Posted on

Layari internet lebih pantas dengan Google Public DNS

image

Google telah memperkenalkan perkhidmatan Google Public DNS dalam usaha untuk membolehkan pengguna Internet melayari web dengan lebih pantas. Seperti perkhidmatan Google yang lain, Public DNS adalah percuma dan cara menggunakannya pula amat ringkas dan senang, boleh buat dalam masa satu minit sahaja.

Apa itu DNS?

DNS (Domain Name System). Maklumat lanjut boleh rujuk di DNS wiki.

Faedah menggunakan Google Public DNS?

Browsing lebih lanjut, meningkatkan tahap sekuriti pelayaran internet anda serta dapat search result yang anda mahukan tanpa redirection.

Apa beza Google Public DNS dengan OpenDNS dan Comodo DNS?

Saya adalah peminat OpenDNS sebelum ini, dan kadang2 ada guna Comodo DNS juga. Ketiga2 dns provider ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan meningkatkan tahap sekuriti, cuma yang membezakan antara ketiga2 perkhidmatan ini adalah kelajuan.

image

Kalau diperhatikan, Google Public DNS lebih laju (8.8.4.4) berbanding OpenDNS (208.67.220.220). Selamat tinggal OpenDNS…hehe

Tutorial guna Google Public DNS

Betul2 laju apabila bertukar menggunakan Public DNS ini. Rugi kalau saya tak kongsi cara menggunakannya, jadi ikutilah tutorial ini. Saya tulis seringkas mungkin bagi memudahkan anda faham.

  • Adress bagi Google Public DNS;
  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4

1) Untuk router

Masuk configuration router anda (contoh 192.168.1.1 atau berbeza mengikut jenis router). Kemudian pergi ke page yang tertulis DNS. Tukar adress DNS sedia ada kepada Google Public DNS.

image

Save dan restart router anda. Dah pun berjaya guna Google Public DNS ini.

2. Untuk komputer

image

Masuk network connections > Right click pada connection internet anda > Properties > IPV4 > Properties.

Pada bahagian IPV4 Properties, di bahagian DNS adress masukkan:

BACA :  Cara daftar dan menggunakan myBSN Online Banking

Preferred DNS server : 8.8.8.8

Alternate DNS server : 8.8.4.4

Kemudian tekan ok, dan cuba bandingkan speed pelayaran internet sebelum dan selepas menggunakan Google Open DNS.

Tak best pun, camne nak cancel nih?

Kalau anda rasa google open dns ini tak best, boleh revert kepada default dns dengan memilih obtain dns server adress automatically.

Keliru? Tidak tahu cara nak set di Linux dan Mac? Tak faham tutorial JomPHP?

Jika ada masalah diatas, saya cadangkan anda baca di web google public DNS. Ataupun boleh download PDF file ini.

Nota: Penukaran DNS hanya meningkatkan kelajuan browsing, tetapi kelajuan download tidak akan bertambah. Anda boleh gunakan Google Public DNS di mana2 ISP tak kira streamyx, p1 wimax, celcom bb dsb. Harap maklum.

edit: Jika anda masih tidak faham cara set google dns, download dan cuba tool di bawah ini. Anda boleh bertukar kepada google public dns, opendns, dan lain2 dns adress dengan senang.

image

Download DNS Jumper.


RELATED POSTS

93 thoughts on “Layari internet lebih pantas dengan Google Public DNS

  1. Wujud rupanya nde alah camni ek? Great sharing. 😉
    .-= Fatin Pauzi´s last blog ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan =-.

    1. Kalo opendns n comodo dns dah lama wujud…google nie baru je…tak ramai lg tahu 😎

  2. uik?? boleh sgt utk dicoba nih. mekasih mekasih :happy:
    .-= zaryl´s last blog ..Ada Dalam Tiada… =-.

  3. Hoho.. boleh tahan.. saya sudah test sejak semalam.. memang lagi laju dari opendns.. tetapi hari ni dns resolver google tak resolve satu torrent site untuk download tv show (tak pasti semalam menjadi atau tidak).. tapi bila tukar balik opendns ok je, boleh resolve.. tak tahu la google censored ataupun sistem diorang masih tak berapa stabil.. huhuhu.. mungkin 1 2 bulan lagi saya cuba balik dns resolver google.. 😉
    .-= whiztech´s last blog ..Unlocker Alternative to Force Deletion of Locked Files in Windows =-.

    1. Oo torrent site mana yang kena block tu? Satu lagi yang tak best pasal google dns ni sebab macam biasa lah…google memang akan kutip log dari site yang kita browse…konon2 ntuk tujuan sekuriti…

      yg betul2 aku tertarik hanya pada speed dia…hehe
      .-= EiNS´s last blog ..Aku perlukan komputer baru… =-.

      1. http://torrent.zoink.it/
        saya perasan sebab utorrent tak leh download torrent dari situ.. bila try dengan browser, takleh masuk jugak.. tak resolve.. lepas tukar dns baru resolve.. huhu.. ntah2 zoink.it tu baru tukar ip kot..
        .-= whiztech´s last blog ..Unlocker Alternative to Force Deletion of Locked Files in Windows =-.

        1. Oo…tak pernah bukak lg zoink torrent..maybe google block…takpe senang je nak switch dns…boleh je tukar2 guna opendns n dns lain…

    1. Memang dia ada tulis, cuma dia x bandingkan speed opendns ngan google dns…hehe…kebanyakan orang akan kata google dns lagi laju 🙂

      1. google dns mmg laju.. bye2 opendns..
        .-= Anarm´s last blog ..Buat web guna cPanel atau DirectAdmin =-.

  4. Nice. Ada effect pada loading video Youtube tak Eins?

    1. Browsing je laju…tapi speed download xkan berubah…youtube aku dah sedia laju sebab aku guna bywifi…

      kalau bywifi takde effect ko try speedbit; http://www.videoaccelerator.com/
      .-= EiNS´s last blog ..Aku perlukan komputer baru… =-.

      1. Itu yang aku pelik. Sebab suft web pun satu perkara yang diberinama “download” jugak ye tak?

        Bywifi tu aku pernah bac artikel ko dulu tp haram aku x try lagi.. sigh~

        Gonna check it out… Teehee!

        1. Download speed streamyx 1mbps contohnya 180-200kbps takkan berubah walaupun tukar dns…tu maksudnya…tp browsing dan bukak laman web yg berat2 jadi lebey laju…

          emm psl bywifi aku dari dulu memang guna software ni sebab tu streaming youtube aku agak laju… :biggrin:

  5. eins…tutorials no1 kene buat jugak ke?? kalau buat no2 je jadi x??
    .-= mrdzy´s last blog ..OMK!!! Laptop Screen Blank?? =-.

    1. Itu ntuk router…kalo satu rumah guna router guna cara 1 la senang xyah nak set di setiap komputer…
      .-= EiNS´s last blog ..Aku perlukan komputer baru… =-.

  6. pastu nak tny satu lagi..kalau pakai public DNS nie still leh download kn?? ke just utk surf internet je?
    .-= mrdzy´s last blog ..Mari Memeriahkan 1kampus.com !!!! =-.

  7. pastu nak tny, nie utk surf internet je ke? x de kacau download kan?
    .-= mrdzy´s last blog ..Mari Memeriahkan 1kampus.com !!!! =-.

    1. Huhu dah tulis kat atas tu bro…bahagian nota…
      cuba baca gak komen2 kat atas nie… :sleeping:
      .-= EiNS´s last blog ..Layari internet lebih pantas dengan Google Public DNS =-.

  8. dah cuba, mmg laju nak bukak website…
    .-= afendie´s last blog ..Add 3 Column Footer to Blogger =-.

  9. waaa… memang inilah tutorial yang aku cari.. heheh tak tau la plak nak kena setup kat router sekali.. 😛 patut la tak jadi2..
    .-= topo´s last blog ..Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I… =-.

  10. cam mn nak download ye????? 🙁 🙁 🙁

    1. Download apa? xyah download pape la

  11. mcm mane utk celcom bb setting???

    1. Guna option nombor 2…setting ntuk komputer ko
      .-= EiNS´s last blog ..Layari internet lebih pantas dengan Google Public DNS =-.

      1. aku pakai celcom bb ( macosx 10.3.9 )
        tau x mcm mane nk setting dier.. dah tgk kat google nyer web tue.. dier tunjuk utk 10.5

        1. Oo ingatkan pakai 10.5 leopard…cara tukar dns nih kita boleh refer kat opendns

          https://store.opendns.com/setup/operatingsystem/apple-osx-tiger

          cuma gantikan dns tu kepada google punya je la…
          8.8.8.8 ngan 8.8.4.4

          good luck :happy:

  12. kalu x masok configuration router x pa ka?
    terus ltk kat network connections?
    cara ni boleh bukak firefox laju x?
    1. Type “about:config” into the address bar and hit return.
    2. Look for “network.http.keep-alive”. If it’s false, double-click that line and to change it to true.
    3. Make sure “network.http.version” is set to “1.1″.
    4. Look for “network.http.pipelining”. If it’s false, double-click that line and to change it to true.
    5. Set “network.http.proxy.pipelining” to true by double-clicking it.
    6. Set “network.http.pipelining.maxrequests” to 8 by double-clicking it. This means it will make 8 requests at once. There is no point setting it higher then 8 as it is capped at 8 max. The default value for this setting is
    7. Optional: Right-click anywhere and select New-> Integer. Name it “nglayout.initialpaint.delay” and set its value to “0”. This value is the amount of time the browser waits before it shows you the information it receives. It doesn’t actually make the page load faster, though.

    1. Cara tukar setting firefox tu berkurun dah orang buat sejak zaman 2004 lagi kot…

      ko boleh tukar kat network connection..x perlu buat ntuk router

      1. cara lani org setting firefox camna?

        1. Xyah setting coz firefox baru dah sedia laju…guna firefox 3.6 beta 4

        2. kalau guna yg ni pun ok gak kan?
          https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/327
          .-= Sumber Informasi Terkini´s last blog ..Kingston DT300 256GB =-.

        3. Kalau boleh lajukan firefox guna la addon tuh 🙂

        4. tumpang lalu yer..nak tya pasal speedbit accelelator..boleh guna kat google crome dan firefox 3.5 x??? 🙁 klu blh guna camner nat wat erkk.. 🙂

        5. Patutnya compatible lah…tp aku x guna speedbit skang..
          aku guna bywifi 🙂

  13. bgus nih, buleh gne kat celakakum berukband tp buleh gna x kat maxis broadband… :devil:

    1. Dah tulis kat atas tuh…boleh guna ntuk mana2 isp…tukar dns je…buat option no 2

  14. jap..
    kalau ada 10 pc kongsi router yang sama..
    nak kene set DNS kat semua pc tu jugak ke?
    .-= topo´s last blog ..Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I… =-.

    1. Xyah set satu2….tukar dns kat router then komputer yg connect kat router tu akan guna dns tu secara automatik

  15. 1. EiNS aq x jmpe lah nk tukar DNS kat router.. buleh x klu aq tukar kat comp aq je??

    2. Graphic Card ati radeon hd ke nVidia GeForce lbih bgus utk hard gamer..

  16. wah..ni dah dikira bagus..tp aku ada baca paper yg google nak bagi domain percuma..sama ke yg ni

    1. Yeke google nak bagi domain free?

  17. haritu baca paper utusan ada tls google akan bg domain free untuk mudahkan SME beroperasi..yg ni baru ke lame dh
    .-= Sumber Informasi Terkini´s last blog ..Kingston DT300 256GB =-.

  18. komputer saya xde ipv4. nak wat cmna?

    1. Kompem ada la…
      Cari kat properties connection internet…samada wireless adapter atau lan adapter…kalau confius buat dua2 sekali 🙂

  19. Tak dinafikan,speed yg paling penting skrang ni. Musang berapi memecut laju…huhu
    .-= finalcross´s last blog ..Top 10 of Free Fonts websites =-.

  20. bro

    gua xde ipv4 boleh guna gak ke?

    1. Camne leh takde ipv4…abes tu ko main tenet camne?

  21. IPV4<–benda nih aku xde
    boleh guna gak ke?

    1. Camne leh takde nie…ko pakai router tak? tukar dalam router/modem…mesti ada tempat nak tukar dns…

      1. aku pakai aztech punye
        leh ke?

        1. Boleh je…tukar kat page dns…
          masuk 8.8.8.8 dan 8.8.4.4
          .-= EiNS´s last blog ..Aku perlukan komputer baru… =-.

      2. kat ner page dns tuh?
        hmmm
        td aku bukak page aztech pastu die mintak username n password :blink: :angry:

        1. Ko x pernah bukak config router ke?
          page dns ada dlm config router…

          xtau password sila refer cni
          http://koneksen.com/default-modem-password/

      3. Ko pakai windows xp kot… windows xp memang takde ipv4.. dia tulis internet protocol (TCP/IP)

  22. aku dh pki..smooth gak la..sbb suggest dr Majalah PC..tu yg try.. :biggrin:
    .-= Sumber Informasi Terkini´s last blog ..ImageChef =-.

  23. tumpang lalu yer..nak tya pasal speedbit accelelator..boleh guna kat google crome dan firefox 3.5 x??? 🙁

  24. yerke..ok bro 10u. 🙂

  25. mcm mana nak setting Billion aku xjumpa lor

    1. Set je dns tu kat komputer ko kalau xtau…
      aku x penah guna router billion :ermm:
      .-= EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP =-.

  26. Adakah fungsi Google public dns sama dengan
    opendns.google public dns mampu ke melajukan internet
    dan menyekat laman tertentu.

    1. Fungsi sama je…cuma google dns lagi laju…tapi opendns banyak functionalities sebab boleh login dashboard dia…

  27. Another great sharing sahabat! Buleh try test nanti ni 😉
    Terima kasih bnyk2…

  28. comodo dns ok gak….

  29. DNS TMNET lebih laju daripada DNS Google :biggrin:

  30. Selepas aku bandingkan DNS TmNet dengan Google public DNS aku dapati
    DNS TMNET lebih laju. :biggrin:

    1. Results may vary…lagipun dns server streamyx lokasi di Kl…mesti ping dia lagi rendah…

      In my case, aku pernah guna macam2 sebelum ni…streamyx dns, opendns, comodo dns…dan lepas guna google public dns aku notice banyak improvement dalam speed bila browsing website…

      Jangan percaya sangat pada benchmark atau speedtest…yang penting pengalaman ko sendiri rasa lagi slow or lagi laju tuh…

      Sebab aku xkan revert pada default streamyx dns sebab performance yang bagi aku x bagus dan website censorship…say no to internet censorship 🙂

    2. google dns lebih laju dari tmnet dns lah bro, aku dah try ,,,,,

  31. nak tanya la kn..may be ni xde ken mengena…kalo kt kolej-kolej or mana2 IPTA/IPTS kn selalu kalo nk open myspace,facebo0k,youtube and websita yang seangkatan dgn nye la kn…kena block..then nk tanya la kn..dorg setting kt mane? and macan mana nk hack sistem tu?

    1. Banyak cara diorang boleh block…samada pakai dns, pakai proxy..atau mungkin diorang set website mana yg kena block dalam configuration access point..

      try la software cam hotspot shield, ultrasurf, freegate etc…
      .-= EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP =-.

  32. kalo linksys guna modem ape ek?

    1. linksys guna modem apa? maksud ko?

  33. Aduhai.. ape pasal la aku leh x jumpe connection ni.. puas aku cari button nye.. jahil gak aku ni pasal komputer.. hehe

    1. Cari dalam network adapter setting je, samada controller lan atau wireless…
      .-= EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP =-.

  34. moshi2…bro…aku gune router billion…
    n dah pegi kt config router tu..xde plaak setting2 die untuk tukar dns tuu..
    how bro?? :ninja:

    1. Please read previous comment bro…penat aku balas soklan sama 🙁
      kalo xtau apply kat router, apply je kat network controller, lan atau wireless…

  35. Kesian ko EiNS kene jawab soalan sama banyak kali..

    apeapehal pun tenkiu bebanyak EiNs.. sejak tukar dns ni baru dapat tengok youtube dgn lancar..kantoi tmnet yg buat pasal…hampeh punye tmnet…website lain ok je..ble nak tengok youtube sangkut2 lak.. sekali tuka dns terus ok..

    tenkiu EinS..tenkiu EiNS.. sebelum ni taktau pun pasal opendns..

  36. sangat membantu, thanks
    kalau tak nak google public dns ni just tukar balik yg asal le kan.

  37. […] NameBench Dah bertahun-tahun saya guna Google DNS di komputer saya, baru hari ini tergerak hati nak cari alternatif lain. Jadi saya download […]

  38. saya xtaw xpa lgsg pun, boleh ajar dari bawah x cmna nk buat tutorial ni ?

  39. Terbaik bro!
    Memang menjadi 😀

  40. terima kasih bro ,,
    serius laju 😀

  41. … [Trackback]…

    […] Read More here: jomphp.com/layari-internet-lebih-pantas-dengan-google-public-dns.html […]…

  42. boleh ke ak tukar dns kt router p1 ak? atau boleh guna kt router yg guna tm je?

    1. tukar kat adapter properties dalam windows lebih mudah

      tak pasti router p1 sebab tak pernah pakai

Tinggalkan komen anda