Posted on

Pengajaran daripada isu Arlene Tan kepada blogger dan pengguna media sosial

gaysec

Minggu lepas kecoh mengenai pendedahan eksklusif GaySec mengenai Mak Cik Hajjah Sitt Alwuzara. Kononnya suspek utama ialah seorang wanita muda bernama Arlene Tan. Tapi semalam akhirnya GaySec mengakui dan meminta maaf kepada umum dan juga Arlene Tan bahawa mereka tersalah “target”.

Pertama sekali, tabik kepada GaySec sebab berani mengakui kesilapan dan meminta maaf. Namun, akibat tuduhan mereka, ramai orang telah menjadi agen penyebar “fitnah” terutamanya bloggers dan pengguna media sosial facebook dan twitter. Pelbagai maki hamun, sumpah seranah, dan tak kira ugutan bunuh dan bermacam-macam lagi tindakan ekstrem timbul akibat isu ini.

Pengajaran daripada isu Arlene Tan kepada bloggers dan pengguna media sosial

1. Jangan jadikan sesuatu isu sebagai jalan utama menarik trafik kepada blog anda. Selidik dulu sumber dan kalau cukup bukti baru publish kepada umum. Kalau sebar fitnah tak berkat duit iklan kamu dapat.

2. Jangan jadi batu api, ada diantara blog yang saya baca menggalakkan pembaca supaya memaki hamun suspek. Yang lebih-lebih sampai ugut bunuh dan nak pukul kalau jumpa. Tahu la kamu ada pengaruh, followers sampai beribu tapi jangan la sampai tahap macam tu sekali.

3. Jangan menjadi ustaz atau ustazah siber kalau ilmu di dada tu tak cukup. Kamu nak mempertahankan agama Islam tapi dalam post blog penuh segala ayat-ayat yang keji, mencarut, dan sebagainya. Tegur lah dengan cara yang betul dan membina. Tindakan kamu itu secara tidak langsung boleh mencemarkan imej agama yang suci murni itu.

4. Kalau ada diantara kamu yang menyebar fitnah mengenai Arlene, sila edit atau delete blog post itu. Sila buat permohonan maaf macam yang GaySec buat itu. Jangan lepas tangan macam tu lepas tuduh seseorang secara keterlaluan.

BACA :  Kelantan Blogger Meetup

5. Ada juga blogger yang post mengenai butiran peribadi seperti gambar, nombor IC dan juga alamat tempat tinggal. Tindakan ini lah yang memaksa si Arlene buat laporan polis sebab takut keselamatan terancam. Bagi saya benda ini sangat tak patut sebar melainkan benar-benar pasti dan terbukti dia adalah pesalah.

6. Mengenai Arlene dan kemungkinan kekeliruan agama yang dihadapinya, biarlah itu antara Tuhan dan dirinya. Kita hanya mampu mendoakan dia diberi hidayah dan dibukakan pintu hati. Siapa kita untuk menentukan dia masuk neraka, dia akan diazab seumur hidup, kita hanya manusia bukan Tuhan.

7. Saya akui GaySec ada skill tersendiri namun tindakan mereka melepaskan maklumat peribadi seseorang yang jelas tersalah “target” adalah kesilapan besar. Semoga mereka lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan. Nak berdakwah mesti banyak cabaran, gagal sekali kena cuba lagi.

Sebagai blogger saya juga ada melakukan banyak kesilapan di masa lepas dengan post benda2 sensasi kononnya untuk mendapatkan trafik. Namun, dalam soal agama dan akidah ini bukan boleh buat main-main kerana segala tindakan kita boleh “reflect back” pandangan orang lain terhadap kita.

Kalau boleh memang malas post benda2 tidak berkaitan dengan IT di blog ini, namun saya harap entri ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua.


RELATED POSTS

13 thoughts on “Pengajaran daripada isu Arlene Tan kepada blogger dan pengguna media sosial

  1. weh da ratus kali xle komen ni pehal 😎

  2. 1st : aku salute GaySec
    2nd : harap yang buat entri macam ni, setuju cakap ko buat permohonan maaf..
    btw masih tak paham, kenapa salah “target” aku rasa macam ye je..biarlah pihak berkuasa yang settle benda ni..

    1. Arlene tu mungkin atheist…freethinker…whatsoever golongan macam tue…
      tapi tuduhan dia sebagai makcik tu yg salah “target” gaya penulisan arlene lagi rilex dan santai berbanding makcik tu yg selalu tulis dalam BM dan mencarut kuat..sikit2 nak babikan orang…
      semoga kebenaran akan terbongkar nanti~

  3. Dalam isu ni aku memang tak berapa nak setuju dengan pihak GS, banyak kelemahan dalam cara dia ‘membongkarkan’ benda ni.

    Kalau bongkar kes yg ni http://on.fb.me/rfLDVZ aku setuju. Huhu.

  4. kecoh sangat isu ni.. gaysec lepaskan data hari tu jam 1 pagi,esoknya terus byk blogpost pasal ni.. kat internet takleh cepat melatah sgt..

    1. semua kejar trafik nak wat cemana~

  5. Gaysec dah mohon maaf. Jadi wajib jugalah semua blogger yg dah tulis post tu mintak maaf secara rasmi, kalau tak diorang bersalah sbb tak membersihkan nama Arlene Tan.

    Sekian.

    haha

  6. mmg kena post mintak maap 😉

  7. Sib baik aku tak keluarkan entri ttg hal ni dan tak mengomen langsung ttg ni. Memang ada baca dlm blog lelain.
    Kalau tak tak tahu nak cari si arlene tu nak minta maaf.
    Tapi aku tetap berharap, pendedahan perlu diteruskan supaya menjadi pengajaran kepada org lain supaya tidak diteruskan perkara yang tak baik ni. (sekadar nak baca, tapi takkan buat entri kalaupun terdedah dalang website tu)

  8. pengajaran yang sangat bermakna di bulan Ramadhan ni..

  9. saya setuju dengan pendapat bro eins mengenai isu ni.Gaysec begitu gentlemen dan jujur dan bagi saya ini akan meningkatkan reputasi Gaysec sendiri secara tidak langsung.

    Pengajaran yang cukup besar impaknya dalam bulan yang mulia ini seperti pendapat bro Arya Putera.

    1. apa kaitan dengan ben suhaimi?

Tinggalkan komen anda