Mengetahui statistik dan identiti pengunjung blog dan website anda adalah amat penting. Anda boleh mengetahui dari mana datangnya pengunjung itu, keyword yang mereka gunakan untuk sampai di blog anda, entri manakah yang paling mendapat kunjungan, link manakah yang paling banyak mendapat jumlah “clicks” dsb. Anda juga boleh mengetahui tentang identiti dan maklumat mengenai pengunjung blog anda, dimana ianya membuka ruang untuk anda berkomunikasi kembali dengan mereka.
Dengan mengetahui statistik dan identiti pengunjung blog anda, dapatlah anda membuat analisis mengenai ‘behavior’ mereka seterusnya membuat langkah2 untuk mengoptimasikan lagi data2 penting seperti keyword dan referral untuk membolehkan blog anda mendapat lebih ramai pengunjung.
JomPHP telah membuat senarai yang agak lengkap mengenai ‘cara untuk mengetahui statistik dan identiti pengunjung blog dan website anda’. Jom baca!
1. Mengetahui statistik lengkap, carian search engine, referral, jumlah pengunjung dsb
Google analytics ialah perkhidmatan percuma oleh Google untuk mengetahui statistik pengunjung blog dan website anda. Daftar percuma di Google.com/analytics. Pengguna wordpress boleh menggunakan plugin Ultimate GA dan GA for WordPress.
Sitemeter adalah website untuk trace pengunjung2 blog anda yang sangat popular. Lifehacker juga menggunakan servis sitemeter untuk blog mereka. Sitemeter membolehkan anda mengetahui lebih detail mengenai pengunjung blog anda, dan bagi saya ianya lebih ‘reliable’ berbanding GA. Sitemeter juga mempunyai fungsi ‘hits counter’.
Statcounter juga merupakan salah satu servis web statistics yang sangat popular. Anda boleh cuba sekiranya kurang berminat dengan sitemeter dan GA.
Nuffnangers juga boleh menggunakan servis statistic blog mereka di dalam dashboard di laman Nuffnang. Ringkas, tetapi berguna.
Selain di atas, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan percuma web analytic dari GoingUp dan 99counters serta tools dari Bravenet.
Pengguna wordpress boleh mencuba pelbagai plugin seperti CyStats, WordPress.com Stats, atau cari lebih lanjut di WordPress.org.
2. Mengetahui jumlah ‘user online’ pada sesetiap masa.
Whos.amung.us widget memberitahu jumlah pengunjung yang sedang online pada waktu semasa. Widget boleh diubahsuai mengikut kesukaan anda.
Freeonlineusers mempunyai widget untuk memaparkan jumlah pengunjung secara real time. Yang menariknya, anda boleh customize sendiri ayat2 tersebut, contohnya “1 makhluk sedang mengusha”. Gambar dari sickchild72.
Pengguna wordpress boleh menggunakan plugin WP-UserOnline.
3. Mengetahui identiti/wajah/avatar pengunjung
Mybloglog widget membolehkan anda mengetahui siapakah pengguna mybloglog yang mengunjungi blog anda. Dengan itu bolehlah anda berinteraksi kembali dengan mereka. Anda ada dua option, samada menggunakan classic widget atau new widget bagi mybloglog. Classic widget lebih customizable.
Blogcatalog juga menyediakan servis yang seakan2 mybloglog. Untuk pengguna berdaftar sahaja.
Twitter remote membolehkan anda mengetahui pengguna twitter yang melawat blog anda. Very cool. Anda boleh cuba twitter remote di twittercounter.com.
4. Mengetahui sumber trafik ke blog anda
Feedjit ialah widget yang memaparkan “live traffic feed” iaitu dari manakah pengunjung blog anda datang. Salah satu widget yang cukup popular bagi blogger tempatan. Namun, interfacenya kurang menarik dan anda haruslah tahu customize untuk menyesuaikan dengan theme blog anda.
Wowzio live traffic widget merupakan alternatif terbaik bagi feedjit, mempunyai paparan visual yang cantik dan menakjubkan. Yang sedihnya, anda perlu menulis emel kepada pihak wowzio untuk menggunakan widget ini.
5. Mengetahui jumlah klik pada link
Jika anda menggunakan mybloglog, anda boleh enable fungsi click tagging, sangat berguna untuk mengenai link manakah paling popular dan mempunyai jumlah klik paling tinggi.
6. Mengetahui jumlah pageviews pada sesebuah entry
Anda boleh memasang widget untuk mengetahui jumlah pembaca bagi sebebuah entri di di blog anda. Cara2 untuk wordpress boleh lihat di post ini, untuk blogspot pula sila rujuk encik DM.
……….
Jika ada bahagian yang tertingal atau tidak lengkap sila bagitahu dan jika ada sebarang kekeliruan atau ada masalah bolehlah tanya kami ya!
Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda semua. Selamat mencuba, good luck! 😉
RELATED POSTS
Tapi yang Nuffnang punya data tu
hanya kira pelawat daripada msia saja
statis tak menyeluruh
neway…tq bro dengan tips2 tambahan ini
bro ambo dah add link bro kat blog ambo
jadi sudi2kanlah link xchange
Memang…nuffnang stats based on geo…dia filter traffic dari malaysia je…
lgpun bab2 keyword tu kadang2 x lengkap sangat pun
salam
wow…very good…hihi
tambahan sedikit, aku ada guna GoingUp & 99counter…not bad….GoingUp agak lengkap gak sbb kita blh tau resolution komputer pembaca, keyword, etc….but now aku refer ngan wp-stat je & nuff utk tau unique visitor….hehe
p/s:aku mcm x pass lg pasang google analytic…hehe
GoingUp and 99counter eh? thanks nanti aku tambah…
Daftar je google analytics, pastu guna plugin ultimate GA tu…senang je…yg pasti kalau guna both google webmaster tools n google analytics memang meningkat traffik…percayalah
lerr…kena pasang plugin rupanya…hihi….tadi aku cek kat google analytic..status kata dpt detact visitor…tp data receive seminggu time awal jun je…then flat 0 sampai skarang….tgh hari td aku try lg letak code…tp skarang msh kosong jugak visitor yg dia detact….
google webmaster tool tu yg mana pulak?
hehe…sorry, terbanyak tanya pula….alang2 dh buka topik ni…hihi
Caman nak letak code tu ye.Kelabu asap ni.kat add widget ke atau kat html template?
ini untuk google analytics
info yg sgt2 berguna utk web aku yg masih bayi lagi.thanks alot 🙂
.-= acadterror´s last blog ..Photoshop : Cara letak watermark pada gambar =-.
Bagus dah blog acadterror tu even masih bayi pun…keep up 😆
Plik bin ajaib
kenapa komen aku tak kuar ek?
komen ko masuk akismet…akismet bengong sket…kadang2 komen legit n valid pun kena spam
“If you would like to install Wowzio widgets on your blog/site, simply write to us at invite [@] wowzio [dot] com, with a pointer to your blog/site. We will hand out 25 invites every 24 hours by email. The reason we are doing this is that we want to make sure that our widgets serving capacity is being used in a good way.”
sampai sekarang aku ta dapat-dapat feedback
.-= keiroro´s last blog ..entri video : cara bermain bowling dengan betul =-.
sama la aku.dah 2 bulan aku apply :shocked:
nice info
banyak org ada akaun mybloglog tp bukan semua pengunjung yg masuk kita log in kt mybloglog…
kalau yg x log in baru kita perasan kalau yg x log in mmg x tau sapa dia…
.-= KhairiL´s last blog ..Pemenangnya Ialah =-.
typo pulak
#kalau yg log in baru kita perasan siapa yg masuk blog kita kalau yg x log in mmg x tau sapa dia…
.-= KhairiL´s last blog ..Pemenangnya Ialah =-.
Tu ah…tp skarang aku x ambik kisah sangat psl sapa dia visitor dari mybloglog widget pun
aku guna sitemeter. dulu guna nuffnang stat, tapi tak accurate sangat.
apa2 pun, google analytic gak paling best..hehe :biggrin:
dah register tapi kod html tu nak letak kat mana?
kalau tak letak html kat blog boleh ke?
guna je GA for wordpress..xyah pening2 nak copy dalam html sume tu..
perghhh lengkap la tutorial neh. respect gua sama lu. hehe 🙂
.-= KNizam´s last blog ..New Divide (OST Transformers Revenge of The Fallen) – Linkin Park =-.
tabik la wei…
perfect.byk ilmu yg aku dpt dr entri ni… 😀
.-= -WaN-´s last blog ..Oh Aku Tidak Skema … =-.
Info News product uo date any time
beberape servis yg ada dlm artikel nih sedang dipakai kat blog aku..mmg gempak.
[… – jomphp.com is another good place of information. Online Car insurance claims [… –
Salam kenal, terima kasih infonya
Salam , terima kasih atas penerangan yang berguna…susi2lah ke blog saya pulak…
ada tutorial tntg cara wat footer tak?
lagi satu saya ada edit setting fooetr php..pastu terus save tanpe simpan backup kod setting. bila saya view main page keluar parse error..semua bahagian sidebar tak kuar pun. macm mane sy wat ye.please need ur help
awak kena restore balik footer.php daripada theme original tuh
Waah…blog anda sangat ramai pengunjung. Design-nya juga bagus.
Nice Info. Designnya keren banget
http://webartikelinformasi.blogspot.co.id/