Posted on

Perang epik antara komputer tablet bakal bermula

Jika anda ada mengikuti berita perkembangan dunia teknologi, anda pasti tahu mengenai bahawa pada tahun 2010 banyak pengeluar komputer akan bersaing memasarkan produk komputer tablet masing2. Antara nama2 besar yang terlibat dalam “perang komputer tablet” ini ialah Apple, Microsoft, HP, Google, Intel, Nokia dan beberapa syarikat lain.

Setakat ini, komputer tablet yang berjaya mencuri perhatian ramai ialah Apple Ipad. Disebabkan kejayaan Ipod Touch dan Iphone, ramai peminat Apple memberi harapan tinggi kepada produk terbaru dari syarikat Apple ini.

1. Apple iPad

Apple iPad merupakan produk komputer tablet dari syarikat Apple yang popular dengan produk Macbook, Ipod, Iphone serta pembangun kepada sistem operasi Mac OS X Snow Leopard.

Kelebihan Apple iPad ialah menggunakan iPhone OS, iaitu OS yang digunakan pada Ipod Touch dan juga Iphone. iPhone OS adalah sangat ringkas dan unik, serta mempunyai respon yang laju pada sentuhan jari. Terdapat berpuluh-puluh ribu aplikasi dan games yang dibina untuk iPhone OS dan boleh dimuat-turun secara online menerusi AppStore.

Apple iPad juga boleh digunakan untuk membeli dan membaca ebook dalam mode potrait atau landscape. Selain itu, pengguna iPad juga boleh melanggan movie secara online, memuat turun dan tonton movie tersebut.

Namun begitu, iPad mempunyai beberapa kelemahan yang agak ketara juga. iPad tidak mempunyai fungsi “multitasking out of the box” iaitu kebolehan menjalankan beberapa aplikasi secara serentak. Pengguna iPad mungkin terpaksa jailbreak dulu iPad mereka sebelum boleh multitask. Lain-lain kelemahan adalah seperti tidak menyokong Adobe Flash, tidak mempunyai USB port dan tidak mempunyai webcam untuk fungsi video call. Skrin dan resolution iPad juga bukan dalam “widescreen” jadi tidak berapa seronok jika menonton video. Banyak pengkritik melabelkan iPad sebagai ipod touch bersaiz gergasi kerana secara jelas iPad tidak banyak beza dengan iPod touch.

 

2. HP Slate

HP Slate ialah komputer tablet dari HP dan menggunakan sistem operasi windows 7 dari Microsoft. Sebelum ini anda biasa menggunakan windows 7 menggunakan skrin lcd dan mouse serta keyboard, tetapi dengan HP Slate, anda menggunakan windows 7 dengan fungsi sentuhan jari dan on-screen keyboard.

Kelebihan HP Slate adalah kerana ia menggunakan desktop os, anda boleh install segala perisian kegemaran anda seperti Firefox, Photoshop dll tanpa masalah. HP Slate juga mempunyai sokongan penuh kepada Adobe Flash menjadikan pelayaran internet anda lebih menarik seperti menonton video dan bermain game Flash. Anda boleh menggunakan HP Slate dalam mode potrait atau landscape dan juga sangat ideal untuk membaca ebook.

Kelemahan HP Slate pula disebabkan ia menggunakan desktop OS dan bukannya Mobile OS. Desktop OS agak berat dari segi hardware requirement dan tidak mesra navigasi menggunakan jari. Timbul juga persoalan mengenai jangka hayat bateri, ancaman virus dll.

BACA :  Dropbox menawarkan 3GB Extra Space untuk pelajar universiti

Buat masa sekarang spesifikasi HP Slate belum lagi diketahui, namun anda boleh tonton 2 video dibawah untuk mendapat pengetahuan lebih mendalam mengenai HP Slate.

 

3. JooJoo tablet

joojoo

JooJoo tablet ialah komputer tablet yang dioptimasikan untuk melayari internet. Mempunyai kelajuan startup yang sangat laju iaitu 9 saat sahaja untuk menghubungkan anda dengan internet. Antaramuka sistem operasi JooJoo tablet sangat ringkas dan mudah digunakan, hanya perlu klik dengan jari. Tiada menu atau tetingkap, memudahkan navigasi.

JooJoo tablet boleh digunakan dalam mode potrait dan landscape. Menyokong penuh fungsi Adobe Flash dan anda juga boleh menonton video dalam resolusi full HD menggunakan JooJoo tablet ini. Antara kelebihan tablet ini berbanding iPad.

4. Adam tablet

adam tablet

Adam Tablet ialah komputer tablet yang bakal dikeluarkan oleh syarikat Notion Ink dari India. Spesifikasi Adam Tablet agak mengkagumkan kerana ia jelas mengatasi komputer tablet lain. Adam Tablet menyokong sehingga 3 jenis sistem operasi iaitu Android, Ubuntu dan Chromium. Selain itu Adam Tablet menggunakan processor Nvidia Tegra 2 (dual core 1GHz processor + graphic processor) serta skrin Pixel Qi. Jangka hayat bateri adam tablet dijangka bertahan sehingga 16 jam.

Firefox dan Chrome bakal digunakan sebagai default browser bagi Adam Tablet. Juga mempunyai sokongan penuh kepada Adobe Flash dan juga ada HDMI port dan berkeupayaan untuk output video sehingga 1080p (full HD). Jelas mengatasi kemampuan Apple iPad yang hanya boleh output video sehingga 720p.

5. OpenPeak OpenTablet

OpenPeak OpenTablet ialah komputer tablet yang menggunakan sistem operasi MeeGo yang dibangunkan oleh Nokia/Intel. Buat masa sekarang tiada maklumat terperinci mengenai komputer tablet ini.

6. Google Chromium tablet

Google ada mengeluarkan concept untuk komputer tablet menggunakan Chrome OS. TIada maklumat terperinci dilaporkan setakat ini. Anda boleh lihat video youtube dibawah untuk sedikit info mengenai chromium os tablet concept.

 

7. Pandangan penulis mengenai komputer tablet

Bagi saya, komputer tablet sangat cool berikutan saya sangat minat gadget2 yang menggunakan fungsi touch screen. Akan tetapi, saya tidak akan membeli mana-mana produk komputer tablet yang keluar dalam masa setahun dua ini.

Ini adalah kerana saya bukan seorang yang jenis early-adopter. Saya suka tunggu dan lihat mengenai persaingan produk-produk dalam dunia teknologi ini. Lagipun, produk awal biasanya mempunyai banyak bugs, unfinished features, limited support, kurang developer dsb. Oleh itu, saya lebih suka tunggu beberapa tahun lagi sebelum membuat keputusan untuk membeli komputer tablet.

Anda pula bagaimana? Pilihan tetap ada ditangan anda sendiri dan saya hanya mampu memberi ulasan dan pandangan sahaja.


RELATED POSTS

12 thoughts on “Perang epik antara komputer tablet bakal bermula

  1. agok2 brp hargo dio mad…?

  2. Mostly harga dalam RM1000-2000 kot…

  3. contoh terbaik iPad takleh multitasking.jadi masih tak boleh jadi 2nd laptop/workstation. aku mencari tablet yang ada multitasking capability, light and mobile. HP punye tu macam menarik, bila la nak kluar…hohoho..
    .-= izzat´s last blog ..Official SPM 2009 Result this Thursday, 11 March 2010 – All the Best to All Former Form 5 Students =-.

  4. gempak siot.. teringin nak ada 1.. tp…. simpan duit wat kawen dulu kot.. hehe..
    .-= Anarm´s last blog ..Internet lebih laju dengan Pale Moon Project =-.

  5. macam ko cakap juga .. wait n see 🙂
    .-= hydir´s last blog ..hydir{dot}com di jemput menyertai Projek 400 Nuffnang! =-.

  6. bilakah aku mampu memilikinya. atau hanya mampu skadar melihat
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

    1. pelan2 kayuh ar wan..haha
      .-= azizuan´s last blog ..Firefox Tips : Full Page Screenshot Dengan Screengrab =-.

  7. komfem benda alah ni mahal gile..huhu :sleeping:
    .-= aizuddin´s last blog ..gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL =-.

  8. woah… gajet yg sgt cool tp terlalu byk kelemahannya. better pick notebook,netbook or PC for multitasking. yoshh!
    .-= finalcross´s last blog ..Dark Knight sebagai PC baruku =-.

  9. Minat gak ngan tablet PC dan netbook.
    Tapi saya pun mcm penulis gak, jenis tunggu dan lihat.
    Tengok komen2 pengguna lain dulu. 🙂
    .-= ris-it´s last blog ..“whois.domaintools” =-.

  10. gajet yg cool yg patut dimiliki.. tp tgu arge turun lu la 😛
    .-= pepijoe´s last blog ..ingin menjadi blogger.. =-.

  11. […] Apple keluarkan iPad, ramai company lain berebut nak kuarkan produk komputer tablet seumpamanya. iOS adalah eksklusif untuk produk keluaran Apple sahaja, dan pembuat komputer lain […]

Tinggalkan komen anda