Posted on

Laptop Terbaik Dalam Lingkungan Harga RM2000 (Pilihan Pelajar)

lenovo s410p

Antara soalan yang kerap kami terima di inbox Facebook JomPHP ialah “apakah laptop terbaik untuk bajet di bawah RM2000 atau laptop gaming terbaik untuk student”. Jadi, tujuan artikel ini ialah bagi membolehkan anda membuat pilihan mengenai laptop yang bersesuaian untuk kegunaan dan bajet yang anda mampu.

Bagi saya, ‘benchmark’ bagi laptop yang anda harus beli pada tahun 2014 ialah sekurang-kurangnya mempunyai processor Intel Core i5 (generasi ke-4 Haswell), 4GB RAM, dan mempunyai kad graphic sekurang-kurangnya Nvidia GT 720M.

Kalau sekarang bajet anda di bawah RM1500 dan bercadang membeli laptop Intel Pentium atau Core i3 dengan graphic Intel HD, maka saya cadangkan tambah lebih sedikit bajet agar dapat beli laptop yang lebih berbaloi untuk kegunaan jangka masa yang panjang.

Laptop Bajet RM1700 – RM2000

1. Lenovo S410p

laptop rm 2000

– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.

– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.

– Harga Lenovo S410p bermula RM1750 untuk model Core i5 dan GT 720M (freedos).

2. Dell Inspiron 14 3437

dell inspiron14 3437

Spec Dell Inspiron 14 3437 : Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.

– Saiz 14” dan mempunyai pelbagai variasi model seperti FreeDOS atau original Windows 8.1, dan juga pilihan hard disk 500GB hingga 1 TB.

– Harga bagi Dell Inspiron 14 3437  sekitar RM1700 – RM1900 mengikut konfigurasi laptop dan boleh didapati dalam warna hitam atau merah.

– Anda boleh beli laptop Dell secara online di laman Dell Malaysia atau dimana-mana pengedar laptop Dell.

2. Lenovo S510p

lenovo s510p

– Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 720M, 4GB RAM.

– Saiz 15” dan alternatif bagi mereka yang mahukan saiz skrin yang lebih besar daripada model Lenovo S410p.

– Harga bermula RM1639 untuk model Core i3 dan RM1780 untuk model Core i5 (freedos).

4. HP Pavilion 15-N044TX

HP Pavilion 15-N044TX

–  Spec Intel Core i5 4200U, Nvidia GT 740M, 4GB RAM.

– Saiz 15.6”, FreeDOS (tiada Windows) tetapi mempunyai kad graphic Nvidia GT 740M pada harga serendah RM1799 sahaja.

– Sesuai untuk anda yang mahukan kad graphic yang lebih laju untuk gaming berbanding laptop biasa pada harga mampu milik.

BACA :  Tutorial Fresh Install & Upgrade Windows 8.1

5. Dell Vostro 5470

dell vostro 5470

Dell Vostro 5470 merupakan laptop dalam kategori komputer riba untuk bisnes, namun anda boleh dapatkan ia dengan harga yang berpatutan dan mampu milik bagi pelajar juga

Model Dell Vostro 5470 dengan harga RM1999 mempunyai spec berikut : Intel Core i3, 4GB RAM, Nvidia 740M Graphic dan Windows 8.1 original, manakala

– Model Dell Vostro 5470 pada harga RM2149 pula mempunyai spec yang agak bagus iaitu; Intel Core i5 4200U processor, Nvidia GT740M graphic, 4GB RAM dan Windows 8.1 original.

– Dari segi kualiti, Dell Vostro 5470 berada di kelas yang lebih tinggi berbanding laptop kegunaan rumah dan kasual seperti Dell Inspiron dan Lenovo Thinkpad.


– Laptop yang mempunyai spec Core i5, 4 GB RAM, Nvidia GT 720M digalakkan bagi anda menjalankan software biasa seperti Office, Photoshop, Chrome, Firefox dengan lancar serta boleh menjalankan game2 seperti Dota 2, LoL, serta game2 moden pada resolusi 720p.

– Kalau boleh, elakkan beli laptop yang mempunyai processor seperti Intel Pentium, Celeron ataupun Core i3 yang hanya mempunyai cip Intel HD Graphics. Spend lebih sikit untuk dapatkan laptop Core i5 yang lebih laju dan cip grafik Nvidia 720M.

– Laptop FreeDOS merupakan laptop yang tidak didatangkan dengan lesen original Windows. Biasanya laptop FreeDOS lebih murah berbanding laptop yang didatangkan dengan Windows 7/8/8.1 dan anda boleh install sendiri Windows ataupun Linux jika mahu.

– Digalakkan install OS 64-bit seperti Windows 7 64-bit ataupun Windows 8 64-bit. Majukan diri anda dengan katakan tidak kepada OS 32-bit pada tahun 2014 ini.

– Bagi anda yang berminat membeli laptop secara online, digalakkan membeli di laman web yang sah seperti pengeluar laptop itu sendiri atau laman web beli belah online yang mempunyai reputasi yang baik.

– Elakkan beli laptop secara online daripada random seller ataupun penjual yang mempunyai identiti yang diragukan.

– Jika perlu, pilih untuk bayar laptop secara Cash on Delivery (COD) kerana laptop yang dibeli melalui pos mempunyai risiko tinggi untuk dicuri.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

37 thoughts on “Laptop Terbaik Dalam Lingkungan Harga RM2000 (Pilihan Pelajar)

  1. Zaman sekarang rm2000 pun dah boelh Dulu bukan main susah lagi

  2. saya telah pilih yg no 4. lenovo 510p !!

  3. Dah selamat beli Lenovo s210..

    1. rasanya s210p dia screen saiz kecik sikit dari laptop biasa

  4. kalu CPU speed..boleh bagi benchmark tak?

    1. benchmark dari kitorang x ada, tapi general idea is something like this

      core i7 > core i5 > core i3 > pentium & celeron < --- kategori cpu nvidia GT 750 M > GT 740 M > GT 720 M > Intel HD 5000 > Intel HD 4400 > Intel HD 4000 untuk kategori gpu

      1. kategori gpu nvidia yang terbaru lepas nvidia GT 750 M > GT 740 M > GT 720 M > Intel HD 5000?

  5. dah memiliki lenovo y400..main game memang terbaik rm2000..hehe

    1. lenovo y400 dah phased out rasanya. ganti dgn y410p dan y510p…model ni pun ramai orang pkai tapi harga RM2.5k ke atas lah

      1. Nk tanye ape keburukan lenovo eh?Fren bnyak tk rekomen brand ni..

  6. boleh simpan duit beli satu nanti hehe

  7. laptop yg ade ATI radeon bajet ade tak..???

  8. Terima kasih share info pasal harga laptop ni.. Tengah fikir2 nak cari laptop baru jugak ni..

  9. kalau lenovo flex 14 ok tak?

  10. Timakasih maklumat yg berguna untuk saya & mereka yg sedang cari laptop baru, tp mmgnya sekarang komputer dh lebih murah banding dulu2.

  11. Apa pendapat tentang ASUS A55vd i5 3210?

  12. Simpan duit beli macbook air. Hehe
    Tapi untuk adik aku ada survey haritu, susah nak cari cap Lenovo macam kat atas tu, semua kena order dulu. Hampeh, banyak yang seller rekemen Asus, spec dengan benchmark pun ok jugak, harga 2k.

    1. MBA kalau boleh tunggu yang baru sikit, model 2014 hopefully pakai display yang lagi high resolution dan gpu yang lagi laju

  13. Tolong buat pilihan antara Asus A550LD dengan Lenovo S510?
    Asus A550LD lenovo s510p
    4th gen. i5. 4th gen. i7
    Nvidia geforce 820 m. Nvidia geforce 820m

    Lenovo lagi mahal sikit dari Asus sekitar 200-300 . kalau ada masalh terutama Lenovo, senang tak hantar warranty ? Kalau dari segi smartphone, Lenovo susah nak hantar. Centre kat KL. Dah hantar, feedback lambat. Tolong bagi komen. Lenovo baru dan jenama dari China

  14. try la cari asus..best..murah..lasak..performance tggi..heheheh

  15. Baik beli lenovo g505s x550dp amd a10 5750M

  16. Boleh terangkan sikit tentang beza antara i5 dgn i7. Sy igt nak beli HP Pavilion 14N269Tx tapi tak ada diterangkan tentang kelebihannya di sini.

  17. Saya nak jual Dell inspiron m531r berminat boleh cam 0108472841

  18. saya nak tanya.apa pendapat abg kalau saya nak beli laptop display unit yang dijual dengan separuh harga?

  19. Saya seorang student…boleh x admin atau spe2 yg pakar rekomenkan mne2 laptop yg sesuai utk sye…sebab saya ni agak jahil bab komputer…kalau secondhand pun xpe…

    1. sama la kita huhu

  20. Salam Boss.. boleh tak bagi suggestion klo nak beli laptop bg tahun 2015 ni? adakah spec still sama dgn last year yang tuan suggest ni?? Please…..

    1. Satu lagi, antara intel dgn AMD, which one is better?

  21. Laptop yg mana sesuai utk autocad ek? Yg harga bajet2..

  22. Abg ckp yang tu specs 2014. Kalau 2016 sekarang ni ada baru tak?

    1. cuba tengok Acer Aspire E15 cari model yang ada Full HD boleh dapat Intel i3-6100u, GTX 940MX. ni boleh dapat dalam RM24000

  23. laptop untuk pelajar autocad senibina. boleh tolong cadangkan. Saya perlukan yang boleh tahan lama selama anak saya belajar.

  24. salam laptop jnis apa ye utk grafik card please me

  25. Spec yg baik utk RM2k

  26. Inspiron dgn vostro mana yg lebih bagus utk kegunaan kerja offc dan statistik?

Tinggalkan komen anda