Posted on

PicYou – laman web upload gambar dan tambah efek ala Instagram

picyou

Pernah dengar Instagram? Instagram adalah app iPhone yang sangat popular di mana pengguna boleh menambah efek menarik kepada gambar dan kongsi di facebook, twitter, blog, tumblr dan banyak lagi laman sosial. Saya juga ada selalu upload gambar Instagram di blog Eins.MY : Instagram.

PicYou pula merupakan satu laman web yang baru dilancarkan dan ianya berfungsi seakan Instagram namun bezanya ia adalah web service dan boleh diakses di semua jenis pelayar internet. PicYou memberi peluang kepada mereka yang tidak menggunakan iPhone, iPad untuk meng-upload gambar dan juga menambah efek menarik kemudian boleh kongsi kepada facebook atau twitter.

picyou[10]

Antaramuka PicYou sangat ringkas dan mesra pengguna. Anda boleh login menggunakan akaun Facebook atau Twitter.

picyou[12]

Terdapat beberapa pilihan “filter” untuk menambah efek pada gambar. Adalah lebih berguna kalau anda guna gambar sebenar berbanding gambar kartun atau bukan benda hidup.

picyou malaysia

Kalau anda guna PicYou boleh tag “malaysia”  jadi satu dunia boleh tengok keindahan dan kecantikan budaya Malaysia.

picyou[14]

Boleh follow saya di http://picyou.com/user/einztrigger


Lawat website PicYou.

Selamat mencuba 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Tips mengubahsuai theme wordpress yang anda harus tahu

2 thoughts on “PicYou – laman web upload gambar dan tambah efek ala Instagram

  1. cantikkk , gambar elia pulak mmg cantik hehe

  2. Yay! Memang menarik! Bagus gak bagi kami yang bukan penguna Ipong nie. Anda tarrbaeek!

Tinggalkan komen anda