Posted on

Previu Google Chrome OS

Google telah mengeluarkan beberapa butiran mengenai sistem operasi terbaru mereka iaitu Google Chrome OS. Google Chrome OS adalah sama sekali berbeza dengan OS lain seperti Windows, Mac OS X, Ubuntu dll kerana ianya adalah cloud operating system.

image

Maklumat penting mengenai Google Chrome OS yang anda harus tahu;

1. Chrome OS menggunakan kernel Linux yang telah diubahsuai, tetapi anda tidak boleh install third party program ke dalam OS.

2. Chrome OS dibina khusus untuk netbook, anda tidak boleh download dan install ke dalam pc atau laptop.

3. Google dan business partner akan mengeluarkan netbook yang menggunakan Chrome OS, bermakna Chrome OS hanya boleh digunakan pada hardware tertentu yang dipilih oleh Google sahaja.

4. Tiada sokongan ke atas hard disk, hanya solid state drive sahaja (SSD).

5. Data tidak akan disimpan ke dalam komputer, ianya akan disimpan secara “cloud” di dalam server milik Google.

6. Chrome OS adalah sangat ringan laju berdesup…boot dalam masa 7 saat dan membuka aplikasi mengambil masa 3 saat.

image

Antaramuka Chrome OS ialah sama seperti browser Google Chrome yang biasa anda guna. Apa yang berbeza ialah chrome os mengintegrasikan aplikasi web seperti Google Docs, Gmail, dll seakan2 aplikasi desktop.

Komen saya;

1. Ramai orang kecewa kerana chrome os hanya boleh didapati pada sesetengah hardware yang diapprove oleh google. Bermakna anda tidak boleh install ke mana2 pc atau laptop sesuka hati. Tindakan Google ini seakan2 Apple yang hanya membenarkan Mac OS X digunakan pada hardware yang dikeluarkan oleh Apple sendiri.

2. Tidak boleh save local data dan tiada sokongan hard disk? Sangat leceh kerana jika menaip dokumen anda perlu save ke dalam cloud storage dan ia memerlukan internet. Solid state drive juga harganya sangat2 mahal sekarang.

BACA :  Cuba Google Chrome versi terbaru melalui developer channel

3. Disebabkan chrome OS adalah lebih kepada cloud computing, jika tiada sambungan internet maka anda tidak boleh buat apa2. Fungsi offline sangat terhad kepada membuka file cache video, mp3 dll. Sangat terhad.

4. Dengar2 bahawa fungsi Chrome OS akan dimasukkan kedalam Google Chrome browser untuk Windows, Linux, dan Mac. Baguslah, kerana tak perlu membeli hardware baru semata2 untuk menggunakan chrome OS.

5. Saya dalam proses mendownload leaked chrome os dalam bentuk Vmware Image. Kalau ada benda2 baru nanti saya post.

Bestnya exam dah habis. Salam!


RELATED POSTS

18 thoughts on “Previu Google Chrome OS

  1. simple n nice..huhu..masih trial kn..gud luck google :cheerful:

  2. Nampak macam menarik! Dah release ka? Dia macam live CD kan bro?
    .-= myf3ak´s last blog ..Vote for Earth! – Earthhour =-.

  3. alamak!
    tajuk post kita sama..
    .-= akmalhisyam´s last blog ..Previu Google Chrome OS =-.

    1. Aah sama lak…
      kebetulan :tongue:

  4. tgu kuar utk laptop la plak..hehe..
    br bes.. :whistle: bole try..
    .-= a1zudd1n´s last blog ..collection PSP games megaupload =-.

  5. alaa.. xleh plak utk laptop.. ~down~ :face:
    .-= Anarm´s last blog ..Teknologi pada masa hadapan =-.

  6. lama dah tunggu berita Google OS ni.
    tp tak sangka keluarkan dlm bentuk “cloud”

    ok jer dlm btk “cloud” utk pengguna netbook, yg penting harga netbook dgn Google OS ni munasabah (under 1K?), sbb pengguna perlu melabur lebih utk internet connection. Paling sesuai mobile broadband, dan di MALAYSIA ni, kos bulanan utk mobile broadband masih tinggi serta coverage yg tak menyeluruh.

    selain faktor connection internet yg tak begitu ada “umphs”.

    anyway, kepada tuan jomphp, aku minta izin salin artikel ini, dengan meletakkan link kpd sumber asal (jomphp), link diletak sbg header/footer & dkt middle artikel. :ninja:

    1. Ok, as long bg kredits 🙂
      .-= EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List =-.

  7. Uh, tak mesra pengguna nih… :angry:
    .-= annamir´s last blog ..Happy Friday 😉 =-.

    1. Ntuk warga2 US ok la sebab diorang ramai pengguna netbook…

      tapi secara jujur memang agak kurang mesra pengguna ;(
      .-= EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List =-.

  8. ohh sape yg lagi laju post pasal menda nie??? justkhai atau jomphp? hehehe.. anyway u all mmg best… :heart:
    .-= ahmadsufi6177´s last blog ..Tingkap Bilik Yang Pecah !!! =-.

    1. Artikel jomphp berbeza ngan justkhai…tak perlu mukadimah panjang2…just direct kepada information mengenai chrome os tu je…

      gaya penulisan masing2 berbeza la kan 🙂
      .-= EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List =-.

  9. rasanya v1.0 ni google buat versi cloud computing ntuk test sambutan….itu salah satu strategi dorang

    lepas ni google akan release ntuk different platform….barulah semangat GNU sejati

  10. anyway..tunggu je windows 8 tu ..huhu
    .-= Aimo KM´s last blog ..Salam perkenalan … =-.

  11. aku cam x bbrapa minat jer..

  12. mari guna Snow Leopard ..
    haha

    netbook amat terhad..kalo nk guna kat Malaysia kurang sesuai kecuali org dok kat bandar2 besar..

    Jalur lebar Malaysia pun masih mengecewakan, better go for Windows 7 or Snow Leopard je lah ..
    .-= hydir´s last blog ..MLS Cup 2009: Real Salt Lake is the champions! =-.

  13. macam menarik….cme nampak macam terkongkong. sebab semuanya bergantung kat application yang disediakan oleh chrome shj. tp, not a bad try klw nk cuba mnde ni :alien: 🙂 🙂
    .-= r1n0z33n´s last blog ..old school email application (alpine+gmail) in ubuntu =-.

  14. Boleh malaysia guna Google Os ni.tahun mungkin bukan lagi.10 tahun akan datang.pasti boleh.sebab masa tu internet dah laju.hehee….. :cheerful:
    .-= safar´s last blog ..faizalehsan.com digodam razmataz =-.

Tinggalkan komen anda