Posted on

Nokia Lumia 920 di pasaran Malaysia pada harga RM1999 bermula 21 Disember 2012

nokia lumia 920 malaysia

Akhirnya masa yang ditunggu yang oleh peminat Nokia sudah tiba, telefon pintar terbaru Nokia Lumia 920 dan Lumia 820 akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 21 Disember 2012.

Harga rasmi yang ditetapkan oleh Nokia ialah RM1999 untuk Lumia 920 dan RM1599 untuk Lumia 820.

Nokia Lumia 920 merupakan telefon paling canggih dan berkuasa pernah dikeluarkan oleh Nokia; mempunyai processor dual-core 1.5Ghz S4, 1GB RAM, 8.7MP PureView Camera, 4.7” PureMotion HD+ display dan bateri 2000mAH.

Biasanya harga retail Nokia lebih mahal, saya rasa anda boleh mendapatkan pada harga yang lebih murah daripada third-party retailer…jika mahu.

Nokia juga baru melancarkan telefon pintar Nokia Lumia 620 untuk pasaran telefon pintar bajet rendah. Harga sekitar $249 sahaja, sekitar RM750 dengan processor dual-core 1.0Ghz dan OS Windows Phone 8.

Tarikh pelancaran dan harga rasmi di Malaysia belum diumumkan.


RELATED POSTS

BACA :  Tips mencari gadget online termurah di Malaysia

2 thoughts on “Nokia Lumia 920 di pasaran Malaysia pada harga RM1999 bermula 21 Disember 2012

  1. mana nak beli nokia lumia920, aku d trengganu, 014-8112489

    1. tempat ko ada nokia center tak?

Tinggalkan komen anda