Antara fungsi menarik dalam Windows 8 ialah Windows Store di mana anda boleh muat turun pelbagai aplikasi Metro dan permainan dengan mudah ke dalam komputer anda.
PrimeTube merupakan aplikasi YouTube untuk Windows 8 dan RT yang boleh dimuat turun secara percuma daripada Windows Store.
Berikut merupakan review ringkas PrimeTube untuk Windows 8.
PrimeTube merupakan aplikasi YouTube yang agak lengkap, menyokong fungsi log-in akaun, fungsi komen, like, dislike dan banyak lagi. Untuk playback, boleh pilih LQ, HQ dan HD quality.
Paparan full screen dalam kualiti HD.
Fungsi download video YouTube juga terbina dalam PrimeTube. Untuk download, tekan butang ⇩ ketika di laman video.
Fungsi Snapped View membolehkan anda menonton video Youtube di bahagian sidebar.
PrimeTube Review
+ antaramuka mesra pengguna
+ percuma
+ kebolehan download video youtube
– skema warna kurang menarik
– tiada paparan % ketika download video YouTube
RELATED POSTS
Bro,nk tnye :1 kalau win 7 nk convert g win 8 boleh x? :2 masaalah sekatan Internet kat ofis yang guna intersafe boleh crack x?t. q