Posted on

Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama

Soalan daripada pembaca JomPHP;

salam…sy nk tanya, mcm mane nkmaintain kan performance pc klu pc nih running non-stop 24/7…slalunye pc akan lembap lps restart ok blk…

Biasanya, pc atau laptop kalau dibiarkan on selama berpuluh-puluh jam pasti akan menjadi panas, dan seterusnya mengakibatkan performance komputer menjadi “sluggish” dan kerap hang. Tapi, selepas restart atau shutdown, performance komputer akan menjadi laju seperti sedia kala.

Untuk mengatasi masalah tersebut, berikut adalah langkah2 yang boleh diambil;

Software solutions

1. Speedfan

speedfan

Salah satu sebab komputer jadi slow ialah masalah overheating. Speedfan boleh menunjukkan temperature processor dan juga GPU komputer. Anda juga boleh set automatic fan speed bagi membolehkan speedfan mengawal kelajuan kipas pada gpu dan cpu.

Download SpeedFan.

2. Power Management

edison power management

Jika membiarkan komputer on untuk tujuan download (idm/torrent) anda boleh turn off fungsi lain bagi menjimatkan elektrik serta mengelakkan komputer menjadi panas.

Untuk akses power management di komputer anda, boleh gunakan Power Option dalam Control Panel. Taip powercfg.cpl pada start menu.

Atau untuk lebih mudah gunakan perisian Edison.  Download Edison di sini.

3. Ram defragmenter

Kadang2 komputer jadi slow mungkin juga sebab memory leak disebabkan perisian yang anda gunakan ini di-coding dengan buruk.

Anda boleh cuba perisian seperti SpeedUpMyPC untuk defrag ram dan sekaligus menjadikan komputer lebih lancar.

4. OS

Jika ada ram lebih daripada 4gig, sila gunakan OS 64 bit (x64) dan bukannya OS 32bit (x86). 64 bit OS lebih lancar, laju dan stabil kerana ia mampu menggunakan kesemua kapasiti ram yang ada.

Hardware solutions

1. Upgrade processor

Processor lama agak slow dan cepat panas. Jadi kalau ada duit sila upgrade ke processor dengan teknologi terkini yang laju serta menjimatkan tenaga dan kurang panas. Contohnya seperti Intel Core i5 dan i7 serta AMD Phenom II.

BACA :  Antivirus portable dan Utiliti percuma buatan Malaysia

2. Upgrade ram

Kalau ram hanya 2gig for sure la komputer takde la lancar sangat. Nak multitasking pun kena la ada ram yang banyak. At least, anda kena ada sekurang-kurangnya 4gig ram baru lah rasa nikmat menggunakan komputer yang laju dan tidak lag.

3. Gunakan kipas yang lebih bagus

Biasanya stock fan yang ada pada CPU agak cikai, dan cepat panas. Jadi anda boleh tukar fan yang lagi hebat dan dahsyat bagi membolehkan cpu bertahan lama tanpa panas.

Jika menggunakan notebook, pastikan guna notebook cooler bagi elak notebook daripada cepat panas.

Kalau boleh, turn off la komputer sekali sekala. Tak kira la komputer harga rm10k sekalipun, Kalau biar on selama beberapa hari mesti la panas.

Jagalah kesihatan komputer masing2 dengan baik! Open-mouthed smile


RELATED POSTS

24 thoughts on “Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama

  1. wah..sangat berguna. terima kasih. bookmarked teros :biggrin:
    .-= fina fento´s last blog ..Misi Rahsia Tak boleh dedahkan =-.

    1. ye setuju. kasi bookmark terus 🙂

  2. kalo bia sleep je tak shut down effect jugak takk?
    .-= purplish.pink´s last blog ..fikir SEPULUH KALI nak HANTAR KAD RAYA =-.

  3. […] This post was mentioned on Twitter by einztrigger. einztrigger said: New blog post: http://tinyurl.com/264wrqb – Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama […]

  4. Hmm.. laptop aku ni masalahnya bahagian harddisk. panas sangat. Lagi satu, laptop aku makin lama makin lembap. Mozilla firefox pulak mengambil masa yang agak lama untuk browse. Macam mana nak bagi performance lagi bagus untuk laptop aku ni erk ?

    1. @fufuyafo:guna cooling pad, upgrade ram, replace firefox guna google chrome, guna windows 7/ubuntu instead of xp/vista…ada duit beli komputer baru terus 🙂

      1. Os windows 7 dah. Ram 2.5gig. ok ke ?

        1. @fufuyafo:up ram 4gig, pakai windows 7 home premium x64 cukup dah…x perlu sgt pakai ultimate

        2. @EiNS:pakai x64 up la ram sampai 4gig…baru best…ram ddr3 2g around rm110-rm130 value ram kingston

  5. aku pakai wins7 profesional 64bit, ram 2gig (ddr3), processor core i5..boleh ke..klu x upgrade ram..main game especially fifa manager 10..ada hang..apa masalah sebenarnya..klu upgrade ram..brapa harga bg ram ddr3 2gig

  6. Bagus, buleh diaplikasikan selepas ni =)
    .-= annamir´s last blog ..Somewhere in Kota Damansara 3D HDR =-.

  7. thanks 4 d posting…
    sgt2 bergune nih…
    boleh bertapa kt cni je turun ilmu…heheh :tongue:

  8. kan bes klu atleast 2 post per day… :blush:

    1. @edge:kalau ada orang byr gaji 10 post sehari pun boleh 😀

  9. artikel yang menarik.. satu tips penjagaan komputer yang perlu diambil berat oleh orang lain. Sy sendiri open laptop sehingga 2-3 hari, nasib tau langkah menjaga laptop dari lembab & sebagainya.. :biggrin:
    .-= Paksu-IT´s last blog ..Virus Juga Menyerang Linux =-.

  10. erm bagus tip nih…kekadang tu sleep je..
    .-= syahrilhafiz´s last blog ..Aku dihentam oleh Senpai =-.

  11. Nak test software speedfan la. Tension guna AMD kat laptop acer ni. Letak telur sebelah laptop boleh jadi telur rebus tu.
    .-= Khidhir´s last blog ..TM Unifi- Sejauh Mana Kehebatannya Jom Kita Test =-.

  12. Your tips are quite helpful for me as a university student. Thank you!

  13. nice tips, taktau pulak ada sofware nk kawal speed fan komp.
    Kalau kipas kat rumah tu tau r. hehe

  14. bagus tips. bolehla aku mencubanya selepas ini.
    .-= shaharil´s last blog ..SEO Site Tools- Extention untuk Google Chrome =-.

  15. laptop kami baru d svc, tukar harddisc ( underwarrty),tech.kata jgn guna atas katil spa,nanti lubang udara tertutup dgn tilam.
    thanks 4 the info articles.

    1. Bisanya kalau letak atas katil terutama permukaan yang lembut seperti atas tilam / bantal atau yg seumpama dgnnya akan menyebabkan kipas cepat berdebu. Jadi kipas tdk dapat bekerja dgn lebih efektif dan meyebabkan laptop akan menjadi lebih cepat panas.

  16. salam bro….
    nak tnye sket,aku nak beli laptop baru..
    model ASUS a42jv-vx042v-w7hp 14″
    boleh komen tak pesal laptop ni..
    harga,graphiccard.processer sume..

    lagi satu ..bley x OC i5 ngan i7~?

  17. aku pkai processor AMD Turion ll….komen skit sal processor aku nih???..sesuai ke x dgn 2 gig ram :cheerful:

Tinggalkan komen anda