Posted on

Kepentingan menggunakan Private Browsing di pelayar Firefox, Chrome dan lain-lain

private browsing browser

Tahukah anda bahawa pelayar internet yang biasa anda gunakan iaitu Firefox, Chrome, Internet Explorer 9 dll mempunyai fungsi private browsing?

Private Browsing membolehkan anda melayari internet tanpa perlu risau history, cache, password anda akan disimpan di dalam browser. Ia akan dibuang secara automatik bila anda close browser windows itu. Kurang risiko kena trace.

Private Browsing di browser

Private Browsing dikenali dengan nama berikut pada browser berlainan.

Google Chrome : Incognito

Firefox :  Private Browsing

Internet Explorer 9 : InPrivate Browsing

360 Browser (iPhone, iPad) : Private Browsing

Contoh Kegunaan Private Browsing

1) Boleh login multiple account pada masa sama. Contohnya dalam Chrome, anda login akaun facebook, gmail, maybank2u guna akaun lain dan dalam Incognito anda boleh login pula akaun facebook, gmail, etc yang lain jika nak.

2) Kalau pergi cybercafe, atau menggunakan laptop orang lain bolehlah aktifkan private browsing sebab segala history, activity, password, cache tidak disave di komputer tersebut

3) Tidak perlu bimbang aktiviti melayari internet anda dapat dikesan sebab tiada history akan disimpan. Sesuai digunakan di rumah, pejabat mahupun dimana-mana. Juga tak perlu susah payah clean history secara manual.


Privacy adalah hak milik setiap insan. Jadi gunalah fungsi private browsing sebaiknya. Saya dah mula guna sejak awal-awal diperkenalkan lagi pada browser Chrome dan Firefox.

Anda bagaimana?


RELATED POSTS

BACA :  Cara daftar dan menggunakan myBSN Online Banking

6 thoughts on “Kepentingan menggunakan Private Browsing di pelayar Firefox, Chrome dan lain-lain

  1. thanks for info….tool nie dah lama gune…nanti nanti buat artikal tentang langkah awal sebelum/selepas akaun(akaun ape saje) dihack skang nie dah trend hack akaun laman sosial dan macam macam….takut tol…anyway nice info…

  2. terbaik, aku jarang guna private browsing ni. laptop aku orang lain tak boleh sentuh. haha

  3. Bgus private browsing ni..nk jguna jga la..;)

  4. utk google crome.. nk activate private browser ni cuma tekan

    ctrl+shift+N

    tapi korang kene buka dlu ar google chrome yang biasa..

    aku gune ni utk buka fb 2 acc.. tapi xtau pun func sebenar dy.. ekekeke

  5. macam mana nak aktif benda ni?

Tinggalkan komen anda