Posted on

Kawaii Codec Pack – Tonton video pada tahap kualiti tertinggi di PC anda

kawaii codec pack

Ramai di antara pengguna komputer memilih K-lite Codec Pack, CCCP, VLC Player, Potplayer, Gomplayer, KMPlayer, Splayer dan sebagainya untuk menonton video dalam pelbagai format. Namun begitu, kualiti default yang didatangkan pada player2 tersebut tidak mencapai tahap terbaik dan memerlukan teknik yang advanced untuk mencapai tahap yang diidamkan oleh seorang videophile.

Kawaii Codec Pack (KCP) merupakan satu usaha untuk memudahkan pengguna PC menonton anime, movie dan sebarang jenis video dalam kualiti terbaik serta tidak membebankan processor komputer. KCP juga telah dioptimasikan untuk video Hi10p yang biasa digunakan untuk anime.

Kawaii Codec Pack

kawaii codec pack[13]

Kawaii Codec Pack mengandungi :

  • MPC-HC Lite Build
  • madVR v0.85.8
  • LAVFilters-0.55.3 x86 (Audio and Video Filters + Splitter)
  • Haali Matroska Splitter
  • xy-VSFilter 3.0.0.211

Secara ringkas, Kawaii Codec Pack mempunyai codec yang sama dengan K-lite, CCCP dan sebagainya cuma KCP adalah lebih ringan kerana pembangun KCP telah membuang banyak filters, codecs, tools yang tidak berguna bagi 99% pengguna.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan settings Highest quality hingga kepada lowest. Lowest setting berguna jika anda ingin memainkan video HD penuh tanpa lag atau stuttering pada komputer yang menggunakan processor yang lemah seperti Intel Atom.

Untuk menggunakan KCP, anda perlu uninstall dulu sebarang jenis codec sedia ada seperti K-lite, CCCP dan sebagainya.

Download Kawaii Codec Pack. Untuk Windows XP, Vista, 7 dan 8.


RELATED POSTS

BACA :  Tutorial Fresh Install & Upgrade Windows 8.1

6 thoughts on “Kawaii Codec Pack – Tonton video pada tahap kualiti tertinggi di PC anda

  1. untuk windows xp x support…

    1. tak. minimum requirement software perlukan windows vista.

    2. oo silap…ingatkan xp support

  2. saya lagi suka pakai mp player ni …banyak code … 🙂 http://codecpack.co/download/MPlayer_WW.html

  3. codec ni mmng support ke utk semua media player…….

  4. knapa klau guna madVR gambar x keluar ? hanya suara yg keluar . Tp klau guna EVR-CP . gambar dan suara keluar .

Tinggalkan komen anda