Posted on

Pelbagaikan tema Mozilla Firefox anda dengan Personas

Personas ialah extension untuk firefox yang menambahkan fungsi menukar tema secara “real-time”.

Sebelum ini, proses untuk menukar tema firefox adalah amat memakan masa dimana anda perlu download tema dan install, kemudian restart firefox, barulah tema dapat digunakan. Selain itu, saiz sesetengah tema adalah besar sehingga 2-3mb dan amat membebankan mereka yang menggunakan capaian internet yang perlahan.

Dengan Personas, anda dapat:

– Pilih pelbagai tema dari pelbagai kategori
– Pelbagai pilihan tema menarik, tema foxkeh ialah pilihan saya
– Menukar tema semudah satu klik sahaja, tanpa perlu anda restart firefox
– Ringan dan pantas

Anda boleh install Personas melalui link ini : Personas for Firefox

Personas boleh digunakan untuk Mozilla Firefox versi 2 dan 3.

Bersambung bahagian 2.


RELATED POSTS

BACA :  Alternatif kepada default blog editor (blogger, wordpress dll)

Tinggalkan komen anda