Posted on

My blogging workstation (eins)

image

Cyberfly pernah menulis mengenai blogging workstation beliau, iaitu komputer dan segala perisian yang digunakan oleh beliau untuk menulis dan membangunkan blog JomPHP ini. Sekarang, saya juga mahu bercerita sedikit mengenai workstation saya, yang mana digunakan untuk menulis dan menguruskan beberapa blog dan website milik saya.

Komputer

eins trigger

Ini komputer desktop milik saya, tempat saya menghabiskan banyak masa menulis dan menguruskan blog. Menggunakan desktop serta monitor dengan resolusi besar lebih seronok dan selesa berbanding guna laptop untuk menulis blog. Spesifikasi desktop saya adalah seperti berikut;

eins pc

Perisian

1. OS – Windows 7 Ultimate 32bit – Windows terbaik setakat ini.

windows 7 ultimate

2. Windows Live writer (WLW) – untuk kegunaan menulis blog, semudah menggunakan Microsoft Word. Anda boleh lihat beberapa artikel terdahulu JomPHP mengenai WLW.

windows live writer

Download Windows Live Writer.

3. Picpick – perisian Screen Capture percuma. Ringan, mudah digunakan serta ada fungsi edit gambar yang telah dicapture.

picpick

Download Picpick.

4. Firefox – browser terbaik dari segi functionality dan extensibility. Chrome lebih laju dan ringan tapi kurang fungsi. Firefox saya selalu terbuka 24/7 sebab dengan firefox lah saya baca blog, edit website, twitter guna echofon, main facebook dll.

firefox 3.6

Download Firefox.

5. Notepad ++ – html, php, text editor khususnya untuk edit code. Sangat penting bagi saya yang gemarkan alter coding sesuka hati.

notepad++

6. PhotoFiltre Studio X – alternative kepada Photoshop. Biasanya segala kerja photo editing saya akan buat guna Photofiltre sebab lebih simplistik dan ringan berbanding photoshop.

photofiltre studio x

Download Photofiltre Studio X.

7. Google Picasa – untuk menguruskan segala gambar dan grafik yang ada dalam hard disk. Kadang2 perlu untuk simple editing.

BACA :  Pengiklanan di JomPHP

google picasa 3

Download Picasa.

8. Yahoo Messenger – hendak tulis blog harus buka ym. Kalau sembang2 dengan rakan ym boleh dapat inspirasi nak tulis apa dalam blog.

yahoo messenger 10

Download Yahoo Messenger.

9.  KMPlayer – pemain audio dan video terbaik. Hendak menulis blog kena ada hiburan seperti dengar lagu dan tengok video klip baru mood blogging berada di tahap terbaik.

KMPlayer

Download KMPlayer.

Itu sahaja beberapa perkara yang utama bagi saya jika hendak menulis blog. Anda ingin kongsikan perisian dan komputer yang anda gunakan? Komen di bawah ya! 🙂


RELATED POSTS

31 thoughts on “My blogging workstation (eins)

  1. blogging station aku di mana-mana saja yang boleh. huhu. semua software diatas pun aku guna semua. heee… hmpir same… cuma aku guna dreamweaver. yg lain2 sama cam ko. eheee

  2. :sleeping: :sleeping: :sleeping: bila agaknye saudara nak keluarkan tutorial unlock fourth core amd x3 tu serta cara-cara nak OC nie mmg tengah tertunggu2 nie…..plissss

    1. Ok, aku memang da tulis aritu…tapi sebab laptop problem habis ilang…so nak kena tulis balik…insyaAllah minggu nie gak aku post pasal tu…

  3. cam best je PhotoFiltre Studio X..
    nak try lah.. :getlost:

  4. Lawo pic atas meja tuh.
    Memacam perisian ada eh??
    Bleh gak cuba yg lenlain tuh. 😎

  5. Tunjuk pc baru ke nie? he he he..

    Software yang bagi tue, nmpak cam best je.. tp xprnh try la…
    nak try la pas nie… tq..

    1. Aah pc baru…software2 tu mostly freeware…dan jenis simple2 senang nak guna…:)

  6. EiNS ko ada tak key or crack untuk PhotoFiltre Studio X???

  7. Aku x guna Windows Live writer (WLW) sebab aku guna ScribeFire kt firefox aku

    1. Dulu aku ada guna gak scribefire…cuma lebih selesa ngan WLW 😉
      .-= EiNS´s last blog ..First day guna Innity… =-.

  8. sume perisian ko senaraikan tu aku dah penah guna.. cuma aku bengang dgn KMplayer.. gambar video jadi pecah2.. apsal ah? skrg ni aku pakai GOM Player.. sebelum GOM aku pakai VLC.. VLC pon sama bermasalah.. aku tak paham btol..
    .-= Anarm´s last blog ..Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010 =-.

    1. Ko pakai kmplayer version apa? sila download latest version…pastu guna kmplayer enable advanced menu dan set preset high quality…baru gambar cun xde pecah2
      .-= EiNS´s last blog ..My blogging workstation (eins) =-.

  9. wow.. best blogging station hang bro.. aku pon suke pakai desktop. tapi since dah ade kemudahan live blog. so aku tak ketinggalan turut serta. yang best pakai PC berbanding laptop sebab aku rase macam bebas dengan ruang menulis. tak macam laptop.. semua mende dalam satu tempat. nampak sempit ar
    .-= Kreuger´s last blog ..Tutorial Photoshop: Seni Memanipulasi Imej =-.

    1. Hahaha…guna laptop smua nmpk sempit…desktop ngan fone jek yg best kan?

  10. eins .. theme YM tu dpat mana ? nk nk

  11. apasal x guna windows 7 x64…?hardware smua dah power..

    1. Nanti aku up ram jd 4gig baru guna x64 🙂

  12. eins boleh tolong tunjuk cara hendak install 2 windows dlm satu kmptr…

    1. Install ke dalam berlainan partition dah la…nanti kat boot menu akan kuar option ntuk pilih windows mana satu nak guna

  13. huh lama tak masuk sini 🙂 hebat jomphp now..
    ruang kerja aku adalah simple je 🙂
    1. lappy aku. v3000 series.
    2. Ubuntu.
    3. Firefox + scribefire (nak tulis offline) + firebug (code) + echo (twitter)
    4. bluefish, gedit, netbeans untuk coding
    5. GIMP untuk photo editing
    6. gambar aku up dalam hosting je (now aku dah pindah ke wordpress :p)
    7. pidgin untuk IM
    8. songbird/mplayer
    9. virtualbox (untuk run apps windows kalau terpaksa)

    tu je la kot. panjang lak komen aku. macam aku punya pulak site neh :w00t:
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Asingkan Klip Video =-.

  14. […] was browsing and reading through all unread items in my feed reader when I stumbled into this. Considering it is quite a long time this blog is abandoned, why don’t I post about my […]

  15. Zul sarankan gantikan kmplayer 2 dengan software nieh…
    aimp2..
    besh2…
    ringan jer…
    http://www.aimp2.us/
    .-= Zul´s last blog ..Membuat Avatar Anda Menggunakan FaceYourManga =-.

    1. Aimp2 takleh tengok video…aku guna aimp2 buat dgr mp3 jek
      .-= EiNS´s last blog ..Martview – baca ebook di komputer anda dengan lebih selesa =-.

  16. eins mcm na nk set preset high quality kat km player tu..

    1. Tekan Video (advanced)…preset high quality 3GHz
      .-= EiNS´s last blog ..Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking =-.

  17. salam bro…..cmna nk ubah skin di aimp2 tu ek???…aku dh download dh skinnye tp x tahu nk ubah plak cmna nk ubah skinnye….tlong bro.. 🙁

    1. ubah skin? letak skin dalam folder aimp2…pastu ubah di option laa

  18. tq bro… :biggrin:

Tinggalkan komen anda