Posted on

MetroTwit – twitter client untuk Windows yang sangat cool

metrotwit

MetroTwit adalah twitter client untuk windows yang diinspirasikan daripada MetroUI yang digunakan pada platform Windows Phone 7. Sekilas pandang, antaramuka MetroTwit sangat ringkas dan bersih dengan warna tema yang menenangkan iaitu biru. Walaupun kelihatan ringkas, MetroTwit adalah twitter client yang  sangat bagus dan cool, serta amat mesra pengguna dan harus dicuba oleh pengguna twitter sekalian.

Sebelum ini, saya pernah mencuba banyak twitter client lain seperti Echofon, Chrowety, Tweetdeck, Mixero, Gwibber, Digsby, Trillian dan lain-lain lagi namun kurang berpuas hati. Saya hanya perlukan twitter client yang simple dan tidak perlu antaramuka terlampau canggih atau pelik. Web client seperti dabr dan hootsuite juga pernah saya cuba tetapi kurang berminat kerana ianya web based dan memerlukan penggunaan browser.

Apa yang menarik mengenai MetroTwit dan bezanya dengan beratus-ratus twitter client yang lain?

1. Multi-column layout

metrotwit[5]

MetroTwit mengamalkan fungsi multi-column pada layout, dan lagi syok sebab boleh drag and drop. Jika anda mempunyai resolution monitor yang tinggi, anda boleh set kepada 5-10 column bagi memudahkan anda tengok tweets daripada rakan2.

2. Fungsi follow/unfollow dengan menekan pada link profile twitter

metrotwit for windows

Fungsi ini memudahkan anda follow pengguna twitter dengan menekan link profile twitter mereka serta membaca tweets2 daripada mereka. Atau jika rakan twitter anda selalu tweet benda2 yang annoying anda boleh terus unfollow mereka dengan senang hati.

3. Fungsi search tweets menggunakan hashtags dan keywords

metrotwit search functions

Screenshot menunjukkan saya search keyword “wordpress” dan metrotwit telah memaparkan segala tweets terbaru yang mengandungi perkataan wordpress.

4. Desktop notification untuk tweets terbaru dengan sound effect

metrotwit[7]

Jika terdapat sebarang tweets terbaru atau replies, MetroTwit akan memaparkan notifications di penjuru kanan desktop anda beserta sound effects. Anda boleh turn on atau turn off fungsi ini di dalam settings.

5. Fungsi memendekkan link secara automatik

metrotwit[9]

Jika anda paste link yang panjang di kotak untuk update status, link tersebut akan dipendekkan secara automatik menggunakan bit.ly, is.gd atau tinyurl.

BACA :  DivX HiQ – tukar flash player pada Youtube, tonton video yang lebih berkualiti tinggi

6. Tukar warna tema MetroTwit

dark purple metrotwit

Warna tema default MetroTwit ialah biru, tetapi anda boleh mengubah warna tema kepada warna lain seperti pink, red, green, silver dan lain-lain. Anda juga boleh mengubah variasi warna tema MetroTwit contohnya tema Light (black text on white) dan juga Dark ( white theme on black).

Screenshot di atas menunjukkan saya menggunakan theme Dark – Purple. Bergantung kepada jiwa anda samada suka tema Light atau Dark.

7. Autocomplete untuk username dan hashtags

metrotwit autocomplete

Sekiranya anda ingin membuat replies atau direct message, MetroTwit akan suggest username mengikut apa yang anda taip, sangat convenient.

8. Infinite Scrolling

metrotwit for windows[4]

Anda boleh scroll ke bawah tanpa had limit untuk membaca tweets yang lama. Kadang-kadang sampai berjam2 anda boleh sanggup mengadap screen sambil scroll mouse.

9. Automatic updates

Setiap kali ada versi terbaru, MetroTwit akan memberitahu anda bahawa versi terbaru telah dilepaskan dan anda boleh segera update.

10. Short Url expanding

Ada sesetengah link menggunakan bit.ly, is.gd dan sebagainya, dan anda tidak tahu link apakah yang berselindung di sebalik url pendek itu. MetroTwit berkebolehan memaparkan link original daripada url pendek tersebut

11. Download MetroTwit

metrowit

Download installer MetroTwit daripada web rasmi: MetroTwit.com. Anda memerlukan .NET Framework 4.0 untuk diinstall terlebih dahulu.

12. Kesimpulan

MetroTwit adalah twitter client yang mempunyai kelainan berbanding twitter client lain, dan paling special adalah kerana menggunakan MetroUI yang mendapat banyak kritikan positive daripada tech communities. Sangat seronok untuk digunakan, dan sesuai untuk pengguna yang berjiwa minimalis yang menginginkan sesuatu yang ringkas, ringan serta mesra pengguna.

Buat masa sekarang, MetroTwit masih lagi dalam versi Beta dan harap-haraplah banyak lagi fungsi cool akan di tambah di masa hadapan.


RELATED POSTS

33 thoughts on “MetroTwit – twitter client untuk Windows yang sangat cool

  1. aku dah try guna metrotwit ni..tu pun lps tgk gambar kat fan page fb jomphp. memang stylo hbis a guna. stakat ni aku puas hati walaupun kdg2 ada crash.

    1. Laa yeke…ada faedah gak aku wat early promo kat fan page jomphp dulu…haha

      dulu2 slalu crahs…now bila dah updated ke latest version x penah crash lagi

  2. menarik tp ku lg suka web hahaa

  3. nak guna gak. aku tak pernah pakai twitter client selain dari echofon dengan chrowerty je. hehe thanks ye

    1. sama la kita…dlu echofon n chrowerty la paling feveret untuk bertweet2…tp pas guna metrotwit nak pakai balik kedua2 client tu dah rasa berat hati sket…hehe

  4. dah cuba sebelum ni, old version. Sekarang terpikat pula dengan DestroyTwitter. Lets Destroy. haha.

    1. DestroyTwitter…awal2 aku pkai twitter dlu dah penah guna…tp masa tu banyak bugs dan memory hog…sekarang taktau la camne

  5. […] This post was mentioned on Twitter by Nizam6281, Mr Piratz. Mr Piratz said: RT: @einztrigger: Blog update: MetroTwit – twitter client yang korang mesti suka http://bit.ly/bKGlvR #metro #windowsphone7 […]

  6. Terbaik ah!
    Suke giler dari interface sampai lah running time
    Ringan, Simple , Interface superb!

    1. Hahaha bagus2 welcome to the club 😀

  7. Nice.. Lepas baca artikel ni, baru aku berminat nak download n install.. Nak cuba sat.. thanks anyway Eins 🙂

    1. Ok, dah try jangan lupa bagi feedback

  8. aku pun nk beralih dr echofon gak ni..dh bosan dh guna echofon hehe

    1. Aku dah curang dengan echofon, lama gak aku setia…ko bila lagi? haha

  9. ok. aku dah try client ni.

    overall bagus.

    tapi mana bunyik notification ha?

    T_T :cwy:

    1. Tekan settings > alert and sounds > enable notification sounds 😀

  10. bagus bende ni.. sape2 yg suke multi-column mcm tweetdeck tu bleh la try yg ni plk..

    hootsuite dah sebati plk dgn jiwa aku.. huhu.. :face:

    1. Cuba try buat review hootsuite dlm BM lak…letak gambar banyak2…hahaha…aku da penah try dulu cuma tak nampak apa yang menarik dengan web based twitter client

  11. Asal gambar aku tak keluar kat comment nie?
    Orang lain nampak gambar aku tak?

    1. adeh.komen lain macam pulak..haha..daftar gravatar lom?emel kat gravatar dengan emel utk komen kena sama :silly:
      btw..tak pernah guna lagi ape2 twitter client..jarang layan twitter… :sleeping:

      1. Apsal? gravatar tak kuar ke?
        aizuddin, rasanya ko je blogger tegar yang jarang gila bertwiter

        1. Eins aku dah daftar kat Gravatar lah
          Tengok kat blog lain ada gambar aku
          Kat blog aizuddin pon ada
          Nape blog ni tada??

          @Aizuddin aku da daftar Gravatar da lama da
          Kat blog orang lain jadi jekk :((

  12. Apa kelemahan MetroTwit ni?

    1. Die takleh log in banyak akaun , die takde integrate kepada FB. Tiada column New Follower. 😀

      1. Harap2lah bila dah kuar full version nanti dia integrate fungsi2 yg takde tu…cam multiple account support ngan integrate facebook tu perlu gak

  13. senang nk replies atau direct message.cam ni
    ok la klu aku guna……. :w00t:

    1. Yep…senang segalanya dgn metrotwit…hehe

  14. […] Metrotwit, Echofon adalah Twitter Client yang aku gunakan. Mudah dan ringan. Sapa-sapa nak follow aku kat […]

  15. MetroTwit – twitter client untuk Windows yang sangat cool ……

    […]MetroTwit adalah twitter client untuk windows yang diinspirasikan daripada MetroUI yang digunakan pada platform Windows Phone 7. Sekilas pandang, antaramuka[…]…

  16. […] suka. Dah bermacam-macam jenis Twitter Client aku pernah guna seperti Tweetdeck, Seesmic, Echofon, MetroTwit, DestroyTwitter dan lain-lain. Tetapi HootSuite tetap menjadi pilihan sebab ianya mudah dan ada […]

Tinggalkan komen anda