Posted on

Maxis melancarkan iPhone 4 putih

iphone4white

iPhone 4 berwarna putih telah dilancarkan di Malaysia. Jika anda berminat nak beli iPhone 4, anda ada alternatif lain selain beli iphone 4 hitam dan secara jujur bagi saya iphone4 putih adalah lebih elegan, bergaya dan seksi.

Apa yang berbeza antara iphone 4 putih dan iphone 4 asal (hitam)?

iphone 4 black white

Secara umum tiada beza antara hardware dalaman antara iPhone 4 putih dan iphone 4 hitam. Namun, disebabkan iphone 4 putih lebih baru, ada sedikit perubahan pada casing menjadikan ianya lebih tebal sedikit berbanding iphone 4 hitam.

Malah, ada juga mengatakan casing untuk iphone 4 hitam tidak muat dimasukkan pada iphone 4 putih. Jadi ini perkara yang anda harus tahu lebih awal, nanti beli casing tapi tidak muat rugi pula. Sebaiknya cuba dulu kat kedai tengok muat ke tak.

iphone 4 white ipad 2

Nampaknya produk daripada Apple akan mempunyai dua warna setelah generasi iPad 2 dan iPhone 4 boleh didapati dalam warna hitam dan putih.

Jika anda ingin membaca reviu iPhone 4 anda boleh tengok di page : https://jomphp.com/iphone4 di mana saya telah membuat banyak reviu artikel dan juga video di youtube. Kesemua artikel ini saya buat semasa terpilih menjadi Maxis10 untuk iPhone 4 pada tahun lepas.

iphone 4 white

Untuk melihat plan yang ditawarkan Maxis boleh tengok di web Maxis iPhone 4.


RELATED POSTS

BACA :  iphone 4 home button kurang berfungsi? jom hantar warranti

7 thoughts on “Maxis melancarkan iPhone 4 putih

  1. cantik giler..cuma nak cari casing la..sakit sikit tak?

  2. terfikir tak nak tukar ambil putih EiNS.
    mana nak tahu suka putih bersih.
    theme wp ni pun dah putih.guna serbuk
    pencuci apa ni bro.

    1. Kalo bleh tukar camtu je nak jugak swap yang iPhone 4 hitam aku nie dgn warna putih

  3. fuh. smart! (duit je belum smart.. huhu)

  4. warna putih memang smart,nampak lebih kemas dan bersih

  5. walaupun aku x minat produk apple tpi aku rsa hitam lg nmpk elegant.biasa le kan…taste org ni lain2,btul x?…

    anyway,ko ni mmg minat abis anime One Piece ekk?..siap ada Enies Lobby lgi tu…hawhawhaw!

    1. Hahahha dah lama eins lobby tuh..mmg diambil berdasarkan nama enies lobby

Tinggalkan komen anda