Posted on

Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor

image

Salam kepada semua pembaca JomPHP. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami jarang update blog ini, tiada post baru dalam jangka masa yang lama. Salah satu sebab ialah kami sedang sibuk menguruskan banyak kerja2 dan ada projek yang kami sedang usahakan. InsyaAllah, projek itu akan kami umumkan tidak lama lagi.

Salah satu sebab lagi ialah kerana saya sedang dalam mood teruja kerana seminggu yang lepas saya telah membeli satu set komputer yang baru (tanpa LCD) dengan bajet yang sederhana. Spesifikasi komputer baru ini jauh lebih laju dari komputer dan laptop yang ada di rumah saya. Disebabkan itu, hari2 cuti saya yang terluang dihabiskan dengan membuat eksperimen dan mempelajari benda baru mengenai hardware komputer baru ini.

image

Secara ringkas, saya kini menggunakan AMD Phenom II X4 20 (3.20GHZ), Mobo Asus M4A785-TD-V-EVO, 2GB Kingston DDR3, Nvidia GeForce 9600 GT, WD 320GB SATA dan casing Cooler Master. Power supply saya beli yang ‘cikai’ dan hanya guna stock fan untuk processor kerana kekurangan bajet.

X3 720 kepada X4 20 | Unlocking 4th Core

Processor yang saya beli sebenarnya ialah AMD Phenom II X3 720 Black Edition (2.80GHZ). X3 bermaksud ianya mempunyai 3 core (Triple-core processor). Motherboard Asus M4A785-TD-V-EVO yang saya beli membenarkan saya unlock core ke-4 bagi processor X3 720. Ini bermakna, saya berjaya menggunakan quad-core processor dengan harga yang saya bayar untuk triple-core processor.

PhenomX3720 (2)

Asalnya menggunakan processor AMD Phenom II X3 720 (2.80GHZ).

PhenomX3720

Subscore bagi komponen processor adalah 6.8 dalam Windows Experience Index (WEI).

PhenomX3720 (4)

Selepas meng-unlock 4th core, Windows telah detect processor itu sebagai Phenom II X4 20 (2.80GHZ). Subscore bagi processor meningkat menjadi 7.2, peningkatan sebanyak 0.4. Tak cukup dengan itu, saya overclock pula processor tersebut daripada 2.80GHZ kepada 3.20GHZ (200×16.0).

BACA :  VPN Gate & Cyberghost VPN –penyedia servis VPN percuma

image

Sekarang, subscore bagi processor ialah 7.3, meningkat 0.1. Disebabkan menggunakan stock cooler, saya hanya overclock setakat 3.2 GHZ sahaja, mungkin di masa akan datang selepas membeli cooler baru yang lebih bagus saya akan cuba overclock sehingga 3.6 – 4.0GHZ.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa benchmark menggunakan WEI tidak tepat, tetapi buat masa sekarang kerana komputer ini masih baru, saya belum lagi install perisian lain untuk benchmark. RAM pula walaupun DDR3, performance-nya tidak sebagus mana kerana yang saya beli hanya value ram.

Motherboard ini mempunyai onboard ATI Radeon HD 4200 graphic. Ada 2 pci-e slot dan 3 pci slot. Terdapat port DVI, VGA dan HDMI memudahkan sambungan kepada monitor. Disebabkan saya menggunakan grafik kad 9600 GT, saya abaikan sahaja onboard Radeon HD 4200 itu.

Asus M4A785-TD-V-EVO

Asus Express Gate | Instant-on OS

Menariknya, motherboard Asus ini mempunyai fungsi instant-on os, iaitu Express Gate. Instant-on OS bermaksud anda boleh menggunakan os itu sebaik sahaja komputer dihidupkan tanpa perlu masuk ke dalam windows.

asus express gate

Express Gate membenarkan anda melayari web, bermain online games, melihat koleksi gambar, chatting ym, gtalk dll dan skype tanpa perlu masuk ke windows. Serius cool gila.

18122009502

Saya melayari blog JomPHP menggunakan browser terbina dalam Express Gate. Kadang2 jika saya hanya ingin melayari web, buka blog, facebook, youtube dan membaca email, saya hanya boot ke dalam Express Gate kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.

Nanti ada masa saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai process unlock processor phenom X3 720 dan bercerita mengenai hardware komputer pula. Saya sungguh berpuas hati dengan kelajuan komputer ini, mungkin kalau ada duit lebih saya akan upgrade lagi barang dalam biar jadi lebih mantap.


RELATED POSTS

93 thoughts on “Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor

  1. perghh.. mantap.. bile la aku nk ade komputer yg power.. specs cikai rasa mcm susah skit nk buat keje2 grafik..

    berape riban ko beli bende alah ni? :pinch:
    .-= Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan =-.

    1. Harga processor quad core memang mahal, sebab tu aku beli yg triple-core then unlock jd quad-core…kalau buat keje2 grafik atau developing, pakai laptop memang tak puas…sebab tu perlu desktop yang power…

      berapa riban? around rm1350 tanpa monitor :biggrin:
      .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

      1. memang quad core mahal..yang terbaru aku dengar processor i7,i5 lagi laju..tapi harga toksah cakaplah..nak dekat 1 ribu untuk processor jer…
        hehe..

    2. Aku pun masih gune pentium 4 je… malas la nak tukar. Kena beli motherboard skali pulak..
      .-= jimmy´s last blog ..Adsense For Domain for CO.CC domain. =-.

      1. Sekarang harga dah murah. Spesifikasi hari ini sekurang-kurangnya mesti Pentium Dual-Core, melainkan saudara bukan kaki games dan hanya membuat kerja-kerja menaip.

        Di rumah saya pun ada satu komputer Pentium 4, tetapi nak menunggu masa boot XP, membuat kerja sambil memasang lagu boleh membuatkan hati terbakar juga. 😆
        .-= msbmna´s last blog ..Google Redesigned + Intergrated Gmail = Gmail baharu! =-.

  2. Pergh!! maen game mesti puas smooth xde lag..

    aq pown cdang nk bli desktop, laptop ni aq setuju utk wat keje2 grafk tinggi..x sesuai maen game..

    laen la laptop alienware..tu tip top..aq masih blaja lg..jd skadar angan2 sajalah..haha

    1. Aku pun angan2 je la nak laptop alienware…kalau nak beli desktop, belilah yg guna amd…murah dan bagus…senang nak oc… 🙂

  3. sound interesting nak tutorial satu!.
    kasi screenshot sekali
    request ni beb..
    hahaha…

    1. Tutorial pasal apa bro? unlock 4th core tu ke? nanti ada masa aku tunjuk step by step 😆

  4. cool beb. nice la dpt beli comp baru….processor AMD memang best.
    tp ader gak orng ckp Intel better choice if main games. Tak tahu la based on what.

    :biggrin: What do u think bro.?
    .-= jeeboom´s last blog ..Quick abstraction to re-magnetize your alluring adornment brooch that are accepting week. =-.

    1. Ok, kita kena tengok dari perspektif performance over price…

      Macam aku, beli processor X3 720 dengan harga RM415…then boleh pula unlock menjadi Quad-core…dari segi performance aku memang puas hati sebab aku consider laju gila dah…

      Processor intel pula, untuk yg harga mahal memang lebih bagus…contohnya processor Core i7 yang harga ribu2 tuh…performance i7 memang bagus hingga intel tulis sebagai processor terpantas di planet dalam iklan mereka…

      Tapi, kalau dengan bajet rendah…lagi berbaloi kalau beli processor AMD…contohnya, bajet sekitar RM415 boleh beli core 2 duo E7500 sahaja…kalau AMD dah boleh angkut quad-core processor dah…hahaha

      anyway, boleh lihat link di bawah kalau berminat dengan benchmark processor…

      http://www.tomshardware.com/charts/2009-desktop-cpu-charts/3DMark-Vantage-1.0.2-CPU,1398.html

      1. bro..aku dengar cina kat kedai tu cakap processor i3 akan keluar tahun 2010..tak tahu apa yang bagus pasal i3 tuh..
        .-= zulfitry.com´s last blog ..Bomoh Palsu Yang Durjana =-.

        1. Taun depan intel akan kuar core i9 (6-core)…core i7 ngan i5 dia nak replace core 2 quad ngan core 2 extreme…core i3 most likely akan replace core 2 duo…
          .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  5. tahniah kerana dpt unlock ke 4core.stabil ke lepas dah unlock?stress test sume ok?..aku cuba unlock phenom2 x2 550 aku dpt unlock tapi tak stabil..nasib tak baik.boleh saya tahu batch no proc awak?
    .-= muhian´s last blog ..[for sale] hard disk 7.5gb-20gb dan ram sdram 128mb =-.

    1. Aku buat stress test dua kali selama kira 6-8 jam…first time lepas unlock 4th core…second time lepas OC…nasib baik stabil dan kira succesful unlock la..

      Phenom II X3 orang kata success rate dia lagi tinggi dari X2 550 kalau nak unlock…emm btw batch no tengok kat mana? kat kotak processor ke…

  6. batch no kat atas proc.no dia camni 0922abcd…kalo nak tgk ko kene bukak hsf la.
    nampaknya aku kene tukar x3 plak pasni.
    .-= muhian´s last blog ..[for sale] hard disk 7.5gb-20gb dan ram sdram 128mb =-.

  7. wah sedap ar main game pasne.. 😎
    .-= arrizz´s last blog ..Perlukah aku ada akaun Twitter? Ya, aku perlu! =-.

  8. AMD ni tak haus ke.selalu dengar AMD tak boleh buka 24 jam.
    sebenar saya minat lagi AMD.
    .-= mesticun´s last blog ..Selamat tahun baru islam 1431H =-.

  9. mana ada processor haus..tayar haus la..itu cerita zaman bila tak bleh bukak 24jam.tak leh pki lah..boleh je on smpi seminggu tak tutup pun boleh.
    .-= muhian´s last blog ..[for sale] hard disk 7.5gb-20gb dan ram sdram 128mb =-.

  10. Terer benor la kamu ni pasal komputer. Saya minat sangat, nak tahu pasal semua ni, sampai berpinor mata baca istilah X3 II DDR3 and bla bla. hehe. tak de la. Ingat nak beli komputer satu. Sedang cari mane yang terbaik. 😛 Ada cadangan?
    .-= Fatin Pauzi´s last blog ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan =-.

    1. apa bajetnya cik fatin?:D

      kl dah tau bajet, senang nak rekomen.

      1. Bajet dalam RM1500 ke bawah je.. hehe.

        1. Beli la desktop spec sebijik cam aku…quad-core bajet around rm1350 😎
          .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

  11. wuahh.. tak paham.. Saya nak beli laptop baru. Tapi ‘kalau boleh’ nak yang kurang rm 2k.

    Boleh mintak tnjuk ajar tak??

    Ermm.. saya nak guna untuk belajar je.

    Ade ke? Bawah 2k, wifi, bluetooth, pastu ade dvd r/rw, saiz ala ala notebook, ram ke, segala untuk memory sume tu tahan tok support software mcm matlab ke, photshop, etc.

    tak perlu bunyi gile hebat pun, tak perlu visual gile cantik pun, (bese bese je ) asalkan laju nak buat kerja.

    rekemen sket bleh??

    maaf bukan tau ngat pasal computer nih.
    .-= ell´s last blog ..Ell mula berjalan jalan (part 1) =-.

    1. Saya suggest beli notebook asus K40AB-VX003, harga RM1999…nie spec dia…

      AMD Athlon X2 QL65 2.1GHz/14″ LED/DOS/2GB DDR2/320G HDD/ATI HD 4570 512MB VRAM /1.3M WC

      Processor laju, sesuai untuk buat kerja…ada grafik card lagi…nanti tonton video HD patut takde masalah lah…
      .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

      1. aku penguna tegar Asus..laptop aku Asus..motherboard desktop aku Asus..semua asuslah..asus ni best..mantap tapi harga berpatutan..kalau tengokkan laptop hp dan sony..kalau nak buat pemilihan base on harga RM4000..baik ambil laptop asus..spec lagi tinggi dari Hp dan Sony..
        .-= zulfitry.com´s last blog ..Bomoh Palsu Yang Durjana =-.

  12. EiNS agaknya antara Intel i5 750 Vs Phenom2 x4 955 mana agaknya berbaloi lagi nak beli..Mula-mula nak pergi ke Phenom2 955 tetapi Intel i5 750 macam lebih banyak menang dalam benchmark..kalau saudara EiNS diberi pilihan agaknya pilih yang mana satu? :biggrin:
    .-= enKHA´s last blog ..Ebook Panduan Ringkas eBay Best Match Percuma! =-.

    1. Kalau ikut benchmark, memang i5 perform lagi bagus dari 955…tapi dalam real life beza tu tak banyak sangat la…

      Core i5 kena beli motherboard baru coz i5 guna socket baru yang tak compatible ngan socket lama…kalau pakai X4 955 socket AM3 boleh guna kat board AM3 ngan AM2 gak…so kalau sebelum ni dah ada board AM2 kira optional la ntuk beli motherboard baru…

      lagi satu, i5 kalau bab overclock memang boleh outperform X4 955 lah…so kalau sanggup bayar lebih untuk performance, go for core i5…kalau nak jimat sikit, beli X4 955 pun kira ok la :happy:

      1. Memang plan asal nak ke AMD Phenom2 955 BE..Jimat & better spend lebih ke arah GC.. :biggrin:
        .-= enKHA´s last blog ..Ebook Panduan Ringkas eBay Best Match Percuma! =-.

  13. jeles2.. Grrr.. dengan bajet 1k+ boleh ke tahap itu.. Kool la bro.. Tp aku ni orang nomad buat masa ni. So bajet nak beli PC Dektop ditunda pada masa akan datang. Menanti tuts seterusnya.
    .-= Khai´s last blog ..Terhina dan lebih menghinakan =-.

    1. kl beli grafik kad, mmg dah sampai 2k la pc dia. tu pakai grafik kad yg dah ada kat rumah :biggrin:

  14. oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    aku nak gak!!!! :devil:

    GERAM!!! wat kerja sangkut! nih..
    Core i7..bongok..boikot.. :angry:

    thanks o n your sharing… :biggrin:
    BAKAR SEMANGAT AKU!! :devil:

    1. Nape kata core i7 bongok, boikot plak?

  15. :ninja: aku rasa boikot coz intel ni yahudi punye kot….. ni EiNS aku nak tnyer nih mobo MSI ok tak?? 😎

    1. Mobo MSI biasa ramai kata cap ayam…aku suggest Asus atau Gigabyte la :biggrin:
      .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

      1. mobo Asus.aku dengar dah mula support usb3.0 untuk keluaran masa kini..
        .-= zulfitry.com´s last blog ..Bomoh Palsu Yang Durjana =-.

  16. brapa ramai kata msi cap ayam?…msi skang ok la kualiti pun bagus..aku pun pki mobo msi..setakat nih aku puas hati kat msi.barang dia pun murah skit..netbook aku pun msi..msi juga popular kat europe,us..selain asus dan gigabyte aku juga suggest msi.

    1. Pakai netbook MSI wind ke? Orang yg pernah guna mesti dia tahu benda tu bagus atau tak…mcm aku based on observation kat forum n blog pasal hardware, ada la tertengok komen2 yg menghentam msi…

      btw mobo msi memang murah, satu lagi mobo yg murah jenama abit 🙂
      .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

  17. Jangan la korang beli Abit. Nanti menyesal tak sudah. :getlost:

    Sebelum ni aku beli motherboard Abit Fatal1ty F-I90HD. Sekali rosak, tak boleh claim waranti sebab Abit dah tutup penjualan motherboard kat Taiwan. Katanya, rugi ketika ekonomi gawat.

    Mana ada lagi kedai di Lowyat jual motherboard jenama Abit. Kalau ada pun sebab nak habiskan stok. Baik korang beli motherboar Asus atau Gigabyte je. Dijamin tak rugi… :happy:
    .-= msbmna´s last blog ..Metal Gear Solid: Philantropy hasil tangan peminat Hideo Kojima =-.

  18. Oh aku baru tahu yg abit dah out dari motherboard business…
    komputer rumah aku dulu guna mobo abit, murah je…walaupun performance tak bagus tapi dah guna dalam 2 tahun lebih still function elok lagi…

  19. Halamakkk…cun ar PC dh gempak. Aku baru2 ni pun baru agkt PC baru. Aku skrang amat berpuas ati dgn PC baru bemodalkan RM1000 utk spec yg agak canggih la. walaupun beli part by part,dgn gigih memasang & try & error, akhirnya membuahkan hasil,itupun dgn bantuan saudara Qiilans87. Hehe. Rase nak wat entri pasal PC baru gak la. Aku pun gune MoBo same cam ko bro,brand ASUS. mantop.

    Spec PC aku:
    -Intel Dual Core 2.8Ghz
    -MoBo ASUS
    -Gigabyte graphic card Nvidia 9400 GT
    -3 GB RAM Kingston
    -WD 320GB SATA
    -Casing PowerLogic
    -LG DVD ROM
    .-= finalcross´s last blog ..Top 10 of Free Fonts websites =-.

    1. Aku x pasang lg dvd drive…coz bajet tak cukup time beli pc aritu…kira optional la since aku x guna sangat pun dvd…install windows pun pakai pendrive :happy:

      nanti buat gak la post psl komputer baru ko, citer pengalaman lah…hehe
      .-= EiNS´s last blog ..Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor =-.

  20. Eins aku ingat thun dpan nak agkut PC bru tp aku nak yang mcm ko bli part by part… apa spec yg aku dpat dngan bajet RM3k tanpa moniter.. coz moniter bajet lain, bajet untuk moniter RM2k..dengan bajet camni ko rasa moiter spec cam maner aku dpat 😎

    1. So total bajet ko rm5k lah? Monitor apa sampai rm2k tuh…kalau ko beli 24″ full HD pun baru rm650-rm800

      Aku bajet RM1.3k pun dah boleh beli spec agak puas hati…kalau ko bajet rm3k tu harus boleh beli core i7 ngan graphic card 4890×2 :happy:

  21. aku pun x tahu monitor apa smpai RM2k.. aku ingatkn monitor full HD mahal sbab tu aku bajet RM2k untuk monitor..EiNS brpe hrge AMD Phenom II X4 black edition dan hrga intel core i7 extreme edition.. aku skrang tngah pening xtau nak pilih intel ke AMD…sbnarnye bajet aku rm5k dan ada extra rm1k mne lah tau xcukup…he3..

    1. Tunggu la lama sikit, coz Intel akan release processor core i9 32nm tahun depan…processor tu bakal jadi processor paling laju di planet…

      monitor ko beli yg 24″ full HD arr…lebih2 tu spend la ntuk processor, graphic card ngan mobo…
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  22. amd mantap gak… tp x rmai yg gne…
    .-= OAP´s last blog ..Download Video Yotube Dengan Mudah =-.

    1. Kat negara luar memang ramai gila pengguna AMD…terutamanya gamer tegar memilih amd ntuk buat gaming rig…

      kat malaysia nih, ramai orang still beranggapan bahawa amd tak bagus…amd cepat panas…amd slow dll…padahal semua tu mitos sahaja…processor amd sekarang memang cukup bagus dan murah…guna dulu baru boleh tahu cemana performance dia 😉
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

      1. urm..itu aku setuju..tapi tulah..banyak kedai computer kat Malaysia ni recommend Intel..jarang aku tengok amd buat iklan kat tv..intel selalu jer aku tengok buat iklan..

        pemasaran dan promosi amd masih kurang..

        btw..ati tu bawah department amdkan?
        bagi aku, aku lebih prefer ATI untuk graphic card..
        .-= zulfitry.com´s last blog ..Bomoh Palsu Yang Durjana =-.

        1. Kebanyakan pengguna di Malaysia seringkali dimomok sebab kurang membaca. Sehingga hari ini, AMD II X4 Black Edition 955, 965 setanding dengan Core 2 Extreme QX6850, QX6800. Namun, kalau dibandingkan CPU semasa, dijamin AMD kalah dengan kemunculan Intel Core i5, i7. Mungkin selepas ini ada keluaran CPU terbaru daripada AMD untuk menyaingi Intel.

          Kesimpulan mudah untuk yang novis memahami tentang CPU:
          a) Intel – kestabilan, teknologi terkini dan kepelbagaian tugasan (multitasking)
          b) AMD – kepermainan (gamers) dan harga yang murah.

          Contoh: AMD II X3 720 (RM410) dan Core 2 Quad Q8400 (RM590). Kualiti yang sama, harga berbeza. Terpulang kepada saudara untuk membuat pilihan bergantung belanjawan masing-masing. :tongue:

          Walau bagaimanapun, peminat AMD harus mengakui kehebatan Intel menerajui teknologi terkini. :whistle:
          .-= msbmna´s last blog ..Google Redesigned + Intergrated Gmail = Gmail baharu! =-.

  23. em, eins ko pny knowledge ni tahap gaban dh..tabik gile aku..aku nk gk tukar pc baru..mmg bajet rm1.5k la..tp x reti la bro nk upgrade sdiri mcm ko buat..seng ke nk psg sdiri pc ni? x penah aku bt lg..mmg org kate psg sdiri lbh jimat dr psg siap..kalo ko blh buat tuto nk pasang pc n upgrade ni memg cun r bro..(berharap ni hehehe :biggrin: )
    .-= Tinta Luhur´s last blog ..Salam 1431 Hijrah =-.

    1. Kalau ko tahu basic dia, memang senang je nak pasang sendiri komputer nih…
      aku pun bermula xtau apa2 tapi pas tengok sekali orang buat dah boleh faham la…

      kalo nk puas hati, build pc from scratch…barang2 hardware cari sendirik dan pasang sendirik…beli pc yang dah siap satu set mahal dan tidak berbaloi :pinch:
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  24. Erm, kalau tak keberatan utk berkongsi, berapa kos RM utk semua kelengkapan kat atas ni ya? Saya pun sedang berkira2 utk mencari desktop baru (tanpa lcd), sebarang cadangan amat saya alu2kan =)

    1. Total kos ntuk spec di atas kira2 RM1350…barang baru…
      harga pc depot :happy:
      kalau perlukan recommendation boleh tanya ya!
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

      1. Ok, thanks a lot atas kiraan bajet tu, nampak ok sesangat dah dengan harga tu 😉
        .-= Annamir´s last blog ..Masjid DQ (Infra Red Photography) =-.

  25. salammm….
    dengki nye sye kt kamoo nye subscore tuh :devil:
    nak beli spec macm ni x mampu… :blink:
    nak tnye ni…
    camne nak overclock athlon ii x2 240…..
    tuto ckit bro..
    dapt power ckit2 suda… :biggrin:

    1. Ko try tengok cni orang overclock processor x2 240 tuh…http://www.overclock.net/amd-cpus/585647-amd-athlon-ii-x2-240-regor-2.html

      Boleh post spec ko tak? including mobo, ram dll…
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  26. ..teringin nak beli mobo amd yang boleh sli tapi takde duit…

  27. mantap betul spec comp kamu..nvidia Gt series mahal oo..ram ddr3 2gb laju…ghz processor pun power..cayalah..

    pakai lcd 22 inci sedap nih… :biggrin:
    .-= Nine´s last blog ..6 Persoalan Tentang TITANIC [ 1997 ] =-.

  28. alahai tenet ni prob lak..da kena taip sekali lagi :angry: …

    ni aku nye spec eins…..

    mobo – m2n68-am plus
    proc – athlon ii x2 240 (2.81ghz)
    ram – 2gb 667 (16 cip) + 1gb 667 (8 cip)
    graf – nvidia gfoce 9400 gt (512mb)

    kt link tu xberape pahm la eins… :blink:

    1. Mobo ko tak support acc (advanced clock calibration)
      tapi still ko boleh overclock…try masuk bios tukar multiplier bagi up sket…then monitor voltage n temperature processor pas ko upkan ghz tuh

  29. Mcna komp.tu…sy berminat nak order satu…sbb…power gila…email sy jika setuju…? :biggrin:

    1. Komputer ni memang laju…erk…serius nak beli?
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  30. ko kalah dgn aku. score aku 6.2 .he3 :tongue:
    .-= Faiz ´s last blog ..3 bulan Bagaikan 3 Tahun Lamanya =-.

    1. Apa yang 6.2 nya? btw score aku dah meningkat lagi pas aku oc…

  31. ala..ala..lalalalalala….eins…

    kesian nye..
    bile da oc subscore naik dari 6.2 -> 6.3 :cwy:
    xpe la..
    t kumpul duit beli alienware je terus…. 😆

    btw…thankssss…..

    1. ko oc sket je kot…cuba la oc bebanyak…as long as komputer ko boleh boot windows lagi

      btw aku oc processor aku, 2.80ghz kepada 3.40ghz…
      subscore naik dari 6.8 kepada 7.4
      tu guna stock voltage lagi…:biggrin:

  32. terus terang aku cakap aku ni minat sangat ngan komputer2 nih….malangnya aku zero!

    macam mana la aku nak jadi power macam korang nih.
    kalo aku tau aku mintak pendapat korang tip2 beli laptop kat sini.
    nak pasang sendiri jgn harap. bukak pc aku boleh..nak pasang? sumpah bg buku panduan pun spatah haram pun aku kantoi.

    aku tabik ngan org2 yg power komputer nih.
    aku nak kena amek Diploma ke jadi power mcm korang?

    dan, aku cadangkan jomphp.com buatlah satu review tentang komputer nih dari segi software dan hardware. kalau boleh la cuba la usahakan terangkan kpd org lain ttg istilah2 komputer nih.

    sbg cth buatlah review perbandingan desktop dan laptop, processor, RAM, graphic card, dan macam2 lagi la.
    aku pening dan pening dan pening bila baca korang punya istilah2 professor nih. aduhai kenapa la aku bodo!

    1. Aku takde sijil, diploma mahupun ijazah mengenai bidang komputer…cuma aku minat melampau2…di masa lapang aku akan buka banyak website, blog dan forum berkaitan komputer…kerana rajin membaca la baru leh menambahkan ilmu pengetahuan…

      dan bila aku belajar sesuatu benda baru, aku akan cuba kongsikan ngan orang lain…ilmu ni kalau kita tak kedekut dan berusaha mengajar orang lain baru lah berkat :happy:

      satu lagi jgn terlalu berharap dapat belajar sesuatu benda dengan free…kadang kala kita kena berbelanja sket demi mendapatkan ilmu…hehe
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

      1. tima kasih atas nasihat korang. mungkin aku yg dh stuck.

        mmg kena belanja utk belaja.
        ni skang aku beli 320gb maxtor external hd
        tapi bila pasang kat laptop aku—–hang—- pastu corrupt. hampeh.
        sok aku gi kedai nk tanya knapa.

        dan bila aku install dari awal2 dia akn meng”slow”kan process start up.
        pastu mouse ngan keyboard pun leh sangkut gak.

        pastu akn kuar plak skrin biru bgtau ada something wrong dan suruh aku restart. xleh restart sbb mmg x boleh. pastu aku amek keputusan kuang ajo aku pun plug off kat main socket.

        aku cabut external hd tu baru la jadi ringan dan ok balik. tp bila pasang balik semua hang.

        aku rasa baik aku pulangkan balik je la.
        takut plak nk pakai extrnal hd nih.
        hampeh.

  33. da xleh la eins…..
    dalm bios ade option untuk ac:-
    -auto
    -manual
    -standard
    -overclocking profile – 3% – 5% – 7%(max)

    semalm aku bkk page info mobo ni
    yg bleh gune hanye oc profile je klu lain cpu down sendiri then aku degil gak nak try manual tp btol la cpu out trus.. :dizzy:

    skunk ni aku nye proc dari 2.8ghz bleh sampai 3.0ghz je.. 🙁

  34. pada kerol……
    jgn la bersedih sbb xtau pasal komputer ni n yg pnting jgn la ckp diri tu bodo,,xbaik lorh.ramai lagi yg kat luar tu masih blom tau tp masih bljar lagi pasal komputer ni..
    aku dulu blajar pon x abis..tp minat dalam komputer lebih dari minat sorang awek.. 😆
    so….aku blajar sendiri dari buku n tgk pe yg org buat..lau nak suh org ajar step bu step mmg susah,xkan ade yg nak spend time untuk ajar kite sorang je macm tu..mcm yg eins cakap xde benda free dalam dunia ni..lebih2 lagi klu pasal knowledge dalam sesuatu bidang…perlu kan RM ckit beb.. :biggrin:
    aku pon x brape nak xpert lagi bab komputer ni..sib baik bro eins ni buat blog mcm ni n aku pon bru je dekat setahun join blog ni..
    byk manfaat yg eins kongsi kan bersama…HIDUP EINSS :w00t:

    SO…cik kerol..mulai esok ko g kedai buku komputer..g beli..tu kire modal permulaan nak belajar tuh.. :biggrin:

    ok chow..
    salam……..

  35. EiNS comp aku ada masalah la… masa aku shut down lama gila smpai 15 minit masih lg tulis shutdown aku pun tutup je la suis… ni spec comp aku

    mobo – msi K9n6PGM2-V

    proc – AMD athlon LE-1640 (2.7GHZ)

    ram – 1GB DDR2

    graf – onboard

    1. Komputer ko dah guna berapa lama?
      Boleh jadi masalah windows atau hardware
      .-= EiNS´s last blog ..Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP =-.

  36. x smpai sthun pun… mse aku gune win vista xde jdi camnni plak…

  37. eins nak tanya.sme phenom 2 x3 boleh di overclock ke. cbe eins tgk kat sini
    http://www.youtube.com/watch?v=VGKBXgbmCOk
    , tgk last skali mamat tu ada ckp, yg core satu lg tu hanya trial core.kdg2 xsmestinya ada kalo kita beli.igt nak try jgak beli x3 n overclock ke x4.camne ea tu eins
    .-= acad´s last blog ..Wallpaper : 2010 =-.

    1. memang bukan semua boleh unlock jadi 4 core. bergantung kepada nasib.

      1. Bergantung kepada nasib bro…tapi orang kata probability berjaya unlock x3 kepada x4 adalah lebih tinggi dari 50%…

        macam aku kira nasib baik la proc yg aku beli ni stable lepas unlock dan overclock…ada setengah orang tu proc dia bleh unlock tapi tak stable…

        ada masa aku akan buat guide pasal nie, tengah bz skang…
        .-= EiNS´s last blog ..Politik mampu membutakan iman seseorang =-.

  38. owh cam2 ke.kene baca doa byk2 la sblm beli bia stable yg beli tu hehehe.nway thanks for the info :).tp kalo tgk harga murah 200 antara x3 ngan x4.pas2 lagi2 dpt yg stable mmg syok abis
    .-= acad´s last blog ..Wallpaper : 2010 =-.

  39. tak risau overheat ke bila OC?
    RM1300++ untuk spec ni memang murah yg teramat sgt. mana beli? rekomen sket 🙂

    macam mana nak unlock tuh?
    sayangnya aku hanya guna athlon 64 dual core T_T
    .-= blowie´s last blog ..Surau di Taman Menara Maju Klang dibaling batu! =-.

    1. Tak overheat…masa OC aku make sure core voltage ngan core temp tak panas sangat…nanti bila aku dah pasang cooler, n tukar power supply baru aku nak try OC lagi tinggi…

      unlock kena pakai motherboard yang ada ACC (advanced clock calibration)…

  40. bro,
    Gua baru je sambar acer aspire 4740-331g32mn prosessor intel core i3 330m agak2 ok tak.. Gua pun tk brapa pandai sgt tp bdk kedai tu kata ok sbb dia kata spec ngn budget yg gua bg ngam ngan laptop gua nk cari. Tq bro..

    1. Patutnya ko amek acer 4740 core i5…yg harga RM2049 grafik intel or RM2499 grafik nvidia…nie lagi berbaloi-baloi bro
      .-= EiNS´s last blog ..Tutorial Unlock Processor AMD Phenom II =-.

  41. eins…ko dok mane ha??? bleh bg no enpon x??? aku nk bli pc cam ko r… bajet dlm 1500 je skali ngn monitor…. camne aku nk jmpe nko??? sbb aku x laa tau byk sgt bab pc neh…. dgr cam best je…. :tongue: :tongue: :tongue:

    1. @nazm…:sori bro, aku xleh letak no fone kat cni…nanti orang abuse kan naya…klau nak contact aku via twitter or fb boleh

  42. ym ade??
    bg aku name fb ko…

    1. fb aku; facebook.com/imadn
      .-= EiNS´s last blog ..Bleach – free cute anime wordpress theme =-.

  43. saya nak cari keyboard laptop acer 4740 i5. baru beli sebulan dah tercabut key..nya. harap dapat maklumat

  44. Salam bro EiNs…aku rs berminat ngan ko punye spec….murah lagi 2….ko pakai power supply jenis ape n brape watt??

  45. […] posts:Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor Salam kepada semua pembaca JomPHP. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa…Software untuk […]

  46. bro. kalau spec macam ni okay tak??

    CPu:Intel Core i3 4130 3.4 Ghz
    MOBO:Asrock H81M-DGS
    GPU:MSI HD7790 1GB GDDR5
    RAM:Corsair 4GB DDR3 1600Mhz
    HDD:WD Caviar Blue 1TB
    PSU:FSP Hexa 500W
    Casing:CM K380

  47. Boleh suggest x spec ape yg sesuai untk gaming under 1k? Asal blh main medium setting dh kira OK la…

Tinggalkan komen anda