini hanya untuk pengguna smartphone seperti Nokia Symbian, Android dan iPhone. Mungkin rakan lain ada tips yang boleh digunakan untuk bukan pengguna smartphone.

iBlacklist for iPhone

Download

iblacklist

 

iBlacklist for iPhone membolehkan anda menyekat panggilan dan sms yang dari nombor tidak dingini untuk iphone anda. Anda boleh menetapkan supaya iPhone anda terus “hang up” panggilan tersebut atau ignore (iPhone tidak akan menunjukkan ada panggilan dari nombor tersebut.) . SMS yg diterima dari nombor tidak dingini juga tidak akan terpapar pada inbox sms anda dan anda boleh menetapkan supaya iBlacklist supaya auto padam sms dari nombor tidak diginini.

Tutorial menggunakannya boleh lihat di sini http://www.iclarified.com/entry/index.php?enid=953

Call Blocker Gold for Android

Download

call-blocker-gold-820-2

Call Blocker Gold, dahulunya dikenali sebagai Call Blocker Pro merupakan application terbaik bagi platform Android untuk menyekat panggillan telefon dan SMS dari nombor tidak dingini.  Antara fungis menarik ialah Block all calls from pay phones, maknanya “si dia” tidak dapat menganggu anda menggunakan telephone awam.

BACA :  Sila boikot laman web dari Israel

Alternatif lain untuk Android ialah Call Control

Best Blacklist for Symbian^3

Download

blacklistsymbian

Best Blacklist merupakan application blacklist terbaik untum platform Symbian^3.

Advanced Call Manager for Blackberry

Download

Advanced Call Manager merupakan salah satu aplikasi terbaik untuk menyekat panggilan dan SMS untuk pengguna Blackberry.

 

Cara untuk tidak padam akaun Facebook anda

 

Mahu menyekat sesetengah individu dari dapat melihat Facebook anda? Selain padam akaun Facebook, anda juga boleh mengubah privacy settings.

1. Klik Account dan Privacy Settings.

fb1

2. Ubah settings anda kepada friends sahaja.

fb2

3. Selepas itu klik Block Lists pada bahagian bawah.

fb3

4.  Masukkan nama atau emel rakan yang anda mahu blacklist.

fb4

 

5. Siap!

6. Cara ini boleh diatasi sekiranya “si dia” membuat akaun facebook baru dan add anda sebagai friend.  Oleh itu setiap kali nak approve friend, pastikan anda betul-betul kenal baru approve. Privacy settings yang anda telah ubah pada langkah 2 membuatkan “ si dia” tidak dapat melihat apa-apa maklumat Facebook anda selagi anda tidak aprrovea as friends.

 

Berjaya!

Jika anda mengikuti langkah diatas, anda telah berjaya mengurangkan 95% kemungkinan dari diganggu oleh orang yang anda tidak mahu. Tidak ada smartphone tetapi sayangkan nombor handphone anda? Aplikasi perlu dibeli? Kami rasa pelaburan membeli smartphone dan aplikasi adalah berbaloi jika anda dapat mengekalkan nombor lama anda, dan bebas dari gangguan tidak dingini.


RELATED POSTS

23 thoughts on “Putus cinta atau kerap diganggu? Ini caranya untuk tidak tukar nombor handphone dan padam akaun facebook anda

  1. wakaka , kalau handfon biase bro ?

      1. nombor tak penting boleh la tukar.

        1. Klu nokia 110 camne yer… yg ada sekatan utk semua no je.
          X boleh nk pilh no ape yg kita nk block.

    1. takde solution. hahaha.

    2. kalau handphone biasa boley try kat senarai nombor yg ditapis 🙂

      1. Kat mama her handset biasa tuk no ditapis

  2. Mak aih ..kena pakai bb dah ni…

  3. kalau tak tahan sangat repot je polis.. gangguan seksual

    1. report polis selalunya takde apa-apa tindakan kecuali kes serius. so bolehla guna alternatif ni 🙂

  4. Thanks info bro! Bole block org yg menganggu idup aku tanpa delete atau aje hp no @ fb akaun aku. Kan senang

    1. yep. aku dah guna sejak 5 tahun lepas blacklist untuk symbian 😀

  5. Sorry lari dari topik. Kenapa blog saudara tidak boleh di buka menggunakan browser maxthon. Untuk browser lain ok je. Maxthon je tak boleh. Kenapa eh..

    1. Tak boleh buka? Tak pasti lah sebab tak pernah guna browser maxthon…kalau boleh mtk tolong up screenshots ye…terima kasih

  6. Wah, bagus sekali panduan yang diberi. Macam berpengalaman je? Hehe…

    1. jika cuba di buka menggunakan maxthon, ayat yang muncul ialah seperti ini..

      This account has been suspended.
      Either the domain has been overused, or the reseller ran out of resources.

      Minta saudara komen kenapa jadi macam tu eh. Ada nak kena setting pada browser ke. Untuk makluman saudara, saya tidak pernah melakukan pengubahsuaian pada browser maxthon yang saya guna ni.

  7. Sila clear cookies and cache pada browser maxthon…sure boleh masuk

  8. Salam..
    Nak mtk tlg tuan tanah ckit.. Camne nak settlekan prob file dlm win xp SY yg jd read-only. bkn file syst..sume file jd cam2 hatta yg baru create pn.. tambahan lg sume external hdd mmber,pndrive pun turut dijangkiti..sy pkai bit def intnet sec 2011 cloud tecnolgy..scan pn xde detect virus..TLG YE MAS..tq.

  9. nnt mtk tlg send kat sy punyer email k tn tanah..tQ

  10. bro.. utk symbian tu trial version punye.. ade x link utk yg full version?? aku pki nokia c6-00 symbian s60 5th..

  11. tqvm TT…amat membantu saya….
    Hanya tuhan je boleh balas ilmu yang awak kongsi ini…
    terima kasih sekali lagi ya

  12. kalau Huawei cam mane????

Tinggalkan komen anda