
Pencinta kamera iPhone barangkali akan menitik air liur apabila mendengar berita terbaru mengenai iPhone generasi baru iaitu iPhone 6S. 9 to 5 Mac melaporkan, bahawa iPhone 6s akan mempunyai peningkatan yang banyak terutamanya pada bahagian kamera.
Apple mengekalkan kamera 8 megapixel pada iPhone bermula iPhone 4S pada tahun 2011 dan berterusan hingga iPhone 6. Setelah 4 generasi, akhirnya Apple bakal membuat perubahan dengan menggunakan camera 12 megapixel pada iPhone 6s yang bakal membawa pelbagai inovasi baru kepada pencinta iPhone seluruh dunia.
Kamera iPhone 6s : 12 MP, 4K video
Menurut 9 to 5 Mac, spesifikasi kamera iPhone6s adalah seperti berikut;
- 12 megapixel photos (tidak dipastikan bahawa sensor yang digunakan ialah 13MP atau 12MP)
- Sokongan rakaman video 4K
- Kamera selfie (front camera) bakal menyertakan flash
Maklumat lanjut mengenai iPhone6s bakal diumumkan oleh Apple pada 9 September 2015 nanti. Nantikan kemaskini terbaru kami mengenai semasa/selepas event 9 September nanti.
p/s: Personal wishlist, f/1.8 lens untuk iPhone 6s. Jadikan ia realiti, Apple !
Sumber : 9 to 5 Mac
RELATED POSTS