Posted on

Oktober 2011 : Pengumuman iPhone 5, Nokia N9 di pasaran Malaysia, Amazon Tablet dan Android Ice Cream Sandwhich

iphone 5[6]

Salam, harap maaf kerana agak jarang update JomPHP sekarang sebab utama PC mengalami masalah dan produktivit saya sedikit menurun bila menggunakan laptop.

Sekarang kita dah berada di penghujung September dan bulan Oktober pula akan menyusul dalam beberapa hari lagi. Sebagai pengikut setia perkembangan dunia IT, computer dan gadget semasa, kami bawakan anda beberapa isu penting yang akan berlaku dalam bulan Oktober 2011.

1. Pengumuman Apple iPhone 5, 4S

iPhone 4 dilancarkan sekitar bulan Jun 2010 dan sudah lebih setahun namun masih tiada berita dan pengumuman mengenai iPhone generasi baru yang mungkin dipanggil iPhone 5. Apple akan mengadakan pengumuman besar pada 4 Oktober 2011 di kampus mereka di Cupertino dan ramai menjangkakan ia adalah mengenai pengumuman iPhone 5.

Spekulasi mengatakan Apple akan melancarkan dua model iPhone iaitu iPhone 5 dan iPhone 4S. iPhone 5 mungkin mengggunakan saiz skrin yang lebih besar, mungkin di bawah 4”, menggunakan processor 1 Ghz dual core A5, 1GB RAM, 8MP Camera dengan 1080p dan bateri dengan kapasiti besar.

iPhone 4S pula mempunyai rekabentuk yang sama dengan iPhone 4 sekarang cuma dijual dengan harga yang lebih murah dan kapasiti storan yang lebih kecil iaitu 8gig. iPhone 4S disasarkan untuk pasaran yang ingin memiliki smartphone Apple dengan harga yang berpatutan.

Kami akan bawakan anda berita mengenai iPhone 5 bila semuanya sudah diumumkan secara rasmi.

2. Nokia N9 di pasaran Malaysia

nokia n9

Nokia N9 ialah smartphone terbaru daripada Nokia dan menggunakan system operasi Meego Harmattan 1.2. MeeGo Harmattan ialah system operasi baru berasaskan Linux dan adalah naik taraf daripada Maemo 5 yang digunakan pada Nokia N900.

Antara ciri-ciri unik Nokia N9 ialah design yang cantik dan menawan serta antaramuka (User Interface, UI) yang tidak memerlukan sebarang butang, camera 8MP dengan lensa Carl Zeiss yang mampu mengambil foto dengan kualiti yang cantik, rakaman video HD 720p, dan juga fungsi Near Field Communication (NFC).

BACA :  Tutorial Jailbreak iOS 5.0.1 pada iPhone 4, 3GS, iPod Touch 3G,4G dan iPad 1

Harga nokia N9 di pasaran Malaysia ialah RM1799 untuk versi 16GB dan RM2088 untuk versi 64GB.

3. Tablet Android “Kindle Fire” daripada Amazon

amazon fire tablet

Amazon dikhabarkan akan melancarkan tablet “Kindle Fire” sekitar bulan Oktober atau November. Kindle Fire ialah tablet Android bersaiz 7” dan mempunyai integrasi dengan servis-servis Amazon yang meluas terutamanya di pasaran Amerika.

Amazon Tablet akan diumumkan pada esok (28 September) dan kami akan bawakan anda berita menarik lebih lanjut mengenai Amazon Tablet.

4. Facebook Timeline

facebook timeline

Facebook Timeline ialah fungsi baru bagi profil anda di laman mukabuku (LOL). Timeline membolehkan anda melihat segala status update dan wall post anda dengan lebih teratur dan antaramuka yang lebih cantik dan kemas.

Anda boleh memilih gambar untuk dijadikan “cover” pada profile page dan juga boleh tengok status sejak anda lahir, status dari bulan dan tahun sebelumnya dengan mudah dan cepat.

Buat masa sekarang anda boleh gunakan Facebook Timeline dengan mengaktifkan developer mode namun fungsi ini belum dilancarkan kepada semua pengguna.

Menurut Facebook, semua pengguna akan mendapat Facebook Timeline secara automatic pada kemaskini bulan Oktober nanti.

5. Android 4.0 Ice Cream Sandwhich

android ice cream sandwhich

Versi kemaskini terbaru Andoid 4.0 Ice Cream Sandwhich berkemungkinan akan diumumkan pada bulan Oktober atau November 2011.

Android ICS akan menyatukan antaramuka android versi smartphone dan juga android versi tablet (honeycomb) dan Google berazam ingin menyelesaikan masalah “fragmentation” yang menghantui platform Google Android sekarang.


Berikut adalah beberapa pengumuman penting dunia IT, gajet dan computer yang akan berlaku dalam bulan Oktober kelak.

Kami akan membawakan berita-berita penting dari masa ke semasa, jangan lupa ikut kami di Facebook dan juga Twitter untuk update pantas.


RELATED POSTS

3 thoughts on “Oktober 2011 : Pengumuman iPhone 5, Nokia N9 di pasaran Malaysia, Amazon Tablet dan Android Ice Cream Sandwhich

  1. haha..menarik gop..

  2. […] Oktober 2011 ; iPhone 5, Nokia N9, Amazon Tablet, Android Ice Cream Sandwhich JomPHP […]

  3. Jika ada yang berminat dengan kindle Fire hd, boleh dapatkan disini.

Tinggalkan komen anda