Saya merupakan pengguna tegar Mozilla Firefox sejak zaman firefox 1 lagi.Sebelum Firefox 4 release saya sudah menggunakan Minefield version dan juga Google Chrome namun selepas #FX4 release saya terus guna Firefox 4 sebagai default browser.
Sebab utama saya suka Firefox 4 ialah sesuai dengan jiwa saya suka modding dan customize ditambah lagi dengan perkakasan penting bagi web developer. Screenshot di atas menunjukkan Firefox 4 yang telah dicustomize oleh saya supaya kelihatan lebih menarik berbanding tema asal. Sesuatu yang tak dapat dilakukan ada Google Chrome biarpun telah mencapai versi Chrome 12.
Anda pengguna #FX4? Jom tengok beberapa tips menarik untuk memaksimakan penggunaan Firefox 4.
Download Firefox 4
Download dari laman rasmi Mozilla Firefox http://goo.gl/BoQ6
Fungsi menarik pada Firefox 4
1. Ramai orang kata dia memang laju
Kalau anda baru upgrade daripada Firefox 3.6 kepada Firefox 4 pasti anda perasan ianya sangat laju…berdesup. Dari segi startup, rendering dan loading memang banyak improvement boleh dilihat.
Saya dah test Chrome 12, Internet Explorer 9 dan Firefox 4 ketiga2 browser ini memang sangat pantas dan tiada banyak perbezaan di dunia nyata. Kalau tengok benchmark setakat laju beberapa miliseconds tu tak kisah sangat la.
2. Theme dan Antaramuka baru
Theme baru Firefox lebih segar mata memandang. Bagi saya menu “File, Edit, View etc…tu memang patut dihapuskan dalam kebanyakan program sebab nampak terlampau kuno dan membazir ruang.
3. Tab Group (Panorama)
Serius fungsi ini saya sangat suka. Kalau anda biasa menggunakan Mac OS X pasti tahu fungsi Expose. Tab Group atau Panorama ini lebih kurang la, katakan anda buka sampai berpuluh2 tab, bila tekan butang Panorama ini anda boleh view kesemua tab tersebut dan boleh susun, close atau buka mana2 tab dengan senang.
4. App Tab
Pin mana2 website atau tab kegemaran anda kepada App Tab. Lepas ini tak perlu lagi buka satu2.
5. Restartless Addons
Banyak add-ons yang tidak memerlukan restart boleh digunakan pada Firefox 4. Tengok senarai2 lengkap di http://goo.gl/pIeQ8. Paling penting bagi saya ialah Google Url shortener sebab saya banyak short url menggunakan goo.gl.
6. Update firefox kini lebih senang
Update Firefox untuk lebih mantap performance, jangan malas2 update sebab proses update sangat senang. Tekan Menu bar > Help > About Firefox dan versi terkini firefox akan diupdate sekiranya ada.
7. Add-ons manager baru
Add-ons manager baru, lebih kacak dan kemas berbanding biasa. Nak install addons pun boleh search dan install terus takperlu buka website mozilla.
Add-ons penting
Add-ons kegemaran saya kebanyakan berfungsi pada Firefox 4. IDM juga boleh integrate dengan baik tanpa sebarang masalah.
TOP 10 addons kegemaran saya :
Customize Theme
Bagi saya theme yang paling ringkas, menarik dan cantik untuk Firefox 4 ialah theme Flow. Penuh dengan efek transparent Aero Glass.
Install flow for firefox : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/flow/
Stratifrom ialah add-on yang sangat cool, membenarkan anda customize bermacam2 jenis aspek UI Firefox 4 seperti warna, bentuk, tulisan, button dan sebagainya.
Anda boleh menggunakan Stratiform dengan default theme Firefox 4 ataupun pada theme Flow. Download Strafiform : http://goo.gl/AdnP2
Personas
Personas membolehkan anda menggunakan skin pada Firefox. Kalau anda tak suka Aero glass bolehlah guna personas berbanding guna default theme. Tak perlu restart dan sangat mudah ada beribu2 skin personas.
Anda boleh pilih personas secara terus pada http://www.getpersonas.com/en-us/gallery/all/popular. Kalau nak function lebih boleh install Personas Plus http://goo.gl/yLqeL.
Selamat menggunakan Firefox 4 🙂
RELATED POSTS
menarik gak ko punya tweak FF 4 ni..
Banyak lagi sebenarnya…takdan nak tulis panjang2
Dulu pun dah buat ntuk firefox 3.5 http://goo.gl/Tr2HM
terbaik ahh firefox 4.. team mozilla memang hebat!
Aku pun pegguna tegar FF4 ni. Stratiform tu mmg cool. ade benda yg pelik la, sebab bile kita ‘log in’ sesebuah web yg menggunakan aplikasi facebook yg berbentuk ‘pop up’,bila kita restart browser,’pop up’ tu jd kekal plak. cmner nk atasi mslh tu?
Pop up kekal? aku xpernah jumpa lg…screenshot?
bro..tlg bagi link IDM 6.04 utk ff 4.0 nie..wa xleh nak cari..bila dok china nie..slalu kena blok..hua3..sedih..
kalo dok china tu guna je xunlei…sokong product tempatan…hehehe…
xleh nak bg link ar bro…aku xleh share warez kat blog nie
mcm mana ko integrated IDM tu ngan FF4? aku search add-on xbole install pun sbb x compatible ngan ff4? ada solution ke? aku try guna flashgot setting tu xberjaya pun?
Guna IDM 6.05 jangan guna IDM zaman kuno…
kalo guna flashgot automatic dia detect IDM ntuk guna dalam firefox
saya nak tanya, kalau upgrade firefox saya dari v3.6.6 kepada v4.0 ni, adakah adds-onn akan hilang ???
Dan saya juga ada setting skit dalam about:config tu untuk bagi laju firefox, adakah akan hilang juga???
Xyah dah setting about:config tue…tu trick zaman 2005 lagi…nie dah 2011…
kalo dalam pc ada ff3.6 then upgrade ke ff4.0 add-ons takkan ilang…
cuma aku suggest buang firefox 3.6 then baru clean install firefox 4…baru laju berdesup tak ingat dunia
terima kasih! info saudara. saya akan cuba.
kalo install version 4 ni bookmark kat version lama hilang tak..
jgn remove firefox 3.6 kalo xmau bookmark hilang…
da install ff4 nanti dua2 bleh pkai
aku baru download n test musang api 4 ni tadi bro..hasilnya…perghhh!!!berdesup dia punya laju..thanks einz..huhu
einz, cane nak integrate IDM ngn youtube guna firefox baru ni..xkua pun download kat video tu masa play video
Guna IDM 6.05 paling latest
Firefox 4.0 memang canggih!!! surf fast & download fast tapi kalo tengok cara dia macam Google Chrome..
firefox 4 mmg laju
add-on flow xleh mix dgn add-on lain… 🙁
betul2..xleh mix 🙁
rasenye kena update add-on kot…
cube gune add-on veritcal toolbar >> http://goo.gl/cTrUx
sesuai utk arrange “items” tp xleh gune dgn add-on “Flow” & “Stratiform”.. 🙁
lain2 add-on >> http://goo.gl/SncZy
skrg dah boleh mix add-on… :biggrin: :biggrin:
mcm mane nak buat?
sekali lagi nak tanya 🙂
macam mana nak buat button Home, Refresh, Stop terletak di sebelah kiri (sebelah ‘back’) ??
macam gambar di bawah ini Button Refresh Sebelah Kiri
sebab button Home, dan Refresh yang ada pada Firefox v4.0 saya ni terletak di sebelah kanan, jauh sangat la. :cheerful:
Theme jadi pelik kalo upgrade terus daripada 3.6 kepada 4.0…
tekan edit > customize > toolbar ntuk drag n drop button pada tempat yg ko nak
hahaha! dah menjadi pun, terima kasih eins kerana membantu.
betapa noob nya aku, benda yang simple pun tak tau hehehe.. sekarang dah dapat ilmu baru walaupun simple tq!
mcm mane dgn IDM bro? blh guna x kat firefox ni?
hanya versi IDM 6.XX je leh gune…
hmmm! satu lagi, kat firefox 4 ni tak ada fungsi Save and Quit bila kita close. so kalau nak buat fungsi tu macam firefox 3 atau sebelum-sebelum ni,
CARA-CARA :
1) taip about:config dalam address bar > click I’ll be careful, I Promise!
2) taip browser.showQuitWarning dalam fitler tab > double click untuk jadi true
Semoga Membantu!
Aku xkisah sangat save and quit features nie…anyway thanks for the info
best2.. funtion ni pntg sbnrnya bg aku.. thankz.
firefox mmg lagi better dari chrome and internet explorer.
chrome nmpk macam gempak…tapi byk lagi benda yg dia x support
firefox 4 ni bukan versi beta lg ke..
dah lama kuar versi penuh
wowww. terujanye.
best2. i like it. tp bior dulu ah. masih 3.6 lagi. :heart:
come to my site bro..
try this..
http://www.lunascape.tv
nice info la..keep sharing!
sebab aku tengah boring!
so merayau punya merayau jumpa la blog ni..
sekali trus follow secara mandatori! heheh!
kalau bosan gie lepak https://jomphp.com/fb
[…] -Sumber CommentsPowered by Facebook Comments […]
Mozilla Firefox 4 – pelayar yang lebih canggih dan pantas ……
[…]Anda pengguna #FX4? Jom tengok beberapa tips menarik untuk memaksimakan penggunaan … syahrilhafiz’s last blog ..Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress Self Host …[…]…