Posted on

PES2009 games reviu

pes09vl4

PES2009 merupakan games terbaru dari siri Pro Evolution Soccer dari Konami.Kepada peminat games bola sepak,anda semestinya pernah bermain games PES.Bagi saya,PES merupakan siri games bola sepak terbaik,mengatasi pencabarnya seperti Fifa dari EA Sports.

Setelah menghadapi final exam semalam,saya sempat meluangkan masa bermain PES2009 bagi menenangkan fikiran.Sebelum ini hanya PES2008 menjadi mainan dikala bosan 🙂

Berikut merupakan sedikit reviu dari saya mengenai games bola terhebat didunia ini 🙂

Testbed 1:

Intel Core 2 Duo E6600

4gb ddr2 ram

Nvidia 9600gt 512mb ddr3

Windows Vista Ultimate

Testbed 2:

Intel Pentium 4 1.6ghz

768mb ddr ram

Nvidia fx5500 (agp)

Grafik :

PES08 PES09
PES_2008_070606223448_sm pes09

Cuba perhatikan perbezaan grafik PES08 dan PES09.Sangat berbeza bukan?PES09 menampilkan grafik yang sangat cantik,realistik dan bewarna warni.

Anda pastinya kagum dengan grafik PES2009 yang pastinya juah meninggalkan Fifa 09 😛

rating : 9/10

Mode :

1.Mode Be A Legend telah diperkenalkan.Cipta seorang pemain,bermula dari bawah (stamina,kelab,skill) dan menimba pengalaman untuk menjadi yang terbaik.

Jersi:

1.MU dan Liverpool sahaja mempunyai jersi sebenar dlm EPL.

2.Majoriti kelab dlm Liga Sepanyol tidak lagi mempunyai jersi sebenar berbanding PES08.

Permainan :

1.Gol yang dijaringkan kelihatan lebih realistik.Perhatikan pada jaring gol apabila bola dijaringkan.

2.Sangat sukar untuk menjaringkan gol.Kalau dahulunya bermain PES08 dengan kawan-kawan,kami selalunya berbalas gol dengan jumlah yang agak banyak seperti 4-3 tapi bila bermain PES09,dapat jaringkan 1 gol pn dah ckup bagus 🙂

3.Senang untuk jaringkan gol dengan free kick christiano ronaldo.

4.Lebih senang untuk merampas bola berbanding PES08.

5.Sangat susah untuk menggelecek solo seperti dalam PES08.

6.Sangat sukar menjaringkan gol dengan shoot jauh berbanding PES08.

7.Bola shoot terasa lebih perlahan dan sukar dikawal.

BACA :  Gaming Mouse dan Budget Mouse pilihan kami

rating : 8.5/10

Keperluan komputer :

minimum :

 

– Windows XP SP2, Vista
– Intel Pentium 4 1.4 GHz
– 1 GiByte RAM
– 6 GB hard disk space
– GeForce FX or Radeon 9700th Pixel / Vertex Shader 2.0 and 128 MiByte VRAM.
– 800 x 600 display resolution

recommended :

– Windows XP SP2, Vista
– Intel Pentium 4 3.0 GHz
– 2 GiByte RAM
– 8 GB hard disk
– GeForce 6800 GT / GS, Radeon X1600 or higher. Pixel / Vertex Shader 3.0 and 256 MiByte VRAM
– 1,280 x 720 display resolution

Dengan TestBed 1,saya dapat bermain dengan Full Setting.Resolution 1280 x 1024 dan Full AA dan AF.

Daripada pemerhatian saya,PES09 adalah lebih ringan berbanding PES08.Ini dibuktikan apabila saya mencuba dengan TestBed2.Dalam PES08, TestBed2 hanya dapat setting low dan masih sedikit lag.Tetapi dalam PES09,TestBed2 masih lagi hanya dapat setting low,tetapi lebih lancar berbanding PES08.

Saya tidak sempat menggunakan perisian untuk menyukat FPS (Fraps) kerana kesuntukan masa 🙂

Interface :

Interface PES09 lebih menarik berbanding PES 08 yang agak plain.

Kesimpulan :

Good job Konami.PES2009 membawakan banyak perubahan dan semestinya lebih bagus berbanding versi sebelumnya.Kepada peminat games bola sepak,anda seharusnya tidak ketinggalan untuk mecuba PES2009.

p/s : Mencuba bakat mebuat reviu games 😛


RELATED POSTS

19 thoughts on “PES2009 games reviu

  1. PES2009 games review!!!!!!…

    PES09 Games Review

  2. haha ok dh review…cuma screenshot kena tmbah la..

    brani lawan ngan aku la nanti..kita tengok sapa lg terer..bwk balik controller ps2 tu skali 😉

    1. semestinya mu hk kaloh 😀
      (N) (N)
      😀 😀

      1. ape nih adik bradik baloh! mari test ngn aku dulu.. uitm champ!!

        1. mari sek 7 ni nak tau gak (N)

      2. xyoh tau mmg tau doh.. ak ak ak 😛

        1. pesanan dari hafiz,

          mu kanak2 je kalu main sini 😀 😀

        2. ceh.. haha matpih 2 kecek jah besar.. kaloh berapok.. ak ak ak.. masih kah kau igt smasa d dungun.. he is peace of cake.. (N)

  3. Nak download? ade kat forums http://www.scukz.com .. betul.. tak tipu… khai dah donlod n dah main.. layannnnnnnn

    1. takleh masuk lagi la forum scukz..nak tgk gak renovation terbaru yg khai buat 🙂

      anyway PES09 ni khai dah try main LAN?

      1. Bley men lan x? kalau bleh lg best boring lawan komp je…

  4. Patch untuk gapo tu?Jersi,Team Name dan lain-lain?

    1. team name, n logo.. jersi ado sparuh2 jah

  5. amboi fifa 2009 dah ada..
    tapi ana still suka fifa 2003 (H)

    1. hehe fifa 2003 mmg lagi best dari yg terbaru nih..tambah2 fifa 2000 yg ada alien sedut player tu 😀 😀

  6. Hai nama saya Maizatul Nadia binti Mat Hussin. :cheerful:

    1. Leh berkenalan? Haha :happy:

  7. there are actually much more whom are searching for this http://freemanschne716.dmusic.net/journal/634092 art galleries and also motion picture fests

Tinggalkan komen anda