Posted on

Project Shield – Nvidia Tegra 4 Portable Gaming Console

project shield

Terbaru di CES 2013 – Nvidia telah mengumumkan Project Shield – konsol permainan mudah alih terbaru dan akan dilengkapi dengan processor Tegra 4 serta menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean.

Sebagai konsol permainan mudah alih (handheld gaming) Project Shield cuba membawa sesuatu yang baru di dalam industri gaming dan akan bersaing dengan Nintendo 3DS, Sony PS Vita, iPad serta tablet Android.

nvidia project shield[6]

Project Shield akan menggunakan antaramuka Android Jelly Bean tanpa sebarang skin tambahan dan akan dilengkapi dengan aplikasi Nvidia Tegra Zone. Project Shield boleh memainkan sebarang aplikasi atau permainan yang dicipta untuk Android. Dari Angry Birds, Fruit Ninja hinggalah kepada Grand Theft Auto dan Dead Trigger.

Dengan adanya controller, pengawalan game2 Android lebih menyenangkan berbanding terpaksa menggunakan touch screen.

Project Shield : Spesifikasi

  • Processor Nvidia Tegra 4 (Quad-Core ARM Cortex-A15 CP + 72 Core Geforce GPU)
  • 5” touchscreen dengan resolusi 720p
  • Sistem operasi Android Jelly Bean
  • Ketahanan bateri 5-10 jam
  • Menyokong output sehingga 4k Ultra HD (3840 x 2160p)
  • Butang dan kayu analog ala controller Xbox 360
  • Clamshell design, ala Nintendo 3DS

project shield[5]

Salah satu fungsi menarik Project Shield ialah, kebolehan untuk stream game2 Steam daripada PC kepada Shield. Contohnya, sambil-sambil baring di atas katil, anda boleh stream game daripada PC, contohnya Assassins Creed 3 untuk dimainkan di peranti Shield anda.

Konsepnya hampir sama seperti konsol Nintendo Wii U, di mana game boleh dimainkan di controller dan tidak semestinya kena menghadap TV atau monitor sepanjang masa.

Namun, untuk menggunakan fungsi ini, anda kena menggunakan graphic card Nvidia Geforce 650+ dan ianya bukan sesuatu yang mampu dimiliki oleh semua orang.

BACA :  Maxis iPhone 4 review (hardware)

project shield nvidia

Project Shield akan dijual pada suku kedua 2013 dan harga masih belum ditetapkan. Yang pasti, harganya mungkin agak mahal memandangkan Shield mempunyai spesifikasi hardware yang sangat mantap.

Apa pendapat anda mengenai Nvidia Project Shield ini?

Sumber : Project Shield Nvidia


RELATED POSTS

Tinggalkan komen anda