Posted on

Membuat custom home page browser Firefox bertemakan Metro UI

metro home firefox

Metro UI ialah interface baru yang digunakan Microsoft pada platform Windows Phone 7, Xbox Live dan juga Windows 8. Berkonsepkan tiles, typography dan jauh berbeza dengan antaramuka lain yang lebih bersifat iconography, Metro UI kini semakin banyak digunakan oleh developer dan designer.

Semalam, saya terbaca artikel Amanz mengenai homepage berkonsepkan Windows 8, jadi saya terus download dan cuba guna untuk pelayar Firefox 7 saya. Lepas customize dan buat icon sendiri dalam masa kurang 10 minit, terus boleh guna.

Hasilnya adalah seperti berikut; boleh customize icon, warna, nama website, url, dll dengan sangat mudah.

Download

Eight Firefox Start PageDeviantart

Cara customize dan menggunakan

metro start page

Dalam folder zip yang anda download, terdapat beberapa files dan folder lain. Extract ke dalam local disk.

Untuk melihat saiz setiap tiles boleh lihat rujukan pada sketch.jpg, dan untuk edit nama dan url website tekan pada source.xml. Source.xml boleh di-edit menggunakan notepad, notepad++ atau mana-mana html editor.

Membuat icon

Seperti yang anda lihat pada screenshot diatas, saya telah membuat beberapa custom icon untuk diletakkan di dalam website. Anda boleh guna photoshop atau mana-mana image editor dan save dalam format png (transparent).

metro icon

Memandangkan saya bukan pandai sangat edit gambar, saya buat beberapa icon ringkas menggunakan solid color dan text/icon sahaja. Font yang digunakan ialah Nokia Pure. Tak sampai 10 minit dah boleh buat. Kalau anda kreatif, pasti lebih banyak icon2 yang lebih menarik mampu anda buat.

Set sebagai homepage

homepage metro

Kalau dah siap edit, boleh double click index.htm dan set sebagai current home page. Kalau nak guna di internet bolehlah upload ke mana-mana ftp.

BACA :  Daftar alamat baru email yahoo !!!

Customize sangat mudah dan senang, kalau kreatif mesti anda boleh design jauh lebih baik daripada yang saya guna ini.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

15 thoughts on “Membuat custom home page browser Firefox bertemakan Metro UI

  1. eh tambah satu lagi tu, syahrilhafiz.com 😀
    ooo smart gak, nanti aku try tengok..

    1. syahrilhafiz dah subscribe rss…
      baca kat reader iphone 🙂

  2. salam.. x der ker yang untuk pengguna google chrome? nyway nice theme for firefox…

  3. Macam mana nak dapatkan Font Nokia Pure tuh? Ada link?

  4. Tak sabarnya nak mula. Trimass JomPHP!~ Anda memang terbaek!~

  5. tau x mcm ne nak change/hide link kat address bar tu ?
    mcm x lawo plak link mcm tu..
    klo blay wat bgtau ler…
    smlm akuh penat mencari…
    pening akuh, sume x jadi..

    neway, tengs !

    ;DD

    1. Hide link local file kat adress bar? jap aku usha

      1. jumpe ?
        agak agak bley ke hide link local file tu ?

        ;DD

  6. salam..

    thanks share info & tutorial about windows 8 ni.. tapi apa maksudnya ayat, “Kalau nak guna di internet bolehlah upload ke mana-mana ftp.”

    kat mana nak letak index.htm tu ? ade specific folder ke? atau x kisah la kat mana2??

    1. maksudnya nak bagi orang lain view juga pun boleh…kalau local file kita sendiri je boleh bukak

  7. kalo nk setkan sebagai new tab bole?

Tinggalkan komen anda