Posted on

Maxis iPhone 4 review (hardware)

apple-iphone-4

Ingin tahu perkara menarik mengenai iPhone 4? Juga segala kelemahan superphone yang sangat popular ini? Jom baca review penuh JomPHP mengenai iPhone 4.

Memandangkan Maxis mahukan “fair review” saya akan ulaskan secara mendalam mengenai iPhone 4 dan cuba untuk elakkan daripada bias dan berat sebelah. Jika anda rasa review ini ada unsur bodek dsb, sila komen ya!

Updated: Sampel rakaman video menggunakan kamera depan dan 720p HD video yang dirakam dengan iPhone 4 telah ditambah!

Saya akan bahagikan review ini kepada dua bahagian, 1#Hardware dan #2 Software.

Hardware Review

1. Processor dan RAM

a4 chip iphone 4

iPhone 4 menggunakan processor A4 dengan clock speed 1GHZ serta 512MB RAM. Processor A4 menjadikan iPhone sangat laju dan responsive serta tiada masalah lag. Build in GPU pada processor membolehkan iPhone 4 memainkan games2 dengan grafik yang canggih dan cantik.

Untuk perbandingan, Samsung Galaxy S menggunakan processor 1GHZ Hummingbird, Motorola Droid 2 1GHZ Omap dan HTC Desire menggunakan 1GHZ Snapdragon. Boleh dikatakan spec iPhone 4, Samsung Galaxy S telah menjadi standard kepada spec smartphone lain.

2. Body dan screen

Body iPhone 4 adalah dibuat daripada besi dan screen pula dibuat daripada kaca aluminosilicate berkualiti tinggi.

Body dan screen iPhone 4 mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan tersendiri. Yang bagusnya iPhone 4 ini scratch-resistant atau tahan kepada calar. Bermakna kalau tak pakai casing, sekadar letak dalam poket tak perlu risau iphone akan bercalar tapi kalau buat benda lasak lebih baik simpan dalam casing lah.

Kelebihan satu lagi ialah membuatkan iPhone 4 kelihatan grand, bergaya dan mewah. Harga pun beribu-ribu, takkan nak guna plastic body je kan? Lagipun dengan warna hitam membuatkan iPhone 4 mudah dipadankan dengan apa-apa jenis fesyen pun.

Kelemahannya menjadikan iPhone 4 ini agak berat berbanding handphone lain serta mudah menjadi panas jika terdedah kepada cahaya matahari dan sangat sejuk jika digunakan pada bilik air-cond. Macam tu la sifat benda logam.

Disebabkan iPhone 4 ini berwarna hitam, jadi kesan cap jari mudah terlekat pada screen dan bahagian belakang. Oleh itu, anda boleh pasang anti-fingerprint screen protector jika tidak ingin iphone 4 penuh cap jari.

3. Capacitive Touch Screen

Touch screen pada iPhone sangat responsive kepada sentuhan jari. Jujur saya katakan yang touch screen iPhone adalah di antara yang terbaik berbanding smartphone lain. Ia juga mempunyai fungsi multi-touch, mengesan beberapa sentuhan sekali gus dan sangat berguna terutamanya menaip menggunakan virtual keyboard.

Kalau anda biasa gunakan qwerty keyboard atau keypad pada handphone, tidak perlu risau kerana touch screen iphone sangat bagus dan selepas anda dah biasa confirm anda takkan ada perasaan nak pakai qwerty atau keypad lagi.

4. Retina Display

Retina display adalah teknologi baru yang diperkenalkan Apple untuk iPhone 4. Retina Display sebenarnya adalah screen 3.5 inci dengan resolusi 640×960 dua kali ganda daripada iPhone 3G/s (320×480). Teknologi LCD yang digunakan bukanlah AMOLED tetapi IPS LCD menjadikan iphone4 boleh di-view dari pelbagai sudut.

Apa yang saya suka mengenai Retina Display ini display yang sangat sharp dan sedap mata memandang…semuanya nampak cerah dan cantik. Kalau gunakan untuk browsing internet dan baca ebook pun sangat bagus sebab tulisan dia jelas.

IMG_0061 maxis iphone 4 retina display

Browsing seperti mana anda browsing di desktop. Cuba lihat walaupun saya zoom tulisan ke tahap tertinggi tulisan masih jelas kelihatan dan tidak pecah-pecah. Dan tulisan kecil juga jelas dan senang dibaca.

Bukan sahaja browsing, Retina Display juga dioptimasikan sepenuhnya untuk menonton movie, membuka gambar dan juga bermain games 3D. Contohnya game FPS Nova juga telah diupdate bagi menyokong Retina Display.

nova-iphone

Memang cantik gila grafik game NOVA nie, jangan lupa try game nie jika anda beli iPhone 4 nanti.

Teknologi Retina Display dengan IPS LCD boleh dikatakan antara daya penarik utama pengguna untuk membeli iPhone 4. Setakat ini display yang boleh dikatakan setanding dengan Retina Display ialah Samsung Super AMOLED dan juga Nokia AMOLED Clear Black Display.

Ada masa saya buat perbandingan side-by-side antara Retina Display dengan Super Amoled.

Kelemahan Retina Display ini seperti screen menjadi kurang jelas jika berada di bawah matahari terik. Jadi, kalau nak membaca text pergi cari tempat teduh ya.

5. Speaker

iPhone 4 mempunyai speaker yang lebih kuat berbanding iPhone 3G/s mengikut pengamatan serta pengalaman saya. Untuk pengguna biasa kualiti audio iPhone 4 sudah cukup bagus tetapi bagi audiophiles kualiti audio iphone 4 adalah biasa2 dan tak perlu dibanggakan.

Malangnya, kualiti audio iPhone 4 boleh dikatakan tidak sebagus kualiti speaker Nokia 5800 Express Music yang digunakan saya sebelum ini.

Nasib baiklah iPhone menyokong headphone/earphone 3.5mm walaupun bukannya berjenama Apple. iPhone yang lama dengar kata hanya recognize produk Apple sahaja.

6. Hard Disk

iPhone 4 hanya terdapat dalam dua jenis iaitu 16GB dan 32GB. iPhone 4 tidak mempunyai slot untuk memory card dan ini sangat mengecewakan. Kalau smartphone Nokia N8 siap boleh guna USB on the go lagi selain menyokong memory card sehingga 48GB.

Bagi Apple, 16GB dan 32GB sudah memadai bagi pengguna biasa. Tetapi apabila anda sync music, videos, ebooks serta install bermacam-macam apps saya rasa sekejap saya sudah boleh penuh hard disk tersebut.

Lagi satu perkara tak best ialah iPhone tidak mempunyai fungsi removable drive. Anda hanya boleh transfer gambar sahaja jika cucuk usb cable pada komputer. Jika nak transfer lagu, video, dll semua kena menggunakan iTunes. Menyusahkan betul.

7. Camera

iPhone 4 mempunyai camera 5 Megapixel dengan LED Flash serta menyokong HD video recording dengan kadar 30 FPS. Ini adalah peningkatan yang sangat bagus kerana iPhone akhirnya mendapat kamera yang boleh dikatakan berfungsi dengan kualiti baik.

Kamera yang teruk adalah salah satu kritikan negative terhadap Apple ketika mengeluarkan iPhone 3G/s. Dengan iPhone 4, sedikit sebanyak Apple menunjukkan yang mereka juga boleh menghasilkan kamera yang baik untuk smartphone mereka.

Contoh sample gambar daripada iPhone 4:

IMG_0004

Kelihatan sedikit oversaturated kan? Bagi pengguna biasa kamera macam ini lebih pada cukup, kalau nak kamera lawa-lawa baik beli N8 atau DSLR.

BACA :  Pineng PN-968 - Powerbank mampu milik terbaik

Ini pula sample daripada kamera depan, VGA sahaja kalau tak silap;

IMG_0137

Kamera depan ini berfungsi untuk membuat panggilan video FaceTime, nanti saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai FaceTime di bahagian selepas ini.

IMG_0085

Kualiti gambar malam kurang memuaskan sebab kamera iPhone hanya ada LED flash dan bukannya Xenon Flash. Lagi satu sebab kamera iPhone 4 tiada fungsi Night Mode.

iOS 4.1 ada membawakan fungsi High Dynamic Range (HDR) Photos. Nanti bila dah try saya update kat sini.

Sample video yang direkod menggunakan kamera depan iPhone 4:

Dan ini pula rakaman vidoe HD 720p menggunakan kamera iPhone 4:

Jangan lupa pilih option 720p bila anda view di youtube. Boleh dikatakan kualiti rakaman video menggunakan kamera depan dan belakang iPhone 4 agak berkualiti tinggi dan sangat mengejutkan kerana iPhone 3G/s gagal menunjukkan kualiti rakaman video yang baik. Satu lagi perkara best sebab masa rekod video tu boleh switch antara kamera depan/belakang dengan senang. Syabas Apple untuk kerana berjaya meningkatkan taraf rakaman video pada iPhone 4.

9. Sim Card (micro sim sahaja)

Sim Card yang digunakan pada iPhone 4 ialah micro sim, iaitu sim card bersaiz lebih kecil daripada biasa. Anda boleh tukar sim card lama di Maxis Centre atau potong sim card lama kepada micro sim menggunakan sim cutter ataupun sekadar pisau.

Walaupun ini fungsi baru dalam iPhone 4, tetapi saya rasa ianya agak menyusahkan sebab terpaksa guna micro-sim baru.

10. Bateri

Bateri iPhone 4 adalah sesuatu yang sangat mengecewakan saya. Pendek kata, guna iPhone ini hari-hari kena charge dan kalau boleh time travel kena bawa car charger atau usb charger. Bateri iPhone 4 adalah build in dan tidak boleh ditukar atau dicabut.

Biasanya saya off 3G, Edge, Bluetooth dan hanya gunakan Wifi jika mahu menggunakan Internet. Ini kerana fungsi tersebut harus disable bagi menjimatkan bateri.

Kalau main game, terutamanya game grafik 3D memang lagi cepat bateri habis selepas itu iPhone akan jadi sangat panas.

Harap Apple boleh develop bateri yang lebih tahan lama dan kurang panas selepas ini. Tak sanggup nak caj hari2, pulak tu boleh jeles dengan kawan guna blackberry dan nokia yang tahan beberapa hari tanpa caj.

11. 3-axis Gyroscope

nova gyroscope iphone 4

iPhone 4 mempunyai fungsi gyroscope 3-axis iaitu motion sensor dan ia lebih digunakan untuk tujuan gaming.

Contohnya, game NOVA menyokong fungsi gyroscope untuk pergerakan dan aim tembakan. Gaming pada iPhone bukan sekadar touch screen dan tilt kekiri-kanan menggunakan accelerometer, sekarang sudah boleh guna motion sensor.

Satu fungsi yang gamer tegar iPhone akan sukakannya. Nais~

12. TV-out

iPhone 4 ada fungsi tv out dan menyokong wide screen. Malangnya tiada fungsi HDMI output jadi tak bolehlah anda menonton terus video HD 720p yang anda rekod pada iPhone 4 di TV HD anda.

TV-out ialah teknologi zaman dulu dan hanya boleh output setinggi 480p sahaja. Kalau tengok kat hdtv 40inci mesti gambar tak sharp.

13. Antennagate

Ini bukan lagi rahsia, iPhone 4 memang mempunyai masalah pada antena (antenna-gate) dan jika disentuh boleh menyebab signal handphone menurun mendadak. Jom tengok eksperimen yang saya buat ini;

Photo0206 Photo0212

Gambar kiri: Signal penuh 5 bar

Gambar kanan: Signal turun kepada 1 bar selepas saya membuat death grip atau memegang pada bahagian kiri tepi iPhone 4 tersebut.

Buat masa sekarang belum pernah ada lagi kes tak boleh call sebab buat death grip. Atau anda boleh google beberapa penyelesaian mengenai antenagate ini.

14. Bluetooth

Terdapat Bluetooth 2.1 + EDR terbina dalam iPhone 4, tetapi malangnya bluetooth tersebut tidak dapat menjalankan fungsi yang sangat asas iaitu, transfer file kepada handphone atau bluetooth device lain.

Bluetooth yang ada pada iPhone 4 hanya digunakan untuk tethering dan pair dengan accesory Apple wireless keyboard dll sahaja. Sedangkan phone lain telah mula mengaplikasikan Bluetooth 3.0 yang mempunyai transfer rate sangat laju Apple pula menghalang pengguna daripada menggunakan teknologi tersebut.


Untuk ulasan mengenai software iPhone 4/ iOS 4, saya akan ceritakan dengan detail di post  selepas ini.

Kesimpulannya; ini beberapa perkara yang saya suka mengenai hardware iPhone 4;

1) Sangat laju, dan tidak pernah lag walaupun tak pernah off selama seminggu, terima kasih kepada A4 processor dan 512MB ram

2) Build quality sangat bagus dan kena dengan title sebagai ovepriced premium smartphone.

3) Capacitive touch screen sangat responsive dan laju

4) Retina Display, cantik dan berkualiti tinggi. Main game, tengok movie, gambar dan kartun lebih seronok sebab nampak cantik. Baca ebook dan browsing pun best.

5) 5MP camera, bagi saya dah cukup untuk pengguna biasa dan bukannya peminat photography, mereka patut beli N8 atau DSLR

6) Kamera depan boleh FaceTime, berbual dengan rakan-rakan menggunakan video call. Serta boleh rekod video dengan kamera depan.

7) HD video recording, akhirnya iPhone sudah boleh rekod hd video pada 720p kelajuan 30 fps. Even kamera digital sekarang puu boleh tentu boleh rekod hd video.

8) 802.11n Wi-Fi support, coverage WiFi lebih luas

9) Gyroscope 3-axis, bermain game dengan motion sensor

Dan ini pula antara beberapa kelemahan iPhone 4 dari segi hardware;

1) Tiada stereo speaker

2) Tiada FM radio – kalo nak dengar radio kena melalui internet lah

3) Tiada slot micro sd

4) Bateri cepat habis dan tidak boleh tukar bateri

5) Hanya boleh support Micro-Sim, sim card biasa tidak boleh dan agak menyusahkan

6)  Tiada dedicated button untuk Camera, nak capture gambar kena buka Camera apps

7) Masalah antenna-gate yang menyebabkan signal telefon menurun bila memegang menggunakan cara tertentu

8) Tiada HDMI slot – masih menggunakan tv out, sangat kuno

9) Walaupun ada Bluetooth + EDR 2.1 – tetapi tidak boleh transfer file menggunakan bluetooth disebabkan restriction iOS

Selepas ini, saya akan buat post mengenai software iPhone 4 pula. Kalau nak letak dalam satu post nanti post nie sangat panjang letih pula orang nak baca.


RELATED POSTS

50 thoughts on “Maxis iPhone 4 review (hardware)

  1. hmm, bumper aku ok je.. maybe sebab tangan aku masih kecik kot

    1. Macam aku jarang2 call orang, mostly texting je lah…tapi camne kalau businessman ke pakai, masalah besar tu signal drop dan bateri lemah…

      hopefully Apple dapat fix beberapa problem dan defects nie ntuk next generation iphone

  2. kadang2 kelemahan iPhone 4 ni boleh di cover dengan apps yang cool…tapi iPhone memang racist…

    1. Yep…setakat nie perkara paling cool bagi iPhone ialah AppStore…kalau takde appstore rasanya takde orang nak beli overpriced smartphone nih…

      next post, psl review iOS, games, apps etc…

    1. Thanks…nanti aku update lagi, and next post psl review software

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Oh! Media Network, einztrigger, einztrigger, Paan Jr, Khaidir Ab Karim and others. Khaidir Ab Karim said: RT @einztrigger: New blog post: http://tinyurl.com/22u4dxu – Maxis iPhone 4 review (hardware) […]

  4. review yg marbeles.. now tunggu contoh video dari ko je.. yg lain aku rasa dah lengkap abis.. hehe.. good job bro..

    ps: aku paling sakit hati bila sebut pasal bluetooth dekat iphone ni.. gila poyo nak dgn dia dia je (racist haramj!)..

    1. Transfer file dgn Bluetooth adalah possible slps jailbreak

  5. lengkap la review ni..
    cantik!!

  6. banyak lagi kelemahan rupanya..lagi2 part bateri, bluetooth, kamera..game dgn app. tak yah cite lah..komfem best :cwy:

    1. App dan games iPhone mmg terbaik…tunggu next Post ok

  7. Riview yang baik dan jujur. :cheerful:

    Pasal performance tu memang best, sume orang memang nak cepat2kan.

    Fungsi bluetooth tu memang mengecewakan, sebab aku memang suka sangat transfer file2 direct guna bluetooth. Lagi satu kelemahan juga la pada batery tu untuk traveller.

    1. Transfer Bluetooth boleh lepas hack atau jailbreak…bateri life kena sacrifice ntuk performance

  8. bagus post ni.. bro, kalau ada masa blh buat perbandingan antara iphone4 dgn Samsung Galaxy S.. aku dgr Samsung Galaxy S lg hebat hari iphone 4..

    1. Spec-wise samsung galaxy s…aku tak penah guna galaxy s so xtau camne dan apa yg best…aku penah bca review je

  9. Smlm ak pg digi centre kt kuantan..ak tryla pki iphone tu jp..erm, bg ak dia pny aplicationla okla..nmpk superbla tp lps ak baca review mu ni mad rse xbestla..huhu…

    bek beli dslr drp iphone..hehe..

    1. iphone 4 bukan cameraphone…so xleh expect dia punya kamera setaraf dslr atau digital camera lain…

      tp ntuk normal user kamera 5MP dengan HD recording dah lebih daripada cukup 🙂

  10. nice review.. steady laa.. bnyk juga kekurangan nya..

  11. Ulasan yang jujur, banyak kelemahan iPhone 4 kali ni di dedahkan,

    info ini sangat bernilai untuk orang yang tak tahu pasal iPhone sebelum mereka membeli

    1. well, xde phone yang perfect…
      masing2 ada kelebihan/kekurangan masing2…kdg2 hardware x bagus tapi ada software2 yang best2 boleh membuatkan phone tu jd popular jugak…

  12. memang best iphone nie… tp klu rosak rugi oww..
    mahal tu… sy student ni gune biasa2 sj dah ok…

  13. terbaik la..detail habis apa yg ko review
    tp mybe sbb ni edisi pertama Iphone4, sbb tu byk kelemahan
    mgkin utk yg akan datang dorang fix balik masalah yg ada kat Iphone4 ni

    1. sure…next iteration of iphone akan fix beberapa problem skarang…paling penting sekali berkaitan antena tu la…

      pasal bateri pula nak buat macamana, teknologi bateri sekarang masih ketinggalan berbanding kemajuan dlm bidang processor/display/graphics…

  14. Arghhh,makin aku tk sabar nk agkt iPhone 4 ni mggu dpn bile tngok review ni. ;p

    1. Hahahah…bagus2 nanti bertambah ramai geng nak berfacetime nanti..

      bro, kontek aku dlu kat twitter atau ym…nanti nk bg tips sket kalo nk beli iphone 4 nie

  15. nice review.
    Ttg bateri & bluetooth tu mmg betul tp skrg aku tgh try nak guna “backdoor’ utk bluettoth tu .. kalo jadi aku roger2 🙂

    Anyway, bagi aku iPhone 4 still smartphone yg sgt baik utk average user. Android mungkin cool sbb boleh setup mcm2 tp utk average user yg beli dan gunakan je apps yg sedia ada, iP4 mmg leading. Apps store apple mmg terbaik dgn ramai developer akan gi ke iPhone dulu baru akan dibangunkan utk platform lain.

    Video bg aku sgt cun.

    Nak ambik gambar waktu malam, sila guna apps dan bukannya guna built in install apps. FREE jer apps tu. Mmg boleh ambik gambar waktu malam & cantik! Tapi jgn harap secantik DSLR le .. kena ingat, nak yg terbaik kena dapatkan gadget yg asal .. DSLR utk photo, Camcorder utk video, PS3 utk game ..

    smartphone takkan boleh menggantikan keupayaan sebenar, so user kena reasonable buat perbandingan ..

    apa yang penting, kita gunakan iPhone ni utk tujuan apa? Hype? Apps? Performance? Kualiti? Calling & texting?

    Hope to read your software review later! GR8 job!

    1. Ntuk camera, aku pkai gorillacam dan result dia lagi better daripada default camera apps…

      Serius, nasib baik ada AppStore so user xkan cepat boring…btw bluetooth tu guna cara backdoor? jailbreak kah

  16. Dalam banyak² review pasal iphone yang dibaca, inilah preview paling lengkap dan ‘fair’

    jelas dan mudah faham

    1. thanks kak jie…
      saya bukan fanboy apple, jadi saya akan kata fakta yg betul dan elak dari bias

  17. Boleh tak tolong buat review antara iPhone 4 vs. Samsung Wave S8500

    berharap sangat ni

    1. Screen
      ——
      wave 3.3 inch super amoled
      iphone 4 3.5 inch retina display

      Processor
      ——
      wave 1GHZ hummingbird
      iphone 4 1GHZ A4

      Harga
      —–
      Wave RM1350-RM1500
      iPhone 4 – RM2290

      Camera & Video
      —–
      Wave 5MP – 30fps 720p HD recording
      iPhone 4 – 5 MP, 30fps 720p HD recording

      OS
      —–
      Wave – Bada 1.2
      iPhone 4 – iOS 4.1

      —–
      Ntuk normal user, Wave sudah lebih daripada cukup…but problemnya sebab tak banyak apps dan games…dan cepat boring sebab tak boleh selalu explore benda baru

      iPhone 4 dengan iOS 4.1 sangat laju dan banyak apps dan games…boleh kata tiap2 hari boleh download game baru secara free…so even guna ntuk 2,3 tahun pun takkan cepat boring lah…

      lgpun developer byk support iphone so advantages beli iphone sgt tinggi…

      so fikir2kanlah…saya ada member pkai wave, tp bagi dia iphone lg seronok sbb byk benda baru

  18. review yg sgt besh… gud job…

    1. Hahahah…tak penah2 mu komen cni…
      berbaloi aku spend masa buat artikel nie 😀

  19. […] entri sebelum ini, saya ada menulis review tentang hardware iPhone 4 dan banyak kebaikan serta kelemahan iPhone 4 telah didedahkan. Biasalah, tiada satu pun benda yang […]

  20. […] entri sebelum ini, saya ada menulis review tentang hardware iPhone 4 dan banyak kebaikan serta kelemahan iPhone 4 telah didedahkan. Biasalah, tiada satu pun benda yang […]

  21. […] Maxis iPhone 4 review (hardware) – 36 komen […]

  22. damnnn..
    perfect review bro..

    aku pun tengah usha2 iphone 4 niee..

    event ada kelemahan..
    applctn iphone menetup segala kelemahan tu…

    1. OO nie fauzi yg ym ngan aku tu ke…
      kaji bebetul dlu mengenai iphone4 before beli…
      aku discover satu lg kelemahan sbnrnya…iaitu gps tak best…nokia punya gps lg best

  23. mcm mana nak download dari itunes sdgkan requirement yg diminta spt visa,mastercard @ american express x da bila crate account??? bleh bantu….

  24. Adududu,
    lepas tngok review ni,
    baru lah aq tau,
    cmtu ya.

    Hmmmm kalo bateri xtahan serupa bek xyah guna fon je,
    padahal part tu yg paling penting kan.
    Org nak kol sume msj,
    Kang xpepasal ngan on-call b3 konk,
    xke nyirap?

    Lgpon katanya b3 built in ea?
    Matilar mek xdpt tkar b3 cmtu,
    HP biasa leh tukar2 lg supe tukar sim kad.

    Aduu cancel beli iPhone,
    beli N8 je lah cmni lg bgus,
    aq dgr rumour kata kamera dia superB!
    Ye lah kan 12MP tu,
    Kau ada?

    *caboots

  25. apa yg mek tau,
    org suka iPhone ni sebab dorang suka ikot2 katanya.
    ya ke?
    mugkin la kan.

  26. hi kawan2,
    harap jangan percaya kepada jualan karnival handphone yang merata-rata ada sekarang. Kebanyakn handphone yang dijual adalah tiruan. saya telah membeli iPhone 4 di karnival tersebut, ternyata ada sedikit kelain dari segi applications berbanding dengan original

    1. Alamak, berapa ko beli bro? Boleh antar maklumat dan gambar kalau boleh ke [email protected]?

  27. bro x beli casing atau bumper ker. klu ader bender tuh sng nk pegang dn x mudah jatuh. Brang mahal tuh klu jatuh nangis tug

  28. bagus sgt2 review utk org bute aipong cam akakni. Akk nak tanya pdpt sblm membuta tuli beli smartpong. Akk cuma nak guna utk 1.update blogshop 2.check order kt sistem 3.email 4.fb 5.sms kt customer dan calling 6.browsing/google 7.amik gambr mana paling sesuai n8 atau aipong

  29. thanks you bro….review ni sgt brguna pada aku…ingat nak angkat satu….mgkin malalui maxis..

  30. ada masalah pd iphone 4,, SD memory x boleh detect,, mcmne nk solve erk? thanks..

    1. sejak bila iphone guna SD memory? ke iphone China ni?

Tinggalkan komen anda