Posted on

Makluman terkini untuk pembaca JomPHP

bloody-monday-season-2 (2)

Salam kepada semua pembaca blog JomPHP.com. Harap maaf kerana sudah lama tiada updates kerana kami agak sibuk dan tiada masa untuk menulis entri baru di JomPHP. Memandangkan sekarang musim budak U cuti, barulah ada banyak peluang mengadap blog JomPHP ini.

Kami ada beberapa perkara yang ingin dimaklumkan kepada pembaca semua.

1. Blog dan website baru

einsthemes

Einsthemes, adalah blog baru yang diusahakan oleh EiNS dan ianya memfokuskan tentang wordpresss themes, plugins dan tutorials yang cool dan bergaya. Jika anda ingin mencari theme baru untuk blog wordpress anda, maka Einsthemes adalah tempat yang sepatutnya anda kunjungi.

Jangan lupa follow twitter einsthemes dan feed einsthemes untuk mendapatkan updates terbaru.

muazza

Muazza pula adalah tech blog yang diusahakan oleh Cyberfly dan dibantu oleh EiNS sebagai co-author. Muazza memfokuskan mengenai designs, blogging tips, inspirations dan sebagainya.

Langgan feed Muazza untuk updates terkini.

sentosa-online

Sentosa-Online ialah website e-commerce yang memfokuskan tentang penjualan produk farmaseutikal secara online. Dibangunkan oleh EiNS atas permintaan seseorang klien, website Sentosa-Online ini telah dioptimasikan untuk pengguna Malaysia kerana menggunakan Malaysian Ringgit (MYR) sebagai default currency. Pembayaran boleh dibuat secara Paypal dan juga melalui bank transfer.

Lawat Sentosa-Online sekarang.

2. Masalah blog dan hosting

Beberapa minggu ini juga, saya menghabiskan banyak masa untuk troubleshoot masalah yang melanda JomPHP. Antaranya, kegagalan rss feed untuk berfungsi mengakibatkan jumlah subscriber kami menurun kepada 0. Selain itu, berlaku masalah plugins seperti All in One Seo dan Google Sitemap dan beberapa plugins lain mengakibatkan JomPHP mengalami pengurangan trafik secara mendadak.

Pagerank juga menurun kepada O daripada pagerank 3 berikutan masalah JomPHP down kerana kerap kehabisan bandwidth.

BACA :  Jadikan blog wordpress anda “mobile friendly”

Hingga kini, saya rasa sudah berjaya memulihkan beberapa masalah tersebut dan berharap trafik JomPHP akan kembali seperti biasa.

Masalah hosting pula berpunca dari server fivio bernama Odin yang diserang baru2 ini mengakibatkan JomPHP gagal diakses selama beberapa hari. Sungguh mengecewakan. Harap pihak fivio dapat upgrade sistem sekuriti server mereka bagi mengelakkan lagi serangan sedemikian.

3. Innity lebih berbaloi daripada Nuffnang

innity

Kami sudah menggunakan Innity bagi menggantikan Nuffnang di blog ini. Apa yang kami boleh katakan Innity membayar lebih mahal bagai setiap iklan yang dipaparkan di blog ini berbanding Nuffnang.

Anda boleh baca review mengenai Innity di blog eins lobby.

4. Bloody Monday season 2

falcon bloody monday

Jika anda berminat menonton drama Jepun dan cerita mengenai hacker, saya cadangkan anda menonton drama Bloody Monday season 2. Mengisahkan hacker legenda Falcon, yang menggunakan keupayaan menggodam tahap tertinggi untuk menewaskan pengganas yang mengancam untuk memusnahkan negara Jepun.

Download Bloody Monday season 2.

Sekian beberapa makluman daripada kami, nantikan entri seterusnya dari kami. Selagi ada cuti, insyaAllah kami akan update lagi blog-blog kami.


RELATED POSTS

23 thoughts on “Makluman terkini untuk pembaca JomPHP

  1. selamat berblog semula dgn latest info dari dunia IT .. πŸ™‚
    .-= hydir´s last blog ..[IT] Meletakkan β€œGoogle Buzz This” pada blog WordPress dan Blogspot =-.

  2. banyaknyer blog.. harap boleh jaga semuanya.. huhu…
    yang penting, sharing is caring.. πŸ˜›
    .-= menteil´s last blog ..Dua Tahun Di menteil.net =-.

    1. Buat blog bnyk2…tengok smuanya down…memang pening kepala gak la…hahaha…

      harap2 kami bleh handle multiple blog nie dengan teratur πŸ™‚

  3. sme la kte bro.. server ODIN.. bukan ke diorang migrate ke server FENRIR?
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Tweak it =-.

    1. Aah…pas diorang migrate ke server FENRIR baru ok…tapi bengang tol la sapa yg pegi attack server ODIN diorang tuh…dengki btol

      1. tapi aku punye x siap2 lagi.. YM dye tadi tapi dye pergi ke Jaring.. nak nangis plak sebab dah lme sgt x blog nie.. blog ku sudah menyepi + membisu seribu erti..
        .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Tweak it =-.

  4. patut lah dah lama menyepi..
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Rasa Macam Nak Bagi Penyepak =-.

  5. Waa, rajin bebenor buat blog baru, tahniah la. Moga dapat istiqamah pada kesemuanya, InsyaAllah πŸ™‚
    .-= MK´s last blog ..Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave? =-.

    1. Tapi kan bro, bila aku tick “Dapatkan balasan terus ke emel anda”, dia emel setiap kali ada komen baru kat entri ni. Aku nak emel bila komen aku kena reply je ^_^
      .-= MK´s last blog ..Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave? =-.

      1. Takyah tick takpe kot…aku taktau mana nk tuka setting tuh

  6. Salam , terima kasih ein sebab siarkan web aku tu.Aku memang puas ht dengan kerja ko dan aku rekemen kat sesiapa nak jalankan projek .Walaupun aku terpaksa pecah kepala translate BI > BM semua perkataan tu sendiri hehe…

    Aku ada keje baru untuk ko ein , tunggu yea… πŸ™‚

    Satu lagi projek komuniti aku ialah http://www.infosentosa.sentosa-online.com , khas untuk mereka yang inginkan berita dan informasi barang farmasi terkini .

    Jom kita xchange link supaya dapat tingkatkan jumlah pengunjung, πŸ™‚

    1. Nak suruh aku buat pe plak? ym nanti aa

  7. eins.. cmne nak setel prob nie? Aku pakai DA kat server aku.. nak upgrade plugin pun kne verificate dulu.. tolong r..

    Aku x bleh nak post gmbar ikut cara automatik dalam windows live writer nie..aku nak biar dye auto..

    http://kimag.es/share/63507783.jpg
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Tweak it =-.

    1. Dalam windows live writer, ko add je account information blog wordpres ko; url, username n password…pastu boleh la ko upload gmbr lam server secara automatik…

      kalo nk upgrade plugin tanpa masuk ftp credentials…ko install plugin autp-ftp untuk wordpress

      1. kalau x nak pakai plugin and x nak config WLW FTP tuh, contact hosting provider je la kan? Malas r nak letak plugin nie..
        .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Tweak it =-.

  8. Kat luar sana dh brlambak dgn blog english..nape x di buat dlm bahasa kita? ..supaya org kita lebih di rangsang mendekati IT. :ermm:

    1. Bro, JomPHP, eins lobby, utube downloader dll kan dah dalam bahasa melayu…

  9. bloody monday 2 dah keluar..
    terbaik!!
    .-= akmalhisyam´s last blog ..Gunakan Facebook Chat pada Pidgin =-.

  10. bro,,bleh bg password bloody monday(cerita jepun)dah la aku b.i lemah..heheh..harap bantu

    1. Password bloody monday? Password apa tuh
      .-= EiNS´s last blog ..PhilNa2 – free wordpress theme =-.

  11. sory bro…nak download dari mediafire..password unlock file

    1. try nomanymore.blogspot.com
      .-= EiNS´s last blog ..Vermillion – free wordpress theme =-.

  12. Aku akan sentiasa follow setiap blog korang ni,hehehe
    .-= wazy´s last blog ..Southern Wheel Motorsports =-.

Tinggalkan komen anda