Posted on

Pro Evolution Soccer 2014 (PES 14) : Tips & Review

pes 2014 pc review

Setiap tahun, saya akan cuba edisi terbaru game PES, dan tahun ini juga tidak terkecuali. Seminggu lepas, saya telah mencuba Pro Evolution Soccer 2014 (PES 14) untuk pelantar PC dan walaupun ada beberapa perubahan yang saya kurang suka, namun PES 14 masih seronok dimainkan jika kena pada caranya.

Berikut merupakan beberapa tips dan juga review ringkas PES 14 daripada saya.

pes 2014 pc

Setiap tahun, PES masih tidak berjaya membawakan nama kelab beserta logo, kit, stadium, yang lengkap seperti FIFA, out of box. Manchester City masih dengan nama Manchester Blue, Liverpool sebagai Merseyside Red dan Chelsea pula London PC.

Manakala senarai perpindahan pemain juga tidak up-to-date. Contohnya, Mesut Ozil masih lagi bersama Real Madrid dan bukannya Arsenal.

Untuk mengatasi masalah ini, saya cadangkan anda install PESEDIT.COM 2014 PATCH yang mengandungi PES 2014 Patch 1.01 dan Data Pack 1.00.

Mesut Ozil masuk Arsenal, London FC jadi balik Chelsea dan banyak lagi peningkatan yang lebih menyeronokkan.

pes-2014-pc

Dan ini merupakan Settings yang saya pilih sebelum memulakan permainan. Super Star, pilih ini jangan pilih level Amateur pula ya.

pes-2014-pc[6]

Dari segi button dan support settings, saya pilih settings berikut. PES 2014 sangat menekankan manual control dan skill through pass, passing dsb yang lebih Advanced namun jika anda tidak berminat membiasakan diri dengan cara baru itu anda boleh gunakan basic control saja.

Review Ringkas

pes-2014-pc[8]

Grafik PES 2014 bagi saya agak cantik dan ada peningkatan berbanding PES 2013.

pes-2014-pc[10]

Paparan visual berkualiti tinggi dipertunjukkan sekiranya anda bermain pada settings high @ 1920×1080 atau resolusi yang lebih tinggi.

pes-2014-pc[12]

Beberapa cara baru mengambil sepakan yang agak mengelirukan pada mulanya tetapi anda boleh biasakan diri dalam beberapa kali cubaan.

BACA :  15 permainan percuma untuk Windows 8

pes 2014 pc[6]

Malangnya, aliasing/jagged edges masih jelas kelihatan terutamanya ketika preview kit. Tekstur grafik resolusi rendah agak mencacatkan game yang pada dasarnya kelihatan gah dari segi visual.

pes-2014-pc[14]

Soundtrack asal PES 2014 juga kurang memberangsangkan…agak bosan.

Keseluruhannya, PES 2014 masih lagi game bolasepak yang seronok dimainkan, mempunyai kualiti visual grafik yang agak baik namun ketiadaan lesen kelab terkemuka, soundtrack yang membosankan, jagged aliasing yang ketara, serta cara pengawalan yang agak mengelirukan pada awalnya mungkin tidak akan menggembirakan sejumlah pemain game ini.

Video : Gameplay dan Gol Pertama PES 2014 daripada saya


RELATED POSTS

15 thoughts on “Pro Evolution Soccer 2014 (PES 14) : Tips & Review

  1. Boleh bagitau tak ljenis laptop yang sesuai untuk gaming dalam bajet rm 2000 ke bawah yang boleh install pes atau fifa 14??

    1. cari yang core i5, nvidia 720M, 4gig ram

  2. yg masalah (GPU : VRAM) cmne lak?frust nie…xleh main…

    1. bro download PES2014 File Loader kat jenkey1002.blogspot.. copy file msuk dlm directory pes.. pastu open setting file loader tu.. setup image reso 1366×768 n save.. setel

    2. pakai gpu apa? intel integrated graphic ke?

  3. Bro, apa GPU? Mcm bagus, langsung x stuck.

    1. Radeon HD 5750, old gpu tapi boleh main game2 latest orait lagi

  4. boleh ke install update tu kalau pakai yg pirate.? saya pakai yg BB repack

  5. Knapa PES2014 PC saya xda suara? emmm, ada tak direct link utk PES 2014 Patch 1.01 dan Data Pack 1.00 sebab internet kat tmpt keja saya ni bnyk kena block oleh Blue Coat Web Filter.

  6. The program can’t start because d3dx9_43.dll is missing from your computer. Try reinstalling the program to fix this problem ,,, kknpa dah installl. siap. bila nak main kuar mcm ni?

    1. update DirectX9c terbaru

  7. serius tak best la pes14.. tak tau lah ape yg tak kena dgn pes skarang wlaupun grafik power ..fifa 14 wlaupun kt pc x ade ignite engine yg exclusive utk ps4/xbox tetap terbaik…siapa biase main bola tau la ape kelemahan pes ni..sekian komen jujur saya..wakaka

  8. tumpang tanye…..Aspire V Nitro or asus G56JR or asus G551JM or ASUS ROG G750JX or ASUS ROG G750JM…..mne satu paling gempak men game….ske men battlefield n cod,,tpi yang terbaru mcm ghost bole gne low quality je,battlefield 4,sparuh jalan cerite game nye da lagging truk….skrg gne acer aspire.ram 2gb da upgrade 6gb,core i5,windows 7, 64 bit,nvidia 630m…..

Tinggalkan komen anda