
Baru-baru ini komputer wife saya yang menggunakan Windows 7 sentiasa mempunyai masalah CPU 100% load, menyebabkan komputer menjadi sangat slow. Pada mulanya kami mensyaki ia serangan virus, tetapi apabila di scan tiada virus di jumpai (Microsoft Security Essentials).
Setelah sedikit research, kami mendapati ianya berkaitan ‘malicious program’ yang menggunakan komputer anda sebagai Bitcoin Miner.
Mereka menjadikan komputer anda sebagai alat pemproses untuk mereka mendapatkan duit. Bitcoin Miner akan menggunakan 100% komputer anda untuk melakukan kiraan, oleh itu komputer anda load 100% sepanjang masa.
Cara kesan samada komputer di jadikan Bitcoin Miner oleh pihak tidak bertanggungjawab
1. CPU usage anda sentiasa 100% load seperti gambar di atas. Akses menggunakan Ctr + Alt + Delete
2. Pada Task Manager terdapat dgen.exe. Dgen.exe ialah program yang di gunakan oleh Bitcoin Miner
Cara pulihkan komputer anda dari Bitcoin Miner
1. Download FreeFixer dari link di bawah
http://www.freefixer.com/b/about-freefixer/
2. Selepas scan komputer dan dapatkan result, cari 2 process seperti gambar di bawah. Klik pada checkbox untuk tandakan Delete.
3. Klik Delete.
Selamat mencuba
Video Tutorial dari Youtube
RELATED POSTS
Kalau RAM 99% ,walaupun takde program berat yang berjalan.Sebab apa ye?ada kaitan dgn virus ni tak?Sebab bila scan guna microsoft security essentials ,takde virus pun.Boleh Tuan,tunjukkan antara sebab-sebab yang mungkin menyebabkan masalah ini berlaku
virus ini boleh di kesan pada bahagian process, sekiranya ada dgen.exe maka itulah bitcoin miner. virus lain mungkin perlukan cara rawatan lain.
sya dah format beberapa kali tapi masih lagi masalah cpu load 100%….adakah masalah prosessor????
guna laptop? try baca komen bro @gintoki, dia punya sebab adapter laptop problem
Pernah jugak kena dengan Bitcoin Miner ni..
Aku pernah kne cpu 100%….tpi bukan sbb BitCoin ni…tu masalah adapter laptop aku…dh byk kali format…tpi jadi sama jugak…pastu aq longgarkan sikit adapter masa main, jadi okey sikit…kpd yg ada masalah sama try main guna bateri/cabut bateri, pasang charger, tgk mana yg okey…..peace 🙂
wow thanks for the tips. mungkin ada pembaca lain yang kena 🙂
[…] Sumber Asal : Jom PHP tutorial […]
aku pernah kena dengan bitcoin miner, bajet laptop ganas sbb beli dengan ribuan ringgit, lepas run menatang ni -_- laptop jadi cepat panas and then kipas kuat pusing, lepas 1 bulan pakai terus mampus laptop, nasib ada warranty..hmm