Posted on

Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

ubuntu

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa itu ubuntu, cara install ubuntu, cara guna ubuntu dan apakah kelebihan menggunakan ubuntu dsb. Untuk bahagian pengenalan ini, saya akan ceritakan mengenai Ubuntu secara umum dulu bagi membantu pembaca semua memahami apakah sebenarnya sistem operasi ini.

Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular (linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook dan juga mac.

Pendek kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza pendekatan dan cara penggunaanya.

Screenshot Ubuntu versi terbaru 10.04 (Lucid Lynx)

ubuntu-lucid-lynx

Kelebihan menggunakan Ubuntu

1. Percuma seumur hidup, tak perlu beli lesen dan boleh guna di banyak komputer hanya dengan satu CD sudah cukup

2. Stabil, bebas virus dan malware, worm dsb jadi tidak perlu beli dan pasang perisian antivirus

3. Sangat ringan dan laju dan boleh digunakan pada komputer dengan hardware yang rendah dan lama

4. Tidak perlu susah-susah install driver sebab kebanyakan driver adalah terbina dalam seperti LAN, Wifi, Audio dan sebagainya.

5. Segala perisian asas untuk browsing internet, office, mendengar muzik, memainkan video, photo viewer, kalkulator dsb adalah terbina dalam.

6. Ada fungsi live cd, iaitu anda boleh mencuba menggunakan Ubuntu tanpa perlu install ke dalam hard disk, hanya perlu boot menggunakan CD Ubuntu untuk masuk ke Live CD session.

ubuntu software center

7. Ada Ubuntu Software Center, memudahkan untuk anda download software2 lain yang tidak terbina dalam Ubuntu

Ubuntu Cool Effect

8. Desktop effect yang sangat cool dan menarik dengan Compiz Fusion.

9. Kebolehan menjalan perisian2 Windows menggunakan Wine (Windows Emulator).

10. Tahap customization yang sangat tinggi, anda boleh ubah desktop dan seluruh sistem operasi jika mahu, salah satu kelebihan perisian sumber terbuka.

11. Terdapat versi baru Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan bagi memastikan anda sentiasa up-to-date.

Banyak lagi kelebihan yang anda pada Ubuntu sebenarnya, yang itu anda harus explore sendiri.

Kelemahan menggunakan Ubuntu

1. Masih belum cukup user friendly, pengguna biasa mesti keliru dengan cara penggunaannya.

BACA :  Beli Windows 8 Original pada harga promosi sebelum 31 Januari 2013

2. Perisian2 kegemaran anda di Windows mungkin tidak boleh digunakan di Ubuntu. Tidak semua perisian compatible biarpun anda guna Wine.

3. Linux tidak dibina untuk bermain game, jadi kalau anda seorang gamers tegar lebih baik guna Windows sahaja.

ubuntu terminal

4. Sesetengah perkara memerlukan anda menaip command di terminal seperti sh Nvidia-Driver-19823-RX-12ASDS.run dan sudo apt XXXXX ini merupakan sesuatu yang memeningkan kepala bagi pengguna beginner.

5. Ubuntu sangat memerlukan penggunaan internet sebab anda perlu internet untuk download extra plugins, add repo, install codec, install drivers dll.

6. Kebanyakan perisian terbina dalam Ubuntu adalah tidak setanding dengan perisian yang anda biasa gunakan di Windows. Sebagai contoh, Open Office sangat berbeza taraf dengan Office 2010 kerana Office 2010 sangat canggih dan Open Office seperti anda guna Office 2003 sahaja.

7. Jika biasa menggunakan Windows 7, anda mungkin merindukan fungsi Superbar, Aero Glass dan bermacam2 lagi fungsi yang tidak terdapat pada Ubuntu.

8. Tema dan skema warna yang digunakan pada Ubuntu mungkin tidak kena pada jiwa sesetengah orang kerana ia tidak bersifat universal seperti warna biru.

Cara Mendapatkan CD Ubuntu

Anda boleh request cd percuma daripad pihak Ubuntu, ia mungkin mengambil masa dari 6 – 10 minggu.

Request CD Ubuntu (link).

Download Ubuntu

Anda boleh download Ubuntu daripada laman rasmi Ubuntu.com. Ia terdapat dalam banyak versi seperti dekstop i386 dan amd64, netbook edition, server edition dsb.

Kubuntu menggunakan KDE sebagai antaramuka dan Edubuntu pula mengandungi perisian2 akademik dan sesuai juga untuk kanak-kanak.

Download Ubuntu dari Ubuntu.com | Mirror MMU Malaysia.

Hanya pilih versi yang sesuai untuk komputer anda sahaja ya.


Kami berharap artikel ini membantu sedikit sebanyak pemahaman anda mengenai Ubuntu, Linux dan perisian sumber terbuka.

Ada masa kami tulis lagi artikel mengenai Ubuntu ini. Walaupun kami pengguna tegar Windows tetapi tak salah kalau belajar benda yang lain asalkan ianya ilmu yang sah dan halal untuk kebaikan.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

31 thoughts on “Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

  1. dah lama teragak nak guna ubuntu ni..
    dah ada penerangan macam ni baru semangat hehe
    .-= Azfarul´s last blog ..Perihal Aku Yang Tinggi.. =-.

    1. @Azfarul:hehe…boleh try lam virtualbox atau try live cd dlu sblom guna secara penuh

  2. hoo dah cerita pasal linux πŸ˜€
    gud one. ada pro n contra
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Dari Firebug Kepada Element Inspector =-.

    1. @TMUkmkd:ramai request sal nie bro…kena layan readers gak πŸ˜€

  3. aku baru sahaja menggunakan ubuntu untuk netbook…sesuai untuk mereka yang ingin kelainan πŸ™‚
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Real Man Don’t Use Antivirus =-.

  4. Menarik info tentang ubuntu..dulu aku ingat ubuntu nie apa ler, aku nie bukan celik IT sangat..tq post tentang ubuntu..mmg membantu boleh di ajar kpd anak murid ku..:) :biggrin:

  5. yang baru ni macam best je :whistle:
    .-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010 Italy Vs Paraguay =-.

  6. Macam sempoi je..
    kalau laptop lama yg ram pun 512 dua..
    leh laju x pakai ubuntu nie..

    Broadband camna?
    compatible x?

    anyway.. TQ.. good info..

    1. Kalau komputer spek rendah boleh je guna ubuntu cuma elok jangan enable 3d effects smua tuh…

      takpun boleh try xubuntu, mmg dibina untuk komputer spec rendah pun
      .-= EiNS´s last blog ..Dunia Baru Reunion – Opie & the gang kembali =-.

  7. Teringat guna Ubuntu untuk project programming first sem..hehe.. :biggrin:

  8. “Tema dan skema warna yang digunakan pada Ubuntu mungkin tidak kena pada jiwa sesetengah orang kerana ia tidak bersifat universal seperti warna biru.”

    Bro kalau nak tahu Theme Ubuntu ni ada banyak yang cun-cun boleh download di Internet.Kalah Microsoft TeTingkap.

    Pasal Open Office tu feature yang aku paling suka dia boleh convert terus document tu direct ke PDF.Cuma clik satu button je.Microsoft Office masa tu belum ada lagi feature ni.Tapi sekarang nie aku tak tau la mungkin dah ada kot sebab aku dah lama tinggalkan dunia Microsoft Office TeTingkap.

    Live CD Ubuntu tu boleh jadi rescue disk nak backup data kalau WonDows tak nak start up.Terima KaseYYY……!!!!

    1. Aku tau, mksud aku theme default human n ambience kat ubuntu…x smua orang suka warna brown n dark purple…

      memang boleh download xtra theme kat internet, aku pun guna theme dari bissigi project πŸ˜€

      Kalau ko pernah pakai Office 2010 ko takkan ada perasaan nak guna atau buka Open Office pun…aku ckp sebab functionality dan UI office 2010 jauh lagi power dan best berbanding Open Office latest…

  9. “Yg part kelemahan tu, no 2 3 4 7 mmg aku setuju!

  10. Aku pernah cuba gak guna Ubuntu masa baru2 keluar dulu, tapi sebab dah terbiasa dgn windows tambahan lak kat opis pun guna windows jadi aku kembali guna windows.
    Sekarang ni aku tunggu chrome OS plak utk cuba.
    .-= RIS-IT´s last blog ..Kamus Online =-.

  11. Ubuntu agak sukar dipelajari kalau kita bermula dengan Windows..juga tidak berapa ‘user friendly’.
    .-= alias´s last blog ..Learn to speak German =-.

  12. ini yang terbaik bagiku…huhu
    walaupun beginner…=)
    .-= syahrilhafiz´s last blog ..Superhero Kapoww =-.

  13. Ubuntu ni mula-mula memang SAKIT KEPALA nak pakai.Tapi bila dah agak mahir baru kita akan rasa kenikmatannnya.

    Penggunaan terminal promt tu nampak leceh dan rumit.Tapi itulah tools yang paling berkuasa.

    Apa-apa pun semuanya ikut sukahati kita la nak pakai apa.Yang penting Syiokk…!!

    Terima KaseYY…

  14. yg penting takyah pkai antivirus.. huhu
    .-= Anarm´s last blog ..Membebel sebelum berundur dari dunia blog =-.

  15. aku rasa skang ni dah tak boleh oder cd free dah… untuk negara malaysia.. aku rasa la.. sebab aku dah penah nak order baru2 ni.. tapi tak boleh.. jadi aku download jela..huhu

    😎
    .-= ashraflatif´s last blog ..Gila #1 =-.

  16. Thanks for sharing such valuable information on this new operating system Ubuntu.

  17. aku dah download tapi sampai sekarang tak cuba lagi.
    was was lagi kot..plus takut gak..haha

    nanti aku try gak..tengok mood.. :ninja:
    .-= kerol´s last blog ..BILA HANDPHONE AKU HILANG.. =-.

  18. btw, kalau dibandingkan dari segi nilai….memang bagus guna ubuntu..sebab benda free..
    .-= kerol´s last blog ..BILA HANDPHONE AKU HILANG.. =-.

  19. ak setuju ngn statement yg ubuntu ni kurang ‘user friendly’
    tp, komuniti ubuntu amat friendly! ni termasuk yg kt malaysia contoh http://ubuntu.com.my/. pape yg tak fhm leh tros tny lam forum kt situ. dulu penah gune version 9.10 Karmic Koala, tp disebabkan leceh sgt, byk bnd nk kne blaja. terpaksa tinggalkn. :ermm:
    .-= headr´s last blog ..buat widget sendiri : ikon jaringan sosial =-.

  20. okeeee siip gaan like this πŸ˜€

  21. dah try run ubuntu 10.04. aku rasa ok gak ar…
    tp wifi ada tp tak leh connect internet.

    nak main video ngan audio pun tak leh ar..

    dari segi theme, appearance aku rasa memang best.
    .-= kerol´s last blog ..TAQWAME SEBUAH ENJIN CARIAN ISLAM =-.

    1. bro! aku rasa ko kne cari bnde2 die tu dlu mksd ak.. kalau utk connection tu kne cari driver die dlu.. kalau utk audio video kne download ad codec tu.. ak lupe nama die.. lame tak gune linux..
      .-= headr´s last blog ..add a gedget HTML-JavaScript title wajib kena letak =-.

      1. @headr:xtau install codec boleh instal linux mint instead of ubuntu

        1. linux mint complete ngn codec2 kn.. sng la bg sape yg br nk try linux
          .-= headr´s last blog ..add a gedget HTML-JavaScript title wajib kena letak =-.

  22. baru je submit request. walaupun x phm menantang alah apa fungsi.

    mcm mana benda ni blh bg free cmtu je tnpa syarat?
    .-= .encik.SEDAP.β„’´s last blog ..listen up 3- 12 things your hairdresser WON’T TELL YOU =-.

    1. Software open source memang free…sbb tu dia kena bergantung pada donation dan support dari kompeni korporat lain
      .-= EiNS´s last blog ..Tips menjadi pro user Nokia Smartphone final =-.

  23. Kalau dah terbiasa ngan windows memang agak sukar menggunakan ubuntu…kalau nak guna ubuntu, pertama sekali kena set kan kat mind kita yang Ubuntu ni lain sama sekali ngan Windows…memang best sebenarnya guna Ubuntu…ubuntu ni mengajar kita untuk tidak menjadi END USER semata2 sepertimana apabila kita guna windows…jangan takut ngan Terminal, kalau dah biasa ngan terminal, anda akan jatuh cinta ngan TERMINAL!percayalah kata saya πŸ™‚

    game skang dah banyak dah kat Ubuntu.Boleh di download secara percuma kat Software Center…
    Yang penting Ubuntu ni ringan, takde virus, hardisk tak guna banyak,surf internet laju,tak sangkut..aihhh..banyak lagi lahh..hehehe…cuba laa ubuntu, kalau nak cuba try install pakai WUBI…jangan guna Virtual Machine…nanti anda tak dapat menikmati kehebatan Ubuntu πŸ™‚

Tinggalkan komen anda