Posted on

Kemeriahan pelancaran Celcom BlackBerry Torch dan pelan Celcom Blackberry Torch

bnr_bbtorch9800

Masih menanti BlackBerry Torch 9800 dilancarkan di Malaysia? Anda tidak perlu menanti lagi. Pada 29 October 2010 yang lepas, Celcom dengan jayanya telah melancarkan secara rasmi Blackberry Torch 9800 bertempat di Pavillion KL (di hadapan La Bodega).

Majlis pelancaran ini bermula dari 3 petang hingga 10 malam. Seperti yang dijangkakan, majlis pelancaran ini dipenuhi dengan ribuan pengunjung yang berminat untuk menjadi orang terawal memiliki BlackBerry Torch di Malaysia dan juga mencuba kecanggihan gadget terbaru ini.

Paling menarik ialah promosi gila Blackberry Torch pada hari tersebut. Kenapa ya? 10 pembeli terawal Blackberry Torch hanya perlu membayar rm8 untuk membeli Blackberry Torch! Ya hanya dengan rm8 mereka dapat membeli gadget yang berharga ribuan ringgit ni. 100 pembeli seterusnya dapat membeli dengan harga rm488 dan 100 yang seterusnya dengan harga rm888. Mereka semua hanya perlu melanggan pakej postpaid Celcom Blackberry untuk menikmati diskaun tersebut!

image

Antara ribuan pengunjung yang hadir

image

Banner promosi Celcom Blackberry Torch.

image

10 pembeli bertuah yang mendapat Blackberry Torch dengan harga rm8!

Pelan Celcom Blackberry Torch 9800

Jika anda terlepas perasmian tersebut, jangan risau kerana anda masih berpeluang memiliki Blackberry Torch 9800 dengan Celcom dan nikmati liputan terluas di Malaysia dengan harga berpatutan. Bermula 3 November 2010, anda dapat membeli Blackberry Torch 9800 dimana-mana cawangan Celcom Blue Cube diseluruh negara.

Berikut merupakan pakej postpaid Blackberry Torch Celcom:

Celcom Exec pakej

pelan1

Celcom Biz pakej

pelan2

Dengan melanggan mana-mana pakej diatas, anda akan mendapat casing percuma Blackberry Torch dan juga cover bateri edisi terhad. Jadi pastikan anda mendapat barangan tersebut jika anda telah membeli Blackberry Torch dengan Celcom nanti.

BACA :  Samsung akan memperkenalkan Galaxy S3 edisi Mini?

bb3 

Jika anda masih kurang jelas tentang kecanggihan dan spesifikasi Blackberry Torch ni, apa kata baca entri terdahulu oleh kami:

https://jomphp.com/blackberry-torch-blackberry-tercanggih-kini-di-malaysia.html

Jangan lupa juga melawati laman rasmi Celcom Blackberry Torch 9800 untuk maklumat lebih lanjut:

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php


RELATED POSTS

10 thoughts on “Kemeriahan pelancaran Celcom BlackBerry Torch dan pelan Celcom Blackberry Torch

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Zahir , jomphp.com. jomphp.com said: Kemeriahan pelancaran Celcom BlackBerry Torch dan pelan Celcom Blackberry Torch http://goo.gl/fb/JIk6d #jomphp […]

  2. kalau ade org belanje sebijik bb tu kan best 😛

    Terkini : Katak makan tikus

  3. menarik pakej ni .. saya rasa BB torch ni antara BB yg paling menarik dlm keluarganya 🙂

  4. RM8? cam beli torch light je bunyi nye. Huh, xbes la kontrak2 🙁

  5. aku baru dapat percuma memang syok abis

  6. (jangan baca kuat-kuat) Aku tak mampu nak pakai blackberry

  7. hurm bb mcm best gk klu pkai. btw 8?. cm betik. haha. untuk la 10 yg terawal tu. grr

  8. […] Smartphone terbaru dari RIM iaitu Blackberry Bold 9780 kini telah dilancakan secara rasmi di Malaysia. Blackberry Bold 9780 merupakan smartphone Blackberry kedua yang menggunakan OS6 secara rasmi selepas Blackberry Torch 9800. […]

  9. […] Smartphone terbaru dari RIM iaitu Blackberry Bold 9780 kini telah dilancakan secara rasmi di Malaysia. Blackberry Bold 9780 merupakan smartphone Blackberry kedua yang menggunakan OS6 secara rasmi selepas Blackberry Torch 9800. […]

Tinggalkan komen anda