Jika anda menggunakan Firefox versi 4 ke atas, fungsi tab view atau panorama ini memang sudah tersedia ada. Namun ramai lagi sebenarnya tak tahu kegunaan fungsi tab view yang sangat memudahkan dan bergaya ini.
Katakan dalam firefox anda buka berpuluh-puluh tab dalam satu windows, lepas tu nak switch kepada satu-satu tab lain pula adalah amat menyukarkan sebab mengelirukan dan melambatkan kena scroll dan pilih salah satu. Dengan tab view anda perlu tekan satu butang sahaja dan segala tab anda akan terpapar dan anda boleh susun, padam dan buka mana-mana tab yang anda suka.
Pengguna Mac OS X patut tahu bahawa fungsi ini seakan-akan fungsi Expose, tapi untuk firefox.
Mengaktifkan tab view
Di bahagian tab, cari icon yang berbentuk seperti ini:
Tekan pada group your tabs dan panorama akan muncul.
Anda boleh letakkan nama pada group tab, pilih tab yang nak dibuka, susun tab dan sebagainya. Boleh juga resize kotak tab tersebut menjadi lebih besar.
Anda juga boleh melancarkan tab view dengan shortcut keyboard : Ctrl + Shift + E
Mula2 mungkin agak kekok tapi dah selalu guna memang rasa sangat bergaya dan memudahkan.Selamat mencuba.
RELATED POSTS
cool..nice tips..nak lagi! heheheh..
aku pon selalu gak guna fungsi tab view ni..
bro..aku nmpk ade lambang garena & warcraft kt gamo tu..ko men dota ek? id ape? sng2 leh game same..hehe..id aku BornGrey
Evilsmiley