Posted on

PricePanda – Perbandingan Harga Termurah untuk Smartphone, Gadget terbaru

pricepanda[11]

Baru-baru ini, ada rakan bertanya mengenai tempat membeli gadget termurah secara online di Malaysia…kerana menurut beliau terlalu banyak pilihan seperti Mudah, Lelong, Lazada dan lain-lain lagi sehingga menyukarkan pembeli.

Katakan anda ingin membeli Samsung Galaxy S3 secara online, dan anda terpaksa melayari banyak laman jual-beli online untuk mendapatkan harga terbaik. Kalau main beli saja, cukup rugi kerana katakan anda beli daripada laman A pada harga RM2000 kemudian lepas beli baru dapat tahu laman B jual pada harga RM1500 sahaja.

pricepanda[9]

PricePanda merupakan servis terbaru yang boleh membantu anda membandingkan harga sesebuah gajet yang dijual secara online.

Bukan sahaja smartphone, anda boleh mendapatkan harga terbaik bagi laptop, camera digital, komputer tablet dan pelbagai jenis alat elektronik lain.

Dan sehingga pengetahuan kami, laman-laman jual-beli gajet yang dipamerkan dalam PricePanda adalah mempunyai reputasi dan kredibiliti yang baik demi mengelakkan pembeli menjadi mangsa penipuan beli barang secara online.

Untuk maklumat lanjut mengenai PricePanda, anda boleh layari laman berikut :

Kalau ada rakan-rakan yang minat membeli gadget secara online, boleh kongsikan maklumat ini kepada mereka. Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Celcom membawakan Blackberry Bold 9780 dengan OS6 ke Malaysia

7 thoughts on “PricePanda – Perbandingan Harga Termurah untuk Smartphone, Gadget terbaru

  1. admin nk tnya ni.. skang sy pakai win8 32bit yg upgrade aritu, kalau nk guna 64bit mcm mana ya blh tak??

    1. format balik dan install guna ISO 64bit

      1. OK… ISO 64bit ada link tak admin, 1 lg apa beza 32 & 64 admin??

  2. Admin, yg ni die jual ori pnye ke? atau arp

  3. baru ushar, rupanya tempat pembandingan harga online. terbaiklah!

Tinggalkan komen anda