Posted on

Onemanga – laman web manga online paling popular ditutup

rip onemanga.com

Ini berita yang agak menyedihkan dan mengecewakan buat peminat manga atau komik jepun. OneManga.com / Onemanga, salah satu website yang menyediakan perkhidmatan membaca manga secara online dengan percuma bakal ditutup, berakhir bulan Julai 2010.

Punca onemanga ditutup adalah disebabkan pihak Japan’s Digital Comic Association mengumumkan yang mereka tidak akan berdiam diri sahaja melihat pihak lain membuat manga scanlation secara percuma tanpa sebarang hak cipta. Maklumat lanjut boleh dibaca di MangaHelpers.

OneManga meng-host sebanyak seribu lebih judul manga; termasuk manga-manga popular seperti Naruto, One Piece, Bleach, Eye Shield 21, Toriko dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap hari saya akan buka onemanga untuk baca beberapa judul manga. Selepas ini, pasti lebih sukar untuk membaca manga kegemaran dan mungkin terpaksa download chapter atau berhijrah ke website lain yang masih berani untuk host manga.

fullmetal alchemist manga ending

Sebelum adanya onemanga, saya terpaksa download satu-satu chapter semata-mata untuk membaca manga dan ianya amat memakan masa. Pernah suatu ketika dulu saya sanggup pergi ke CC semata-mata untuk download manga kemudian save di dalam pendrive dan baca di rumah. Selepas kemunculan onemanga, pada masa itu juga rumah saya ada internet jadi saya hanya baca secara online dan tidak perlu lagi download satu2 chapter dan membazirkan masa serta space hard disk.

Untuk pengetahuan anda, OneManga.com mempunyai Alexa rank yang sangat tinggi iaitu 355 (30 July 2010) dan mempunyai berjuta-juta unique visitors setiap bulan. Satu pencapaian yang sangat tinggi melampau-lampau, menandakan ramainya peminat manga di seluruh dunia yang mengunjungi onemanga.

onemanga seo status

Selain mempunyai desktop version, OneManga juga boleh dibaca menggunakan mobile layout, iaitu dioptimasikan untuk dibaca pada telefon bimbit. Kerap kali juga saya membaca mobile onemanga terutamanya ketika bosan di dalam bas.

BACA :  Web untuk baca manga online

iphone onemanga

OneManga.com juga mempunyai extension Google Chrome sendiri, membuktikan bahawa team yang membina website Onemanga merupakan sangat kreatif dan berkebolehan. Selain itu, terdapat juga aplikasi iPhone untuk membaca OneManga.

Apa-apa pun, semua pencapaian pihak OneManga di atas bakal menjadi sejarah. Saya menghormati tindakan webmaster mereka untuk menutup OneManga kerana akur terhadap keputusan Japan’s Digital Comic Association.

Terima kasih untuk perkhidmatan yang terbaik daripada pihak OneManga dalam masa 2-3 tahun saya menjadi pembaca setia website OneManga.

RIP OneManga July 2010.


RELATED POSTS

31 thoughts on “Onemanga – laman web manga online paling popular ditutup

  1. Salam,wa sedihlah dah tak leh masuk sana,kualiti video bagus :(…
    .-= AyieBlog´s last blog ..Adab Berkawan &amp Memilih Kawan =-.

    1. Kualiti video bagus? Apa maksudnya

  2. xde alternatif selain menutup terus? Kan sia2 sj usaha pengusaha website tu..

    1. Aku rasa diorang dah untung besar berapa juta sebelum nie…cukup reason nak berhenti…lgpun mengelakkan daripada dikenakan tindakakn langgar hak cipta, kna saman…kna tngkap dll kan susah tu 😛

  3. perghhh…memang serius sangap manga even aku bukan hardcore readers…arghhh..tapi baik diorang tutup dari kena saman juta2 nanti
    .-= budak hitam´s last blog ..Worshiping Artist =-.

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Kaki Komplen, jomphp.com. jomphp.com said: Onemanga – laman web manga online paling popular ditutup http://goo.gl/fb/459MZ #jomphp […]

  5. dari time sekolah..sampai la dah tua bangka…ghaib juga onemanga.

  6. Berita yg menyedihkan utk member2 aku..Tgk anime video je la pasni..
    .-= Khidhir´s last blog ..Disable WordPress Plugin menggunakan PhpMyAdmin =-.

  7. Sedih betullah, kat mana lagik nak baca onepiece nih? hehe 🙂
    .-= ST´s last blog ..WordPress terbaru kini versi 301 =-.

  8. salam eins,nak tanye

    wordpress mane lagi bagus jika menggunakan yang hosting percuma

    wordpress.com atau wordpress.org?

    1. Jika ingin serius blogging, beli hosting berbayar (rm100 setahun + domain.com) dan gunakan wordpress.org

      WordPress.com sangat tak best dan tidak digalakkan…kalau nk free baik guna blogspot ;D
      .-= EiNS´s last blog ..Avesta – free clean premium wordpress 30 theme by Camelgraph =-.

      1. boleh tak bro buat tutorial care guna wordpress.org lepas beli
        domain+hosting tu?sebab sumpah aku tak paham langsung guna wordpress.org

  9. sedih ar..aku slalu lepak kt onemanga..baru plan nak revise balik One Piece..nak lyan manga laen lak..alih2 kne ttup..asal diorg xbyar jer royalti kt company tue..xpyah la ttup..aku syg onemanga..pasne tpksa la mgemis kt website manga yg laen lak.. 🙁
    .-= arrizz´s last blog ..The Last Airbender review =-.

    1. Kalau diorang byr royalti, ntuk dptkan hakcipta publish manga kat internet aku rasa sure banyak gila, juta2 kot diorang kna invest…

      pastu nk bagi orang baca free plak tu aku rasa tak masuk akal sebab diorang spend byk ntuk royalti…

      sbb tu in the first place diorang just amek je mana2 manga yg orang scan kat tenet pastukan hostkan bagi orang baca free je…diorang dpt duit drpd traffik yg tinggi dan iklan yang diorang letak
      .-= EiNS´s last blog ..Addicted to sweet things =-.

  10. Hmmmm,aku pun ade perasan notis dia. Hmmm,nasib baik ade alternatif lain. Aku bole p kt mangafox.com & mangastream.com. yoshhhh!
    .-= finalcross´s last blog ..5 Best Places to Learn Tricks of Photoshop =-.

    1. Now aku pun depend kat mangastream n mangafox, harap2 lah dua2 website nie pun tak ikut bungkus sekali
      .-= EiNS´s last blog ..Avesta – free clean premium wordpress 30 theme by Camelgraph =-.

  11. sedey weih…aku baca dkt 40 manga kat citu…mcm eins gak r…every day aku bukak..last week aku bace notis tu rase sedih je…dh la nk blk kg. dah ni..tnet xde..mayb ni dpt mbantu aku gak tuk buang habit ni slow2 tp bukan semua…hehehehe dr darjah 2 kot aku layan komik ni…mane leh idup tanpa komik..pasni kne cari blk la volume download…tankiu onemanga…u’re da best
    .-= TintaLuhur´s last blog ..Research on Nurses Performance =-.

  12. aku dah baca onemanga lebih 7 tahun,,sial tul aku dah nk ttup.rasa cam dah hilang punca arah..eien klu ko jmpa ader site yg best2 cam one manga bgtau eh…sblm onemnaga aku layan stoptazmo.com tp kena download..skng ni aku try thespectrum.net diaorg biasa release WSJ ari khamis klu one mnaga ari jumaaat.

    1. Yeke 7 tahun? tak sure la onemanga di wujud sejak bila lagi…
      btw aku bca kat mangastream dan binktopia ntuk latest release; one piece, naruto dan bleach

  13. onepiece,naruto,bleach tu smmua top,senang nk cari n baca xder masalah,,yg masalahnya ialah manga yg x popular tp best tu yg susah nk cari..ades,,

    1. Mcm aku slalu bca lock on, lost brain, tiji kun, toriko, swot dll…byk lagi la…cam ko kata…manga yg best tp tak popular sgt susah nak cari kat site lain selain onemanga
      .-= EiNS´s last blog ..Avesta – free clean premium wordpress 30 theme by Camelgraph =-.

  14. susah lah nak baca komik online
    .-= ummi´s last blog ..Easy Home Surveillance =-.

  15. Saya suka dengan artikelnya. Salam kenal
    .-= Panduan Pemula Usaha Online´s last blog ..E-Book Gratis Mencari Uang Lewat Internet =-.

  16. mangafox interface sgt complicated. nak kne tekan itu ini baru dpt bace. lambat..
    onemanga terbaik, simple. laju. byk komik…

  17. mmg best onemanga
    aku suke baca rave n manga2 hiro mashima
    yang takleh blah
    kumpulan goyang bontot
    wakaka

  18. laman web ni slalu gak aku buka..
    aduyai…hmm
    .-= Anip´s last blog ..Ditampar bapa sendiri hanya kerana ingin memakai tudung =-.

  19. klu peminat bleach,one piece dan naruto nak sambung baca layarilah http://www.mangastream.com selagi percuma.he he he

  20. http://www.mangastream.com is the best manga site nowadays after the death of onemanga.com 😉

  21. rindu jugak kat onemanga.com tapi sekarang dah ada pengganti. Mangastream.com. nice jugaklah.

  22. Ni la web yg menjadi kegilaan aku dulu..tapi dh tak boleh layan lg..terpaksa layan web lain plak.. 😎

  23. … [Trackback]…

    […] Read More here: jomphp.com/onemanga-laman-web-manga-online-paling-popular-ditutup.html […]…

Tinggalkan komen anda