Posted on

Panduan Membeli Grafik Kad (part 1)

Sekiranya anda bercadang untuk membeli grafik kad, banyak perkara yang perlu anda tahu supaya wang yang anda laburkan sepadan dengan barang yang anda dapat.Oleh itu saya tulis panduan ini untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli grafik kad dengan betul, walaupan anda baru berjinak-jinak dengan hardware komputer!

FAQ ( Frequently Ask Question aka Soalan yg selalu ditanya)

1.Komputer saya guna grafik kad AGP.boleh ke nak beli/guna grafik kad Pci-e?

Jawapan : Tak boleh.Grafik kad AGP untuk slot AGP sahaja dan Grafik kad Pci-e untuk slot Pci-e sahaja.

2.Komputer saya tiada slot Grafik Kad.boleh ke nak guna Grafik Kad?

Jawapan : Tak boleh.Kalau tiada slot, grafik kad tidak dapat dipasang..Anda perlu tukar motherboard baru yg mempunyai slot Pci-e/AGP untuk menggunakan grafik kad.

3.Komputer saya guna ram ddr.Boleh ke nak guna grafik kad ddr2 atau ddr3?

Jawapan : Boleh.Ram komputer tiada kaitan dengan ram grafik kad.Ram grafik kad sebenarnya dikenali dengan nama gddr2 dan gddr3.g membawa maksud grafik.

4.Grafik kad yang mana lebih bagus?ATI atau Nvidia?

Jawapan :Soalan ini terlalu umum…ATi dan Nvidia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut peringkat harga.Untuk huraian lebih lanjut, klik DISINI.

5.Kenapa grafik kad yg mempunyai ram 256mb gddr3 lebih mahal dari grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr2?(model yg sama)

harga

Jawapan : Walaupun jumlah ramnya lebih rendah (256mb gddr3), tetapi grafik kad ini jauh lebih laju berbanding model yg sama yg mempunyai ram 512mb gddr2.Oleh itu seboleh-bolehnya cuba elakkan dari membeli grafik kad yg mengunakan ram gddr2 kecuali bajet anda betul2 terhad.

6.Yang mana patut saya beli?Grafik kad yang mempunyai ram 256mb gddr3 atau 512mb gddr3 atau 256mb gddr2 atau 512mb gddr2 atau 1gb gddr2?

Jawapan : Grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr3 paling laju diikuti dengan 256mb gddr3,1gb gddr2,512mb gddr2 dan 256mb gddr2.Sekiranya bajet anda hanya mengizinkan untuk membeli grafik kad yang mempunya memori gddr2 (gddr3 lebih mahal), maka cukuplah sekadar membeli yang mempunyai ram 256mb gddr2.Ini kerana ram yg lebih (gddr2 sahaja) tidak membawa sebarang penambahan kuasa pada grafik kad tersebut.

7.Yang mana patut saya beli.Normal Edition (biasa) atau Overclock Edition (OC)?Apakah kelebihan Overclock Edition berbanding Normal Edition?

Jawapan : Terpulang kepada bajet anda.Selalunya harga Overclock Edition adalah lebih mahal berbanding normal edition.Kelebihan Overclock Edition adalah Overclock Edition sedikit lebih pantas berbanding normal edition.

8.Macamana saya nak tau graphic card itu merupakan Overclock Edition atau tidak?

Jawapan : Cara yang paling senang untuk mengetahui grafik kad yang anda hendak beli merupakan Overclock Edition adalah melalui label pada kotak grafik kad tesebut seperti OC,Sonic,Extreme,XXX,SSC,Turbo,Superclocked,KO dan lain-lain.

9.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

Jawapan : Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan skali seperti game original dan software.Selain itu,tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah brand seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain.Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

10.Boleh ke saya nak gunakan 2 keping grafik kad dalam satu komputer?

Jawapan : Boleh.Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA)

crossfire

Tips sebelum membeli grafik kad

1.Sentiasa mengetahui harga terkini grafik kad yang anda mahu di pasaran.Senarai harga (price list) boleh didownload di SINI.

2.Membaca review grafik kad tersebut sebelum membeli.Jika anda ingin membandingkan sesuatu grafik kad,anda boleh search di google.com dengan keyword seperti 8600gt VS HD3650

3.Sekiranya pembacaan anda masih belum memuaskan hati anda,bolehlah bertanya di forum seperti Putera.com & Lowyat.net

4.Untuk lebih yakin dengan pembelian anda, ajaklah kawan-kawan yang berpengalaman menemani anda.Ini kerana terdapat sesetengah pekedai suka mengambil kesempatan terhadap pembeli yg kurang berpengalaman dlm hardware komputer.

_______________________________________________________________

Panduan ini akan ditambah dari semasa ke semasa supaya lebih lengkap.Sebarang cadangan membina amat dialu-alukan 😉

Jika anda mendapati artikel ini berguna,silalah rate atau komen ya 😉


RELATED POSTS

BACA :  Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor

42 thoughts on “Panduan Membeli Grafik Kad (part 1)

  1. hey david, here is that site i was talking about where i made the extra cash this summer, it’s pretty cool… anyway,
    check it out ..

  2. boleh kah jikalau kombinasi ahtlon x 2 4000 + motherboard yg support pcie2.0 + ati 3870 dijalankan? ada side effect ke?bole ke prosecer athlon x 2 tu bole angkat ?

  3. dnwori boleh je bro..takde side effect pn..pc kat rumah aku pakai amd x2 3800+ skali ngan 9600gt,perfomance cun je 🙂
    effect pada processor dapat dirasai bila kita pakai grafik kad yang high end (rm1000 ke atas)

  4. thanks cyberfly..need some advice..power supply kena tukar ke?which gpu is better jikalau 9600gt compare ngan 3870?bole tak sli or crossfire ngan cpu amd x 2 tu?

  5. Kalau nak run 9600gt/3870,kat rumah aku pakai I-CUte 450w je.
    9600gt dengan 3870 boleh kata on par..so terpulang pada citarasa 🙂
    boleh je crossfire atau sli tapi untuk lebih mengoptimize sli/cf tu,better pakai processor yang lebih mantap (x2 5600+ dan ke atas)

  6. need ur opinion again cyberfly..i want to change my board n Gpu,and i found a couple budget hardware’s..see if u can bagi sikit komen. Mobo gigabyte(GA-MA78GM-DS2H) + Gpu 3870(mostly from gigabyte oso) + athlon x 2 4000 saya tu.is it good enough?dan ada isu-isu overheating ke kat mobo atau tempat tempat lain???thanks

  7. sy baru je nak beli psu gigabyte superb 550..adakah ia mencukupi menampung ahtlon x sy yg telah d overclocked( 2.4ghz) … dan kalu nak tambah grafik kad bole ke?sy minat ati?3870 atua 4850 bole ke dgn psu tu?

  8. beli je 4850..4850 gerenti boleh dengan psu tu..untuk overclock proc pn larat 🙂

  9. cyber fly , kalau nak main nfs undercover baru graphic card kena sekurang-kurangnya brapa ?

    1. sekurang-kurangnya kena pakai Geforce 7300gt atau Ati x1600xt

  10. nak tanya kenapa bila pasang grafik card pcie pc tak boleh jalan.lampu kat pc ada tapi monitor tak boleh start???kenapa …?

    1. dia tak detect grapik kad tu.maybe grapik kad tu pasang tak kemas atau grapik kad rosak ataupun slot grapik kad rosak.

  11. saye ada 2 keping grafic card ASUS EAX1550
    Jadi soalan saye,boleh tak saye nak gabung kan antara 2 keping grafic card tu?

  12. Nak tanye bolehkah kad grafik PCIe 2.0 dipasang pada PCIe, PCIe 1.0 dan PCIe 1.1? Adakah ia akan berfingsi dengan baik ataupun tidak?

    1. boleh. jangan risau. perfomance takde beza pn. untuk kepastian boleh google “pcie 1.0 vs pcie 2.0”

  13. Bro cyberfly, nak tya ckit. i guna graphic card Geforce 8400 GS. Processor amd x2 4800+. sblm ni ok je main game R6vegas2 pun boleh, tetiba ja skrin boleh tukar warna pas2 trus ‘hang’. napa ye??
    skg ni guna grafik GeForce 6100 ja. x dpt la main game yg best2 🙁

  14. saya ada satu soaln. sy mengunakn netbook acer aspire one 751h.. gafik kad saya ialah intel gma 500… boleh x netbook saya di upgrade kn graphic cardnya..
    thanx

  15. Saya ada grafik card ddr2 nvidia g force 9400 gt 1 gt.dan pc amd athlon x2 4400 cpu.soalan saya kenapa saya installl games need 4 sped shift xboleh main?Games2 lain boleh main seperti battlefield bad company 2.?

  16. moboku asus p5p43td, vga 9600 gt apa sudah bagus untuk main games

  17. Nak tanya sal display grafik card..
    Saya beli grafik card Asus 9600gt- 512MB,256BIT..
    tetapi dambar xmacam 256bit.
    Motherbord ada kaitan x dgn display gafik card?

    1. @Amir:install correct and latest graphic driver 🙂

  18. saya menggunakan motherbord gigabyte GA-890GPA-UD3H dan procecor AMD Phenom II x 4 965 Black Edition 3.4Ghz. motherbord nie Support for ATI CrossFireX and Hybrid CrossFireX.
    Soalannya : Bolehkah saya menggunakan grafik Card selain daripada ATI.Contohnya NYVIDIA.
    :blush:

  19. saya hendak membeli grafik kad dengan budget RM400 ke bwah.. saya menggunakan Acer eMachines ET1862-355F… pada pandangan anda grafik kad apa yang sesuai untuk saya…

  20. Grafik kad ape yang harganya dalam lingkungan RM 400 yang mantap untuk extreme gamer? PCI-E. Bole suggestkan tak?

  21. saya nk tye grafic card ape yg cun dengan processor athlon x2 260 3.20 ghz pda pc sye????

  22. cyberfly, kalau slot agp 8x, boleh x pakai gddr3?

  23. boleh x nk tukar grafik kad laptop?

    1. laptop biasa memang x boleh

  24. macam mn nk pilih kad grafik yang sesuai dgn pc???

    1. beli grafik card AMD Radeon or Nvidia GTX…
      before beli survey dulu performance graphic card dan harga dia macam mana…
      macam saya sekarang guna Radeon 5750, harga dalam RM300+ tapi so far game latest semua boleh main 1080p smooth

  25. APA BEZA BIT-BIT YANG tertera pada kotak GC…spt 128bit,32bit….dll

    1. @ black, lagi besar BIT lagi power, ram tu xpntg sangat bro, dram = kuantiti, bit = kualiti .. lu pikir la sendiri.. contoh.. 800 mb 512 bit vs 2g 256 bit.. dah tentu yang 512 BIT tu yang power !! macam keter gak,sebijik honda EK 2nd punye harga pun nk sama banyak ngan 5 bijik wira 2nd.. pasal ape (KUALITI) !! nuffsaid LOL.

  26. saya selalu main game dengan low profile setting, sbb dulu pkai 64bit, tetapi skang ni terasa pulak nk main game dengan high profile setting dan high resolution…
    soalan saya,, adakah memadai dengan membeli grafik kad 1gb 128bit DDR5?? (contoh games NFS THE RUN, SPLINTER CELL CONVICTION)

  27. Salam…

    Bro, nk taye skit.. ade jumpa graphic kad ni kat lowyat:

    SAPPHIRE HD5670 512MB DDR5 128-bit HDMI

    harga die bapak murah, RM230..

    ko rase graphic ni bt men game yg bsr n gmpk2 ok x? mcm NFS The Run ke..
    lg satu mne lg bgus klu graphic yg same tp yg beze yer, 1Gb DDR3…

    bg opinion skit… thanks

    1. Aku pakai HD 5750, laju sket daripada 5670
      boleh main FIFA12, PES12, NFS The Run, Assassins Creed high quality tanpa lag…

      tengok gak spec pc ko la

  28. bro..
    boleke pasang grafikad slot agp & pci ke dua2 skali ke dlm motherboard??

  29. *grafikad dipasang ke slot agp & pci*..

  30. nvidia gt 630 4gb ddr3 dngn gt 440 1gb ddr5 mne lbih baik?

  31. Salam Sejahtera, selalunya kos yang dicas oleh kedai untuk memasang grafik card berapa ehh??

    1. kalau kat PC, beli graphic card dan pasang sendiri saja

  32. Ini adalah motherboard saya….The GigaByte GA-G31M-S2L supports onboard graphics. This allows for integrated graphics when paired with a compatible CPU that supports them. Integrated graphics are a cheap alternative to using a graphics card, but should be avoided when frequently using modern applications or games that require intense graphical processing. There are 0 PCIe x16 slots on this motherboard. The GigaByte GA-G31M-S2L does not support multiple graphics cards via Nvidia SLI or AMD Crossfire…so,now nak beli graphic card model ni : Gigabyte GT 710 1GB DDR3 Graphic Card..boleh support atau tidak?ade clash tak?hangged ke?blackout ke?..tq pada yang sudi bantu

Tinggalkan komen anda