Pengguna iOS kini ada beberapa pilihan aplikasi YouTube, antara Youtube app daripada Google dan juga Jasmine app untuk pengguna iOS 6. Selain itu, pengguna iOS yang telah jailbreak juga telah lama menikmati ProTube, yang jauh lebih bagus berbanding aplikasi daripada App Store.
Kini, ada satu lagi aplikasi YouTube baru iaitu McTube, dan salah satu fungsi yang bakal menarik ramai pengguna ialah kebolehan download video Youtube dalam bentuk SD, 720p dan 1080p.
Video yang sudah di-download menggunakan McTube boleh ditonton bila-bila masa mahupun ketika ketiadaan sambungan internet.
Jika anda rasa aplikasi rasmi YouTube daripada Google adalah cacat dan kurang fungsi, maka McTube adalah alternatif terbaik, lagipun ianya percuma saja.
Download McTube daripada App Store (percuma).
RELATED POSTS
Wow…Protube nampak ye penting jugak ye jailbreak nie
sejak ios3 lagi pengguna jailbreak dah bleh download video kat ios…tapi baru setahun dua ni baru ada app youtube yg bleh download video muncul kat app store
byk lagi reasons ntuk jailbreak sebenarnya
utk android apa aplikasi utk download youtube?
tubemate