Posted on

Majlis berbuka puasa Negaraku.net – Rugi siapa tak pergi!

negaraku

Pada 29/8/2009 (Sabtu), saya telah berkesempatan untuk menghadiri gathering dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Negaraku.net bertempat di Restoran Nara,Bukit Angkasa.

Apa yg dapat saya katakan:

“sangat gembira dan seronok.mmg rugi la mana-mana blogger yang tak pergi”

Bersama dengan seorang rakan saya Truckster, kami bertolak pada pkul 5.30 dari Shah Alam.Perjalanan adalah sangat smooth dan kami tiba pada pkul 6.15 petang.Sebenarnya kami tidak kenal akan restoran itu, tapi singgah kerana terpandang banyak ayam golek sedang dibakar pada restoran tersebut.Ternyata kami singgah ditempat yang betul.

ayam golek
ayam golek yg amat menggiurkan

Walaupun dah sampai tetapi ada satu lagi masalah, kami tidak tahu siapa dan dimana kami perlu melaporkan diri.Oleh itu kami mengambil keputusan berjalan-jalan di bazar ramadhan berdekatan.

pasar ramadan girls

Pergh memang best bazar ramadhan disini.Banyak makanan menarik.Rasa nak beli, tapi teringatkan ayam golek yg bakal disantapi, kami menangguhkan niat itu.Sekadar cuci mata sahaja.

Kembali ke Restoran Nara, kami akhirnya ditegur oleh Thenthang bertanyakan adakah kami ahli Negaraku.net setelah agak lama merayau-rayau di depan restoran tersebut.

Negaraku_Gath_Buka_Puasa-81
Thenthang daripada thenthang.com

Cuba menghubungi KillVearn, rupanya dia telah lepak dengan selesanya di dalam restoran tersebut bersama beberapa orang awek cantik.Asyiknya dia sampai tak ajak pun kawan kat luar ya kekekeke..

Negaraku_Gath_Buka_Puasa-38
En KillVearn yg peramah

Bersama beberapa rakan lain yang telah sampai, kami lepak didalam restoran tersebut sambil berkenal-kenalan.Tetapi masalah mula timbul apabila tokey kedai menanyakan adakah kami telah booking meja.Penganjur utama Eddie aka Noktah Hitam tiada ditempat kejadian menyebabkan kami tidak mempunyai jawapan pasti.

nh
Eddie aka Noktah Hitam yg macho lagi bergaya

Rupanya tokey kedai telah memberikan tempat yang Eddie aka Noktah Hitam tempah kepada orang lain.Kami semua terpaksa mengalah dan terpaksa menunggu sehingga 8 setengah sebelum mendapat tempat.

BACA :  UiTM Student Portal & UiTM.Edu.My
1
Menunggu kehadiran rakan² yang lain..

Sambil menunggu, saya dan beberapa orang blogger yang lain lepak dikedai berdekatan bagi melepaskan dahaga sebelum ke surau menunaikan solat Maghrib.

2
Berbuka puasa sambil berkongsi juadah 🙂

Akhirnya kami mendapat tempat pada pkul 8.30.Ketika itu semua rakan-rakan muram dan kurang ceria, mungkin kerana lapar agaknya sehinggalah…..

Jeng jeng hidangan utama sampai..

ikan
Ikan Siakap 3 rasa woo..lagi grand dari ayam golek!

tomyam
Tomyam yg betul² campur.Ada ayam, daging, ketam, udang, kerang.Terbaik!

air buah
Koleksi air buah.Oren,Epal,Tembikai,Belimbing semua ada!

Walaupun pada mulanya agak kecewa kerana tak dapat merasa ayam golek, tetapi kekecewaan itu telah hilang setelah masing-masing mula mejamah selera.

tunggumakan
makan

Setelah masing-masing siap menjamu selera, part paling seronok telah sampai.sesi berbual-berbual sesama blogger yeah!


RELATED POSTS

31 thoughts on “Majlis berbuka puasa Negaraku.net – Rugi siapa tak pergi!

  1. hohoho.. bila time aku aje mesti terkena ‘awek’.. ko kene tukar tu sepatutnya MK yang asyik ngan awek.. hahaha.. erm mcm ne nak kenal ko pada mulanya, kalo penah tgk muka lain cite, haha.. tapi tak sangka aku ko tinggi gile.. anyway best sgt gath walau mkn ikan siakap.. perghh sedap.. tapi rugi ko tak g gath kedua mkn ayam golek.. hehehe.. till next time we meet again mate!
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Kill-Vearn & Gathering Buka Puasa =-.

    1. hohoho aku pn tak sangka ko macho je 😛
      till we meet again yeah!

  2. siap ade sambungan tuh yang tak tahan tuh.
    tapi untuk bab permulaan tuh.. memang macam ade
    masalah skit la kan.. adat la.. no body perfect..
    mereka dah rancang.. tapi dah nak jadi jugak
    nak buat macam mana.

    ok ok.. aku akan follow sambungannya besok.
    janang lupe ok!
    .-= Kreuger´s last blog ..Bazar Ramadhan Masjid Jamek =-.

    1. feautured esok : Azman dan avatarnya kekeke

  3. haha..aku mohon maaf di atas segala kekurangan ! :angel:
    .-= life4hire´s last blog ..Info tambahan Buka Puasa Negaraku! bahagian 2 =-.

  4. cepatla update lg. kawe dah tak sabar nih.. :biggrin: :biggrin: :biggrin:
    .-= luthtextile´s last blog ..Ayam golek & gathering Negaraku.Net =-.

  5. adeh lagi satu artikel yang bisa buat aku jeles! (hu3)

    apa-apa pun ianya tetap menarik sebab tujuan utama untuk gathered blogger semua tercapai.

  6. aku malas nk post kt blog aku. sume dh buat, aku xtau nk tulih ape dah.. ahh, lantak.. hahaa..
    .-= Anarm´s last blog ..52 Tahun Malaysia Merdeka =-.

    1. ko ni tak abes2 ngan mls.. gi buat cepat sebelum due date: raya.. hahaa
      .-= Kill-Vearn´s last blog ..How to Fix Aero Peek in Windows 7 =-.

  7. hohoho….muka tuan punya blog ni mana?hahaha…. :whistle:
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Story of the day… =-.

    1. bersambung part 2 hehehe
      .-= cyberfly´s last blog ..Browse by Alphabetical =-.

    2. muka tuan blog ni ada dlm pic pertama.. hahaaa
      .-= Kill-Vearn´s last blog ..How to Fix Aero Peek in Windows 7 =-.

  8. Bila nak buat lagi..leh aku join gak..patut kene pakai baju ada perkataan Ghatering ke… nampak tu senang sikit kenal..

    1. dengar kata ada gathering lepas raya.datang la :biggrin:
      .-= cyberfly´s last blog ..Browse by Alphabetical =-.

  9. Dapat juga berbuka dengan Blogger tempatan.kira baguslah tu.
    .-= safar´s last blog ..Panduan memasang ADF pada domain percuma co.cc =-.

  10. Wah, seme pepakat wat topik ni.
    Sungguh menjeleskan. :sick:
    .-= Eriyza´s last blog ..Hadiah Merdeka Untuk Satu Malaysia =-.

    1. hehe kenapa eriyza tak datang.teringin gak berkenalan dengan blogger IT wanita ni 🙂

  11. haahha..muke aku dalam ni pun ko kerat jugak eh?? hahaha.. 😆 anyway mmg best la gath..moge jumpe lg en cyberfly di lain masa..hehe.. :whistle:
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Berbuka Ke Melantak? =-.

    1. muka ko dalam part 2.kekekek

  12. Damn jeles…
    kalau aku dok area2 ctu konfem join gak :pouty:
    .-= EiNS´s last blog ..Majlis berbuka puasa Negaraku.net – Rugi siapa tak pergi! =-.

    1. eins, adakah muka ko sama mcm abg ko cyberfly? hoho… adakah tinggi pon sama?
      .-= Kill-Vearn´s last blog ..How to Fix Aero Peek in Windows 7 =-.

      1. Muka aku cam avatar twitter tu la…haha adik beradik aku cyberfly, aku dan sorang lg tinggi semua lebih kurang sama je 🙂

  13. oi oi oi 😉

    semalam ke, hari sebelum semalam saya gi website nie tapi dia cakap suspended haish~ 😉

    niway, gambar no 8 tu kesian sy tengok :cwy:

  14. nak tanya. apa beza NTFS ngan FAT

  15. yang bestnya dapat jumpa jiran-jiran blogger lain

    Erm…..bila aku nak join the club. ekekekk
    .-= KampungBoy´s last blog ..Pakej Buat Duit Online Telah Diupgrade Laman Affiliatenya =-.

    1. takpe bro..kita pasang azam…ramadhan depan kita mesti join sekaki.hehehe

  16. GILO….

    Jalan cerita macam kisah penglipurlara….bleh jadi karangan terbaik sekolah ni

  17. perghhh,jeles giler aku…. blogger JB,bile kite nk wat gath plak. hehe
    .-= finalcross´s last blog ..Edit foto mudah secara ‘online’. =-.

  18. […] cerita penglipurlara juga boleh dibaca di: Jomphp dan Killvearn Share and […]

  19. ahhh.ruginya…xpenah berpeluang untuk jumpa ngan blogger lain..dari shah alam ?? bro duk shah alam ke ?? saya student uitm shah alam…

Tinggalkan komen anda